Hari tu sibuk nak jadi Muazzin Peribadi Mummy... Alhamdulillah...Dah tu malam semalam ada cerita lagi... He he he...
Atuk Ash tengah syok-syok tengok TV sambil baring... Ash pula tengah leka bermain... Tiba-tiba dengan langkah setapak dua tapak tiga tapak empat tapak dia sampai di atas kepala Atuk dia... Ingatkan nak berdiri ajer kat situ... Termenung jauh pulak dia merenung Atuk dia dari posisi dia tu...
Secara tiba-tiba mulut dia becok... bercakap di dalam bahasa dia sendiri... Muahahaha... Oooo rupa-rupanya dia nak kopiah Atuk... Dia duduk dan ambil, selepas itu dia pun pakai. Elok dia pakai walaupun tak tentu arah ataupun longgar... Lama pulak tu pakai... Olo lo lo... minat ek? Sebab lama dia di dalam keadaan pakai kopiah tu... Atuk nak ambik dia tak bagi... Dush dush dush...
Nak ke? Ok tak apa nanti kita cari yer? Kita beli satu yang mengikut saiz kepala Ash... ^_*...
*Nak bersiap dan ke pasar Pasir Penambang... Beli ketam, udang yang besar-besar dan segar-segar... Daaa
wahh..lebai muda Ash haha ; moga besar jadi anak soleh rajin beribadah..aamin. mommy farah plan masak sedap ea hari ni?
ReplyDeletedia suruh kak farah belikan dia satu tu.. hehehe
ReplyDeleteimam muda ash :)... comel
ReplyDeleteComel je..
ReplyDelete