Home » , , , , » Ingin Kelihatan Segar Setiap Hari???

Ingin Kelihatan Segar Setiap Hari???

Sumber dari Google
Ada orang tegur Farah... siapa orangnya tak perlulah diceritakan dengan lebih terperinci, yang penting kita menuju kepada pengisian entri ini. Apa orang tu tanya? Hurmm...sebelum apa-apa ini bukan nak puji diri sendiri ke atau nak riak ke atau nak gebang apa-apa ke... Cumanya orang tu tanya Farah, bagaimana Farah kelihatan segar setiap hari? dan sama ada Farah ni dah kahwin ke belum? Ahakss... Takkanlahhh badan tembun-tembun macam ni tak nampak figura macam orang dah kahwin ataupun orang yang dah ada anak... kadang-kadang "statement" dari orang-orang luar ni tak boleh menahan bila dikaitkan dengan logika. Hu hu hu... Errrr... Farah tak nak "claim" diri ini kelihatan seperti anak dara yer "uolss"... yang pertamanya tak nak perasan, yang keduanya tak nak syok sendiri dan yang ketiganya kalau mata kasar orang-orang nak nampak macam tu...biarlah mereka nampak macam tu... Farah ok jer... Ha ha ha... Tapi bila mata kasar orang nampak Farah tak terurus atau nampak tak semengah...haippp...itu sesuatu tu... Mesti masa tu Farah dah cuak, gelabah segala macam...Bha ha ha... 

Aikkk...pelik jugak... orang yang sekarang ni memang kekurangan waktu tidur ni nampak segar...Ha ha ha...pelik pelik... Farah tak buat apa-apa pun untuk kelihatan segar setiap hari... memang secara asli kot gittchewss... Ha ha ha... Tapi yang Farah buat setiap hari adalah... 

Ambil Air Putih Yang Secukupnya
Farah selalu pastikan yang Farah ambil air putih yang cukup setiap hari. Pengambilan air yang cukup bagi Farah memastikan kulit kelihatan segar. Air juga mengelakkan wajah nampak tak bermaya dan lesu.

Air Wudhu'
Bukanlah terlintas di hati nak riak atau nak menunjuk-nunjuk...#ehhh aku solatlah... #ehhh aku tak pernah tinggal solatlah... Hurmm...cumanya... "common sense" yang semua orang tau... air wudhu' itu menyegarkan serta menyerikan wajah... :)

Senaman Wajah
Senaman ni mudah sahaja...tak perlu bersusah payah sangat kot??? He he he... Apa yang perlu dilakukan adalah... SENYUM... Senyum sahaja setiap hari...tapi janganlah senyum tak tentu hala pulak, nanti orang akan kata sesuatu yang tak kena pada diri kita... 

Tidur / Rehat Yang Cukup? Rasanya Sekarang Ni Tidak Lagi Kot?
Biasa lettew...bila dah bergelar ibu, tidur pun selalunya memang tak menentu. Tidur yang cukup tu bukan bermaksud tidur yang berterusan selama 8 jam. Tidur sekejap pun ok sebenarnya. Asalkan dapat caj balik tenaga...Udah cukup ya buk! Mata panda? Boleh tak jadi mata panda, walau tidur tak cukup rehat kena cukup... salah satulah kot... Entah..Farah "let it go by the flow" sahaja...sebab tubuh badan Farah ni bila dah tak terpikul keletihan dan kepenatan, secara automatik akan rehatkan diri ataupun tidur... Alhamdulillah, mujur tak mengalami apa-apa masalah lagi untuk tidur/rehat bila Farah rasa Farah perlukan salah satu daripada perkara ini. Sebabnya bila terjadi... Ash pun dah lena dibuai mimpi...Hik hik hik... Rehat atau tidur sekejap pun dah cukup sebenarnya bagi Farah... Lepas tu bangun dah rasa segar seperti biasa... 

Pengambilan Makanan Tambahan
Ini sedari dulu lagi pun sebenarnya... nak cantik berseri, kulit gebu gebas, anjal, bercahaya... kenalah ambil makanan tambahan... banyak kali dah kot Farah ulang-ulang cakap perkara ni... "I is" ambil EPHYRA... Dan juga beberapa makanan tambahan yang lain juga... Ha ha ha...kalau nak putih gebu gebas... silalah cuba Qu Puteh yer... (viral dah Qu Puteh sekarang ek? Dari Gegar Vaganza sampailah kepada AJL29)... Mana tau kot-kot lepas "uolss" ambil Qu Puteh boleh ditransformasikan menjadi Anzalna... #ehhh... 

Mandi Dan Basahkan Rambut Setiap Hari
Bukan basuh rambut setiap hari yer... basuh tu syampu lah... tapi BASAHKAN... Farah tak boleh kalau tak basahkan rambut setiap hari...Serasa seperti persiapan diri ini tidak lengkap...muahahahaha...walaupun berhijab tetapi rambut tetap dibasahkan setiap hari... Lepas tu keringkanlah... Pakai pengering rambut setiap hari? Dah tentu-tentu tidak... kebiasaannya bangun awal pagi, mandi awal pagi dan biarkan rambut kering dengan sendirinya sementara bersiap-siap apa yang patut... Hurmm..bayangkan betapa lajunya kipas siling tu berpusing... Ha ha ha... Demi nak rambut kering...kadang-kadang tu, kalau dah kejar masa sangat... memang guna pengering rambut sikit-sikit supaya rambut betul-betul kering...Mandi tu dah tentulah... bha ha ha... Siapa yang tak suka mandi sini? Haipp!!! Kalau tak mandi macam mana badan nak segar??? 

Set Minda
Orang akan kata...ye ker? Iyalah, set minda untuk kelihatan hidup, kelihatan segar, kelihatan ceria sepanjang hari... In Shaa Allah...Dipermudahkan dan kita akan nampak segar juga akhirnya... He he he... 

Rasanya itu jer lah yang Farah buat kot? Tak ada yang lain-lain lagi... Kalau Farah ada teringat apa-apa lagi nanti Farah kongsi-kongsi yer... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ingin Kelihatan Segar Setiap Hari???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 20, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Samalah Farah. Memang tiap-tiap hari kena basahkan rambut. Kalau tidak rasa tak selesa... rasa macam tak mandi! Lagipun dek kerana tak basahkan rambut, sampai boleh demam. Done2 badan terus panas by tengahari nanti! Haha.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info mama , in sha Allah akan dipraktikkan.

    ReplyDelete
  3. nani memang tiap kali mandi basahakn rambut. kalau tak rasa macam serabut je kepala. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. sama la dengan saya..tapi saya siap syampoo lagi..hari2..hehehehe..suami selalu marah cakap nanti rmbut rosak syampu hari2..tapi nak buat cemana tiap pagi mandi mesti nak syampu jugak..tak puas la kalau basah kan je,..saya tak kerja jadi kering sendiri je rambut ni..

    ReplyDelete
  5. wah wah thanks kak farah hehe sometimes lesu je kan hihi

    ReplyDelete
  6. bila bangun pagi,solat subuh awal dan bila kepala basah automatic jadi segar rasanya kan kak farah..good tips :)

    ReplyDelete
  7. pagi-pagi bangun pagi nad exercise sikit2 dulu..pastu amikair putih..hehee

    ReplyDelete
  8. Info yg bermanfaat utk kita semua ..btol tu farah yg pting solat hgn tggal ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY