Keselamatan Anak Di Taman Permainan...


Kesian dia... hari Isnin sampai Jumaat, duduk di rumah jer berkurung tak pergi ke mana-mana dengan Nek Ma dia...kalau ada pun tunggu Mummy balik barulah dapat naik kereta jalan-jalan satu pusingan dua pusingan...habis-habis tinggi ke Econsave, TESCO, Speedmart dan 7-Eleven. Ha ha ha, itupun kalau Mummy sampai rumah awal dalam 6.30 petang 6.45 petang macam tu... Tapi, kalau Mummy sibuk dan banyak kerja di pejabat serta keluar dari pejabat lewat... Maka waktu Isya' baru Mummy jejak rumah... 

Sabtu dan Ahad memang adalah peruntukkan masa untuk Ash...Kalau Mummy ada kerja-kerja blog pun sebolehnya Mummy akan bawa, macam kunjungan di Emares Beauty & Spa pada hari Sabtu lepas. ^_^... Tengok keadaan dan kesesuaian keadaanlah... Kadang-kadang dia kena tinggal sekejap juga... Jadinya sebagai upah sebab jadi pengawal peribadi Mummy hari Sabtu yang lepas, Farah telah membawa Ash ke "indoor playground" untuk beri dia masa bersosial dan berseronok. Hati ni, hati ni suka bila tengok dia gembira. Ibu kan? Macam tu lah perasaannya... Hik hik hik...Pagi-pagi dah nak syahdu syahdan bagai... Penangan Caliph Buskers di HotFM pagi tadi terbawa-bawa ke entri ni kot? :P



Suka berkawan dan pandai berkawan nampak gayanya... Ha ha ha... Ash ni berdiri tak stabil lagi, bila berdiri langkah baru setapak lepas tu duduk balik...takut-takut berani kaedahnya gittchewss... Jadi, Farah memang tak lepas sangat dia... sentiasa dekat jer dengan dia dan lakukan pemantauan ke atas dia... Kanak-kanak memang gemar bermain di taman permainan. Perasaan tu macam seronok sangat bagi mereka. Bila dapat ke taman permainan di situlah tempat mereka bermain, beriadah dan bersosial bersama-sama rakan-rakan sama ada sebaya atau lebih kurang umur atau lebih tua dari mereka. 

Tapikan Farah ada trauma dan fobia Farah sendiri dengan taman permainan ni sebenarnya. Macam-macam Farah bayangkan di dalam kotak pemikiran Farah ni... Sebab? Sebab masa kecik-kecik dulu, sewaktu bermain di taman permainan ada seorang kawan lelaki tu, semasa dia bermain di papan gelongsor, entah macam mana, panjat punya panjat dengan rasa teruja, dia terjatuh dan dahi dia berdarah serta berlubang terkena nat pengikat skru pada papan gelongsor tu. Seriau sampai sekarang kot? Pengalaman sewaktu kecil yang tak boleh dilupakan sampai sekarang... Entah kenapa tetap terpahat di ingatan... Hu hu hu... Masa tu Farah baru berusia lebih kurang 5 tahun. 

Taman permainan ni boleh jadi berbahaya kalau tak betul-betul dan boleh mengancam keselamatan nyawa anak-anak yang boleh terdedah kepada kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini oleh ibu bapa berlaku kepada anak-anak masing-masing.

Melalui satu artikel di SINI antara jenis kemalangan yang boleh berlaku kepada kanak-kanak di taman permainan adalah seperti:
  • Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan.
  • Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
  • Terluka, tercalar atau mengalami kecederaan patah tulang.
Peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelongsor dan jongkang-jongket. 

Kita ni sebagai ibu bapa kenalah pantau sentiasa keselamatan anak-anak semasa mereka bermain di taman permainan dan bukannya kita sibuk dengan perkara lain. Lebih kepada peringatan kepada diri sendiri juga. Jangan sekali-kali kita biarkan anak kita yang di bawah usia 6 tahun bermain berseorangan di taman permainan. Dengan mak-mak abah-abah sekali kena main ok? Barulah seronok...hik hik hik... 

Antara langkah-langkah keselamatan yang tidak boleh diabaikan adalah:
  • Pastikan peralatan permainan di taman tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. 
  • Perhatikan tingkah laku kanak-kanak ketika bermain daripada berlaku pergaduhan, tolak-menolak, penggunaan peralatan di luar kawasan permainan yang disediakan.
  • Pakaikan anak dengan pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan mereka terjatuh akibat pakaian yang tersangkut pada peralatan permainan.
  • Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal ke dalam kawasan permainan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • Periksa sama ada alat permainan yang rosak sudah dibaiki atau belum.
  • Elakkan anak-anak bermain jika alat permainan ada bucu yang tajam atau bergerigi.
Bunyinya dan kelihatannya bila kita sebagai ibu bapa sibuk dengan keselamatan anak di taman permainan dengan menyemak segala benda yang ada di taman permainan itu seperti terlalu cerewet, terlalu "fussy"... Tapi tidak salah rasanya jikalau kita beringat sebelum terkena... "It's better to be safe rather than to be sorry"... Farah tambah sikit, "It's better to be a fussy parent rather than a crying parent"... Betul tak? 

Sebelum menutup entri ni, meh meh meh...nak kongsi video pendek kegembiraan Ash di "indoor playground" Sabtu yang lepas... 

Gembira dan teruja sangat sampai kasut sebelah pun boleh tertanggal-tanggal... Setakat ini sahaja entri di pagi hari ini, hari yang agak sibuk dan sekarang tiba masa ke "plant"... ada banyak benda yang nak diselesaikan di pejabat dan juga sekitar "plant"... Hu hu hu... Daaaa... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Keselamatan Anak Di Taman Permainan..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 20, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Perkongsian yang menarik... thank you...

    ReplyDelete
  2. sy xsuka bwk anak p playground sebab dia kalo dh dpt main kat ctu memang xnak blk umah..dh serik da aritu penah bwk haha.meraung2 bawak masuk kete..ekeke..tgu la dh besar sikit baru ajar main kat ctu

    ReplyDelete
  3. Memang kena dekat je dengan dorang...takut juga ada kanak-kanak bermain dengan kasar...

    ReplyDelete
  4. Kita nak anak kita seronok tapi dalam masa yang sama, selamat, kan...

    ReplyDelete
  5. irine pon suka kalau kite bwk dia pi playground..teruja betul dia kalau nampak budak2 lain..kesian.. x cukup masa bonding dgn parents dia kan..asyik dengan bsitter je.. btw yg penting please lah parents, if luang masa dgn anak2, lupakan kejap gadget tu.. ni dok sibuk dok scroll TL..anak main sorang2.. kesian sy tengok budak2 tuu

    ReplyDelete
  6. sangat setuju!
    *happy je ash bila ada kawan2 hehe

    ReplyDelete
  7. good tips..kadang kadang ada yang terlepas pandang kan..seronok tengok Ash happy :)

    ReplyDelete
  8. Nanti dh dpt kaki , siap la berlari pula. Kurus la mama.

    ReplyDelete
  9. tu la..budak-budak suka sangat bermain, kadang2 ibu duk2 tepi ta tengok anak..

    ReplyDelete
  10. setuju tu. Saya pun baru beberapa kali bawa anak ke taman permainan. Sejak anak dah boleh berjalan ni baru kami bawa anak ke tamna. Risau jugak dengan macam-macam mainan yang ada. Paling risau kalau terjatuh masa main ramai-ramai kan..
    tq 4 sharing..info sangat baik..

    http://qaseh83.blogspot.com/

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia