Allahuakbar, macam manalah boleh terlepas pandang yang passport dah tamat tempoh pada bulan Jun 2014. Bha ha ha... elehhh... sebenarnya dah perasan tapi buat-buat tak perasan... diri sendiri yang tak berjalan ke mana-mana sepanjang tahun 2014, lepas tu mengomel buat-buat cerita pulak kan?
Bila tak berjalan ke mana-mana lepas tu macam pandang tak pandang jer passport tu kan? Hik hik hik... Lepas tu masuk 2015, bila dah rasa ada keperluan untuk menggunakan passport, hamikkk baru teringat nak perbaharui.
Makanya, nak berkongsi sedikitlah tentang apa yang diperlukan bila nak perbaharui passport... 3 perkara penting...
2 Keping Gambar Passport Berlatar Belakang Putih
Latar belakang putih, bukan biru. Kalau pergi ke kedai gambar mereka tahu apa yang mereka patut buat. Lelaki digalakkan memakai baju kemeja gelap berkolar manakala wanita adalah baju formal yang sesuai.
Duit RM100 atau RM300
Duit ini adalah untuk bayaran tempoh sah passport. RM100 untuk 2 tahun manakala RM300 untuk 5 tahun.
Kad Pengenalan Dengan Cip Berfungsi
Kalau cip tak berfungsi tak tahu laa boleh ke tak nak buat passport. Nak selamat sila pastikan cip anda berfungsi, boleh pergi uji cip kad pengenalan anda di bank berdekatan. Sebelum ini, ada yang mengatakan perlu membawa 1 salinan kad pengenalan. Kalau nak selamat sila sediakan satu salinan kad pengenalan. Mungkin salinan kad pengenalan diperlukan bila cip kad pengenalan anda tidak berfungsi.
Sumber dari SINI
Bukan saja-saja sembang kosong berkongsi entri ni, tapi sebenarnya nak ingatkan diri sendiri... ekekeke... Dan kali ni nak jugaklah buat passport untuk Ash... ngee...
Bagus juga diingat-ingatkan ni. Salam Tahun Baru 2015 Farah.Moga success selalu.
ReplyDeletenak berjalan ke mana tuu renew passport.
ReplyDeletehahaha zaza pun pandang tak pandang jugak...
ReplyDelete*SELAMAT TAHUN BARU FARAH.. smoga thun ni mmberi seribu kejyaan.
Thanks 4 sharing akak.. Farah mmg nk kena renew passport jugak nie.. =D
ReplyDeletemesti ada nak kemana-mana..ni..kan?Ash mesti tak sabar nak makan angin tu..heheh
ReplyDeleteooo skrg xpayah bawak gambaq dah..hari tu sy g terus amik gambaq kat situ jerk..senang kan? hehehe ;p
ReplyDeleteYela...nk kne periksa juga ni..hihi
ReplyDeleteLya x buat passport lgi..x pernh lgi kluar negara hihi tpi akan buat juga nnt
ReplyDeletetak renew jugak lagi. pun sbb alasan yang sama. tak berjalan ke mana hehe..
ReplyDeletesy xde pasport lagi,,, mknanya mmg xpnh keluar dr mlaysia...
ReplyDelete