Ketak Ketuk Ketak Ketuk Pertama Kali Dalam Hidup Dengan "Typewriter"...

Farah Waheda Wahid
8

Seumur hidup Farah, belum pernah sekalipun Farah menyentuh ataupun menggunakan "typewriter"... Walaupun hujung jari jemari ni kekal "slim" dan berat terkawal dek kerana menaip entri setiap hari... tetap tak pernah bersenam dengan "typewriter". 

Semasa Farah kecil-kecil dulu, Farah memang ada satu perasaan teruja dengan "typewriter"... Ahakss... Cita-cita dulu nak jadi penulis, wartawan, jurnalis dan juga "broadcaster" ko... Tinggi harapan nak tuntut ilmu "Mass Communication" bila dah habis SPM dan isi borang nak sambung belajar di UiTM. Tapi pada masa tu, Atuk Ash yang tentukan bidang untuk Farah. Pada asalnya dia nak suruh ambil jurusan kejuruteraan elektrik... ho ho ho... tak dapeklah akak nak tunaikan dik non oiii... Terus terang cakap dengan Atuk Ash yang Farah tak minat Fizik! Sungguh-sungguh tak minat Fizik... Selepas itu Atuk Ash, pilihkan jurusan perakaunan... Huh... Tak minat jugak! Tapi bila fikir-fikir balik, eloklah sikit dari kejuruteraan elektrik yang Farah tau Farah macam tak mampu jerrr nak bawak? Ekekekeke.... makanya pasrahlah menghabiskan sisa-sisa tahun bersama nombor-nombor... Alhamdulillah lah dapat genggam gulungan kertas sekeping tu bersama-sama keputusan yang buatkan Atuk Ash dan Nek Ma Ash tersenyum lebar. 

#ehhh panjang pulak cerita tentang belajar tu... Kaitannya? Kaitannya... sebab nak jadi yang berkaitan dengan kerja taip menaip tu... akhirnya sekarang jadi blogger. Muahahahaha... Kalau dah minat tu, memang macam mana gaya pun akan Farah usahakan. Tapiii, sampai dah bergelar blogger dan dah beranak satu masih tak pernah pegang "typewriter"... dan tak jumpa pun. Bha ha ha... 

Alih-alih... hari ini buat pertama kalinya dalam hidup ini, pegang "typewriter" dan gunakan "typewriter"... Bahagian menaip tu "I is" tak ada masalah... Bahagian nak "setting" kedudukan kertas tu... Errr...memang terkail-kail... nasib ada kawan pejabat yang baik hati tolong ajar. Tak tau tentang sesuatu ilmu tu haruslah ringan mulut untuk bertanya ye tak? Kalau tak tau jalan tu, sekarang ni dah canggih manggih... Pakai ajer Waze ataupun alat GPS. Hak hak hak, jauh-jauh pusing mana-mana pun sampai jugak. Cuma Waze tu jer kadang-kadang mengong sikit.

Kenapa nak kena pakai "typewriter" bagai... hurmmm macam ni, sebenarnya nak taip nama atas kad hari jadi. Ada 31 keping semuanya. Lepas tu nak bagi Abang Jess tandatangan. Iya, kerja-kerja kerani ataupun kerja pembantu tadbir pun akak buat jugak "uolss"... Kata "multi-taskings" dan "multi-tasker" gitchewss... Muahahaha...Semua pun kena buat... Alhamdulillah, Farah terima seadanya dan tak pernah pula setakat ni rasa nak merungut. Dan tak pandang hina atau sebelah mata pekerjaan tu pun... Tak salah pun kan? 

Ketak ketuk ketak ketuk... Alhamdulillah, akhirnya siap juga. ^_^...Ngee... Tapi seronok jugaklah layan "typewriter" ni... Tiba-tiba "fefeeling" nak jadi penulis novel pulak... Ahakss... Memang ada satu cerita pun Farah sedang gigih mencuba untuk menaip dan siapkan. Sejak fokus pada Ash, kerja dan blog... tak ada masa nak sambung semula... Manalah tau kot-kot ada rezeki terpijak novel tu meletopsss? Opocot mak ko! Ha ha ha, berangan jerlah.... Tapi bukan pakai "typewriter"... pakai "netbook" ajer... Zaman dah berubah kan? Dulu "typewriter" tu lah yang "IN", "trending" segala bagai kan? Hew hew hew... 

Sebabkan minat menaip kot? Entri-entri Bubblynotes.Com jadi terlalu panjang lebar senantiasa...Hurmmm...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nani lama sangat dah tak guna typewriter ni. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Bila seronok menaip tak perasan pun entri tu panjang lebar... haha... all the best kak farah !

    ReplyDelete
  3. bestnya typewriter modern ni..abah fiza guna lagi typewriter lama..lagilah ketak ketuk bunyinya..hihi..seronok jugak kan

    ReplyDelete
  4. Skrg dh cnggih kot,, guna eletrik... mmg ssh gak nk setting...

    ReplyDelete
  5. tak pernah guna typewriter kak...jakun sikit kalau dpt tekan2

    ReplyDelete
  6. seronok laa main typewriter..dulu selalu datg rumah makcik, dok sentuh2 typewriter dia..pastu acah2 buat surat, tapi taip entah merapi..paling syok bila kat hujung baris tu, bunyik keching,,,hehee

    ReplyDelete
  7. Hehehe mmg suka typewriter gakkkk ..Kat rumah ni ada empat typewriter antik ..Maklumla hubby Lya pengumpul barang antik ...Anak2 pon selalu jugak ketuk2 bendalah tuu ..Ada yng masih blh guna ada yg tak boleh guna sekadar hiasan jer ..Al maklum la antik katakan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !