Ini Pun Bahaya Jugak Ni...

Sumber dari Google
Huh... dah lama tak berjaga malam macam ni... #ehhh... Tapi betullah... sejak mula bekerja kembali, hari bekerja lepas Isya' jer, mata secara automatik akan kuyu dan sambil tepuk-tepuk Ash sambil tu Mummy dia pun layan mata sama... Akhirnya, terlayang dan terus naik kapal berlayar ke alam mimpi... hik hik hik... Malam nilah baru dapat lampu hijau untuk diri sendiri untuk layan blog sampai muntah... Bha ha ha... 

Ermmm... siapa empunya gambar di atas tak perlu diperjelaskan lagi kerana rata-rata mengenali beliau kan? #ehhh akak ni walau tak minat bola tapi kenal juga tau dengan pemain bola... Ha yang dok soh seh soh seh pemain Thailand yang mencuri jiwa ramai wanita Malaysia tu pun akak tahu tau... Ha ha ha... Tapi bukan nak cerita pasal pemain bola... nak cerita tentang "headband" di kepala itu dan juga tentang anak manja Mummy lah... ha ha ha...siapa lagi... kalau bukan Ash... ^_*


Tadaaaa.... begitulah kerenahnya... gamaknya "feeling feeling" jadi pemain bola sepak atau atlet dengan rambut panjang dan pakai "headband" kaedahnya... ha ha ha... hari tu ada kongsi tentang Salah Satu Perkara Yang Tidak Akan Dilakukan Di Hadapan Ash... Dah tuuu yang ni? Errr.... "trending" kan? Kalau boleh tak maulah Ash pakai "headband"... Muahahahaha... 

Yang ni akibat tengok Mummy pakai "headband" kat rumahlah ni... Perhati punya perhati... dia pun nak cuba jugak... Dush dush dush... Memang taklah nak bagi dia main dengan "headband" tu lama-lama kan? Gigih dia nak pakai "headband" sendiri... seperti penampakkan imej di atas dan akhirnya berjaya... Ha ha ha... Memang taklah nak bagi dia main dan pakai lama-lama kan? Selesai jer Mummy dia "capture" gambar... maka dengan secepat mungkin Mummy sorok. Umang aiii pengsannn... 

Bukanlah Farah ni ortodoks ke apa sampai tak boleh nak seiring dengan zaman... tapiii.... ha ha ha... ada unsur keperempuanan pulak di situ... Tak dinafikan ada lelaki nampak "stylo", kemas, menarik dan comel dengan gaya begitu... Hurmm... tapiiii... Ash tak payahlah... bha ha ha... tiba-tiba terfikir, Ash nak buat rambut gaya macam gambar di atas tu ke nanti bila dah besar? Ha ha ha... Tak payahlah Ash... janganlah... dush dush dush... 

"Hopefully not" ... Ash cuma cuba menghiburkan rumah jer kan? Hik hik hik.... Ini pun kalau tak betul-betul bahaya jugak ni...La la la....
Terimakasih telah membaca artikel Ini Pun Bahaya Jugak Ni.... Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

4 komentar:

  1. Erkkk alamak Farah, tgk Farah post gambar kat atas tu terus xleh tido lah Farah hehe...

    ReplyDelete
  2. hahaha. janganlah ash nak pakai headband. hikhikhik :P

    ReplyDelete
  3. hehe ikut trend ni..

    ReplyDelete
  4. tiru mummy pakai je ni buat main..hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.