Keterujaan Seorang Anak Menunggu Mummy Balik...

Farah Waheda Wahid
9

Boom boom cak! Bubblynotes.Com cuti "uolss" semalam... semuanya gara-gara malam Jumaat, Farah "knocked out" akibat keletihan amat sangat. Iyalah hari sebelumnya dan sebelum itu tidak tidur malam disebabkan Ash tak berapa nak sihat. "Clingy" ajer dia. Selepas tu pula, hari Khamis memang sibuk bila CEO dari Holland kot datang melawat "plant". Farah memang sibuk sampaikan tak sempat duduk di "workstation". Semalam pula, dari 8.30 pagi dah ada mesyuarat pengurusan. Bawa ke tengah hari, selepas waktu makan sibuk pula dengan kerja-kerja penting yang memerlukan perhatian segera. Phewww... malam memang tak sempat dah nak draf entri untuk esok-esok harinya. Dengggg....

Kan Farah kata, Farah tak akan duduk di "workstation" draf entri dan cuma akan draf di rumah sahaja. Makanya senyap dan ambil keputusan fokus dan cuti dari Bubblynotes.Com lah semalam. La la la la. Bukan selalu. Sekali sekala lah kan? Tapi kalau selepas ni ada sehari cuti tu dalam tengah-tengsh minggu, ha ha ha faham-faham ajerlah.

Errr panjang pulak mengomel ek?

Alhamdulillah, kalau dilihat pada gambar di atas Ash dah semakin ok. Demam dah tak ada, batuk dah hilang, cuma yang tinggalnya selsema yang masih berbaki sedikit. Abah Ash pesan... " "You" jangan bagi anak "I" makan ubat batuk klinik, bagi Ash makan ubat batuk gamat Hurix tu ajer..." ... Errr, anak "I is" jugak... Ahakss...

Lupakan kisah tak sihat tu... Cumanya pernah Farah ceritakan di dalam entri Silalah Percaya Ash Dah Pandai "Tag" Mummy  dan Terjebak Sama!!!, kes Ash yang dah pandai "shopping"... Ada lagi satu cerita sebenarnya... Ash kalau Mummy balik dari kerja mesti "expect" yang Mummy belikan sesuatu untuk dia. Tak ajar pun untuk dia "expect" Mummy belikan sesuatu untuk dia bila Mummy balik dari kerja. Tapi hati keibuan gamaknya, tersentuh dengan timbul rasa kasihan bila setiap kali Farah balik dia akan berkejar pada Farah dan geledah beg tangan Farah. Sanggup tengok keadaan anak macam ni? "I is" tak sanggup.

Cumanya tak adalah layan kerenah dia yang satu ni hari-hari. Seminggu 2 kali itu ya. Rasanya Farah ada maklumkan di dalam entri sebelum ini, tak ingat pula yang mana. Tak perlu mahal-mahal punnnn... Roti pun boleh... Janji ada buah tangan untuk Ash. Keterujaan dan kegembiraan dia tu... Ya Allah hanya Allah yang tahu. Faham kan?

Semalam pun sama... tapi semalam besar sikit pakejnya... Muahahaha... Sebenarnya ada 2 karton air susu strawberi tu. Sekarton dah beri pada Abah Ash. Dan sekarton lagi Farah bawa balik untuk Ash. Ya Allah... teruja betul dia... Nampak keseronokkan dia dan mulut becok bercakap dalam bahasa dia... seolah-olah menunjukkan pada Nek Ma dia dan Atuk dia... "Tengok Nek Ma, Atuk... Mummy Ash bawak balik untuk Ash... banyakkkk..." Ahaksss...

Kalau dah banyak tu, lepas ni Ash tak payah "tag" Mummy lagilah ek kalau pergi mana-mana? ^_*... Tapi kanak-kanak kan? Maunya tak "tag"? Tak percaya kita tunggu dan lihat sahajalah nanti! Ihikss... Nek Ma Ash kata Mummy nak meniaga bawak balik banyak-banyak...

Jangan risau Nek Ma, In Shaa Allah ada lagi selepas ni... Muahahaha.... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. banyaknya mummy bawak balik untuk ash. heheh :D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum farah, hati seorang ibu kan, kaknoor dah melalui semua tu, skrg ni taklah lagi excited sngt sbb baby semua dah beso panjang, dah ada cucu pun baya kot dng anak farah tu...

    ReplyDelete
  3. get well soon Ash. Semoga menjadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  4. untung ash, momy bwak blik berkotak2 hihihi..

    ReplyDelete
  5. mana tak seronok Ash bila mummy bawak something :)

    ReplyDelete
  6. seronok lah ash tu dapat ole2 dari mummy. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !