Jumaat Yang Sepertinya Isnin...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua! Jumaat hari terakhir bekerja pada setiap minggu bagi sesetengah dari kita termasuk diri ini. Hik hik hik. Gambar di atas menggambarkan bagaimana emosi kita secara realitinya di dslam meniti hari-hari... errr apasal melankolika sangat ayat Farah ni? Muahahaha... Ting tong agaknya sebab belum tidur... Baru jer selesai susun pinggan mangkuk yang dah dibasuh dan baru jer selesai memberus serta menyental baju anak teruna tu. Dah siap jemur kat luar rumah dah "uolss"... Ahakss... masih belum dapat berehat... Itulah hakikat kehidupan seorang ibu yang berkerja, berkhidmat dalam rumahtangga...Mana nak lari semua tu kan? 

Nampak sangat "mood" nak berceloteh... hurmm... masih belum tidur merancang tugasan di pejabat pagi nanti pun yer... Tak ada makna nak "fefeeling" mengantuk dan malas di pejabat nanti. Walaupun Sabtu cutiiii... Sebabnya??? Pagi nanti kerja yang menanti sangat-sangat impak maksima tau tak? Hu hu hu... Haippp cari rezeki, tak baik merungut!!! #ehhh taklah mana ada... 

Apa yang Farah fikir? Tak adalah tengah cuba susun atur masa untuk pagi nanti. Disebabkan sekarang ni waktu kerja Farah dah fleksibel, Farah pilih untuk masuk bekerja pukul 8 pagi dan balik pada pukul 5 petang. Tapi semenjak Khamis minggu lepas, tak ada maknanya balik pukul 5 "uolss"... Bila dah sampai waktu balik jer akak seakan tak mau bangun dari tempat duduk dan jari jemari terus lancar menaip... Huk huk huk... Bukanlah nak bodek Abang Jess punnn.... "I is" banyak kerja... 

Jumaat pun sama macam Isnin ok? Ha ha ha entah-entah lebih teruk dari Isnin... mujurlah esok ada temujanji dengan Dkna Abza. Kami nak memanjakan diri di spa!!! Spa lah sangatt kan? Kerjalah... cari rezeki untuk anak teruna dan diri sendiri. 

Pagi nanti sampai-sampai jer dah tak boleh bertenang-tenang dah ni... nak kena settlekan banyak kerja dan banyak jugaklah yang "urgent"... pendek kata, semua pun "urgent"... ha ha ha... tak taulah cukup ke tidak kaki tangan ni... Dan dah jangka dah, mesti balik lewat jugak ni. Oh, Abang Jess, jangan macam-macam sangat esok ek? Ekekekeke, macamlah Abang Jess dengar kan? #ooopsss tak payah dengar... tu tak campur dengan "adhoc" lagi tu... dush dush... seronok sebenarnya bila sibuk ni... tau tau jer dah petang "uolss"... 

Pada yang tak banyak kerja hari ni... selamat menikmati Jumaat anda... Baiklah... kena berhenti di sini seketika... nak pergi dapur nak siap-siap hiris ke potong ke... apa-apa yang patut ler untuk masak pukul 5 pagi nanti makanan Ash untuk hari ni... Nanti karang kelaparan pulak anak teruna tu... Mummy tak tentu balik pukul berapa lagi ni... 

Semalam ni tak jumpa Ash!!! Pergi dia tidur balik pun dah tidur... Huwaaa... Rindunya-rindunya... Tak sabar tunggu Sabtu lepas spa... Semalam memang lewat sebab ada hal yang perlu diselesaikan... Mummy rindu Ash!!! Tu yang sebelah tangan peluk Ash atas pangku (walaupun lenguh) sebelah tangan tik tok tik tok mengetuk papan kekunci ni... hu hu hu... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !