Gigih Ash Tolong Mummy Mengemas...

Farah Waheda Wahid
10

Tahun 2014 yang lalu, memang ada beberapa kali Farah berkongsi entri tentang Ash yang minat tolong Mummy dia "berkemas"... Di antara, entri-entri yang dimaksudkan adalah...

Pembantu Rumah Baru???
Ash Tolong Mummy Kemas Rumah???
Kali Ni Betul-Betul Mengemas... Pheww...

Dan hari ni sekali lagi, dia tolong Mummy mengemas. Gambar yang dirakamkan memang berada di dalam kualiti yang agak kurang memuaskan sebabnya sambil "vacuum" sambil "capture" gambar... Ha ha ha, begitulah kaedahnya bila seorang ibu bergelar seorang blogger "uolss"... Semua benda nak buat kan? Sambil kemas rumah pun boleh lagi "capture" gambar. ^_*... 

Tak kisahlah, janji penceritaan itu sampai kepada maksudnya. ^_^. 

Kali ini, lain pulak ceritanya. Mungkin kerana dek dah terbiasa melihat Mummy gulung permaidani untuk "vacuum" lantai yang di bawah permaidani dulu sebelum "vacuum" permaidani... Selalu memerhatikan. Hampir saban minggu. Makanya sel-sel otak telah dapat mentafsir reaksi itu. Diapun bila Mummy "vacuum" rumah, tiba-tiba sibuklah nak menggulung permaidani. 

Berat tu permaidani tu... Hurm... Ashhhhh kuatnya tenaga!!! Ikut tenaga angkat besi macam Abah Ash ke? Nanti dah besar dah daya pergi gimnasium yer? Bagi sado badan... Muahahaha... 

Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang dipertontonkan oleh ibu bapa dari mengikut apa yang diperkatakan. Itulah dianya... Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya ada anak lelaki yang boleh diharapkan nanti-nanti bila dah besar untuk bantu Mummy angkat barang berat bila mengemas rumah. Ekekekeke... Harap-harapnya ringan tulang sampai bila-bilalah yer? In Shaa Allah... Amin... 

Siapa cakap tak ada anak perempuan rugi? Sebab tak ada yang dapat membantu kelak dengan kerja-kerja rumah? In Shaa Allah, kalau kena gaya didikannya, boleh diharapkan juga yer tak? Beruntunglah wanita-wanita yang dapat mengahwini lelaki yang ringan tulang membantu melakukan kerja rumah...Bonus tu... "plus" romantik dan "gentleman" giteww... ^_*

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh rajinnya ank mummy ni..ank yg baik

    ReplyDelete
  2. wah ash...rajin betoi ni...leh buat menantu ni...

    ReplyDelete
  3. rajin ash ni tolong mummy mengemas. :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selagi masih rebung..insyaAllah boleh..amin,,

    ReplyDelete
  5. Kejapnya Ash dah besarrr.. nampak sangat iha yang dah lama tak bukak blog, hihi.. harap anak teruna kak Farah ni akan menjadi anak yang soleh dan ringan tulang membantu semua orang sampai bila-bila, Aamiin.. btw, miss you kak Farah!

    ReplyDelete
  6. alahai.. sweet nya ash ni.. rajin tlg mummy dia.. good job ash!

    ReplyDelete
  7. minta kebenaran untuk bertukar link blog. Saya memasukkan link blog ni dalam bloglist saya.

    http://pentekan.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. ank lelaki pun kena didik pndai buat kerja rumah...xde lah nnt khwin harap bini je semua....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !