Hilang Kawalan Kerana Terlalu Fanatik???

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dipetik dari SINI
Ermmm, "viral" dan kecoh isu ini semalam... Farah tak perasan pun, sehingga bila ternampak beberapa rakan "update status" mereka di Facebook, barulah Farah tahu cerita yang sebenarnya. Komen peribadi dari Farah? Sangat tak sesuai, sesuatu yang semua orang tahu ianya tidak sepatutnya dibenarkan berlaku dan sekiranya masing-masing dah matang boleh fikir sendiri... ^_^... Farah pun tidaklah sesempurna mana untuk komen lebih-lebih dan Farah sendiri mempunyai anak... Walaupun anak lelaki, tetapi kalau anak Farah yang peluk anak dara orang... kalau Farah dapat tau...memang nak kena pangggg sebiji lah jawabnya... Bukan kejam tetapi kerana sayangkan anak... 

Iya betul kita minat...iya betul kita teruja...tapiii takkanlah kita jadi hilang kawalan kerana terlalu fanatik meminati dan memuja sesuatu itu? Diakui yer... Farah memang peminat tegar kumpulan Backstreet Boys (dulu lah dulu) semasa sekolah... dan juga pencinta  "die hard fans" Shah Rukh Khan sehingga kini walaupun Nek Ma Ash kata, Shah Rukh dah nampak berumur dah... Ha ha ha, takkanlah nak sentiasa muda jer yer tak?  

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Setiap kali album baru Backstreet Boys akan keluar di pasaran, Farah akan jadi orang yang pertama menunggu di kedai muzik, untuk beli album mereka yang terbaru semata-mata kerana takut habis di pasaran... Punyalah takut kalau habis...kadang-kadang tu sebab nak dapatkan yang edisi terhad punya... Setiap kali cerita baru Shah Rukh dimainkan di panggung wayang Farah adalah salah seorang yang akan berpusu-pusu (dramatik sangat pulak bunyinya kan?) menuju ke panggung wayang untuk menonton dan setia menanti VCD (zaman Farah sekolah VCD "uolss")... yang asli keluar... Semua lakonan Shah Rukh dari mula-mula dia berlakon sampailah sekarang Farah ada dalam simpanan VCD dan DVD tersebut... Punyalah minat... Pernah rasa sangat kuciwa  kecewa sebab tak dapat nak tengok konsert Shah Rukh di Malaysia, tapi tak ingatlah masa tu tingkatan 3 ke tingkatan 5... tapi masa tu nak duduki peperiksaan besarlah tahun tu. Kebetulan tarikh Shah Rukh buat konsert tu adalah tarikh peperiksaan... Hurmm...kalau tak ada peperiksaan memang boleh jer mintak izin dari Nek Ma Ash dan Atuk Ash untuk pergi...memang mereka bagi jer...dengan syarat pandai jaga diri... 

Akak ni dulu pun minat jugak adik-adik oiii... tapiiii tak adalah sampai tahap begini... Mungkin pada mereka seronok dan bangga giler dapat dipeluk dan dicium oleh artis K-Pop tu, tapi minat tak menghalalkan cara, niat tak menghalalkan cara... tepuk dada tanya selera... Nak salahkan mereka seratus peratus pun tak boleh sebenarnya...sebab banyak faktor-faktor sekeliling yang mempengaruhi... tapiii... rasanya dah cukup dewasa untuk berfikir sendiri apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri sendiri...budak-budak sekarang kan cepat matang? cepat pandai? dari kita-kita dulu...Errr...ke tak? Muahahahaha.... Pandai tak semestinya matang, berusia tak semestinya matang, terdedah dengan segala bagai perkara tidak semestinya matang...pemikiran masih mudah atau "secluded" lagi... 

Menurut artikel berita di SINI

Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.

Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Wajar kena salahkan penganjurkah semata-mata? Bagaimana dengan kebenaran dari ibu bapa, kawalan dari ibu bapa? Kematangan fikiran anak-anak itu sendiri? Menunding jari memang mudah, tapi biarlah serata...tengok "root cause"... Penganjur ni biasanya fikirkan keuntungan dan nak duit ajer kan? Itu semua orang tau... ^_^... Bukanlah Farah menyindir mana-mana pihak...Farah sendiri ada anak...zaman Ash esok cabarannya entah apa lagi... Moga-moga tidaklah terlibat dengan isu-isu sebegini...Cuma...apa yang berlaku kita sebagai ibu bapa jadikan sebagai peringatan... Yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik kita jadikan tauladan... Semoga kita sebagai ibu bapa dapat mendidik anak-anak agar tidak terjerumus ke dalam masalah sosial dan juga melakukan kelakuan yang boleh memalukan diri mereka sendiri serta salah di sisi Allah SWT.... In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...

*Mungkin selepas ini kalau diadakan had umur tertentu untuk menghadiri konsert-konsert seperti ini ataupun mengadakan kawalan pentas yang lebih ketat supaya anak-anak yang hilang kawalan kerana terlalu fanatik tidak melakukan aksi sebegini lagi berkesan kot? 

**Ada pihak yang akan bertepuk tangan menyaksikan aksi ini... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. takut tgk video budak2 tu ngan mamat kpop

    ReplyDelete
  2. errr...tak tau nk komen apa...dah besar panjang..mungkin sekarang mereka jugak menyesali tindakan mereka...

    ReplyDelete
  3. Still, akak rasa salah budak2 tu juga. Mereka membiarkan diri mereka hanyut dalam minat mereka yang mendalam. Dapat pula kawan2 yang sama naiknya. Kalau adalah di antara rakan sebaya yang mampu menegur dan mengawal, mungkin mereka tidak akan terbabas begini. Tengok pakaian, semuanya dah cukup complete menutup aurat. Tapi bila melihat mereka memeluk lelaki itu...akak sangat kasihan kerana mereka terlupa diri.

    ReplyDelete
  4. nani pun baru tahu malam tdi sebab ramai orang post. sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  5. Zumal tengok gambar tu pun terkejut gak...

    ReplyDelete
  6. tak taw nak cakap apa, hiburan terlebih jadi macam ni pulak

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah..
    zaza pun baru terbaca pagi tadi..
    smoga insan2 berkenaan sedar dari kesilapan yg mereka telah lakukan.

    ReplyDelete
  8. Betul. Sedih. And i dont think so salahkan penganjur ehe.

    Thanks kak farah! Betul. Kalau boleh sekadar org yg first cari album ke dah ah kan hiks jgn sampai peluk woiii

    ReplyDelete
  9. terlalu taksub dengan KPOP ni..bahaya betul sampai jadi camni..

    ReplyDelete
  10. kan??memang fanatik shahrukh khan la saya ni pun..tapi tak de langsung terfikir kalau jumpa nak peluk cium,bergesel2 dahi dan tapak tangan..minat boleh..jangan melampau..

    ReplyDelete
  11. Semuanya depend pd diri sndiri...merelakan or tidak merelakan..OR terlupa sebab excited sgt...Semua yang salah itu dtgnya dari diri kite...Back to basic is the most important things yg kite kena buat...kan?huhu

    ReplyDelete
  12. entah la..harap2 anak bangsa kita semuanya baik2 ja lepas ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !