Home » , , , , , » Esok Dah Mula Kerja!!!

Esok Dah Mula Kerja!!!

Gambar diubahsuai dari Google
Tengah fikir-fikir nak masak apa ni sebenarnya... sambil-sambil tu belek tablet dan "update" apa yang patut. Masak untuk tengah hari sahaja, malam nanti ada "wedding dinner"... Ash??? Tidur... Keletihan dari "outing" pagi tadi bersama salah seorang BFF Farah dan juga Abah Ash. Ni dah pengsannn... Ha ha ha... Letih sangat lettew... 

Pejam celik pejam celik, esok bermulalah rutin sebagai ibu bekerjaya kembali. Kembali kepada rutin mengharungi jalan sesak pagi petang siang malam menuju ke Petaling Jaya. Itu normal lah tu kan? Sekarang ni tak kira mana-mana pun jalan tetap sesak... Kereta dah banyak atas jalan raya sekarang. Rata-rata rakyat Malaysia kebanyakkannya dah berkereta. Alhamdulillah, rezeki rakyat Malaysia. 

Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba juga esok. Memang sepatutnya Farah memulakan tugas pada 5 Januari 2015, tetapi di atas permintaan "boss" baru iaitu Mr.R, Farah diminta untuk memulakan tugas di pejabat esok iaitu pada 2 Januari 2015. Sehari jer kerja, lepas tu Sabtu Ahad cuti balik. Isnin kerja seperti biasa dan seterusnya begitulah. 

Perasaan duduk rumah? Ok jer... hik hik hik... yang paling menyeronokkan memang selama lebih kurang hampir 3 minggu ni menghabiskan masa-masa terluang sepenuhnya bersama anakanda permata intan payung yang seorang itulah. Penat? Tak pun... penat tu hilang bila melibatkan anak. 

Perasaan nak mula bekerja kembali? Seronok, gembira dan tidak sabar untuk memulakan tugas demi mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga dan terus bergerak ke hadapan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Tempat baru, jawatan baru, "boss" baru dan tiada lagi kelibat "Pink Panther"...#ehhh... muahahaha... 

Gayanya macam budak-budak nak kembali ke sekolah ajer kan? Baju dah siap gosok, "shawl" dah siap gosok... "handbag" dah dikeluarkan cuma belum "transfer" sahaja lagi... kasut-kasut dah letak semula di belakang bonet... Ha ha ha... 

*Hari pertama esok pakai baju apa? Baju berwarna "dusty pink"... ^_*... Haruslah "pink" dulu sebagai pemula langkah kan? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Esok Dah Mula Kerja!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. selamat berkerja di tempat baru sis :) semga ceria ceria selalu :D

    ReplyDelete
  2. All the best and good luck ye sis. Kerja baik2 , berusahalah selagi termampu.

    ReplyDelete
  3. pink semuanya...hehehe
    lepas ash sunyi la..

    ReplyDelete
  4. Oklah tu Farah dah puas sangat tu cuti
    Kakak hari ini pun kerja tau. Johor tak cuti 1st Jan
    Kami ambil awal Muharram sebagai public holiday.

    ReplyDelete
  5. selamat kembali bekerja !!! i like pink. but this year eyja like yellow color. hehe

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya berjalan lancar InsyaAllah...all the best kt tmpt baru esok! ^^

    ReplyDelete
  7. all the best kak farah!!wahhh!!peminat tegar pink ni,,hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat bekerja semula kak Farah. Hari pertama akan membuatkan kita ada symptom mim alif lam sin, hehe tapi nanti mesti dah biasa..

    ReplyDelete
  9. moga membawa sinar yg baru ditempat yg baru...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY