Emares Beauty & Spa, Plaza Idaman, Gombak

Farah Waheda Wahid
15
Orang kata, orang katalah, wanita berumur 30 tahun ke atas ni semakin jelita, semakin "gojes", semakin "hot"... Hurmm...Benarkah? Hakikatnya, jelita, "gojes" dan "hot" itu tidak datang dengan sendirinya ok? Kalau tak jaga penampilan diri, kalau tak jaga badan, kalau tak jaga kesihatan dan kalau tak jaga kesihatan tak ada maknanya datang jelita, "gojes" dan "hot" tu... Setakat pakai baju cantik-cantik tak melambangkan jelita, "gojes" dan "hot" itu...Betul tak? Betul kannn???

Sebenarnya lebih kepada pesanan dan peringatan kepada diri sendiri jugak... Ha ha ha... Bila umur dah nak masuk 33 tahun November 2015 ni, bila dah ada anak satu ni dan bila berkerjaya ni dah tentu-tentulah nak kena jaga semua tu. Takkanlah nak serabai, selebet dan selekeh oiiii... Orang beranak 13 pun tak serabai, selebet dan selekeh... Hu hu hu... Sebelum men"tua"kan diri sendiri, baiklah kita orang-orang perempuan ni beringat kan? 

Tak ada masa? Tak sempat? Banyak kerja? Ataupun kekangan kewangan? Haaa... kalau tak ada masa tu, silalah curi-curi masa yer, kalau tak sempat tu silalah buat-buat sempat yer... banyak kerja? Kerja tidak akan pernah habis... Kekangan kewangan? Tak perlu pergi tempat mahal-mahal... Masih banyak lagi spa-spa kecantikan dan salon-salon kecantikan yang bersesuaian dengan kadar kemampuan kita. Kalau ada rezeki, pergilah ke tempat mahal untuk "self-rewards" sekali-sekala kan? Apa salahnya? 

Bagi Farah, sebenarnya wanita-wanita bermula dari umur remaja sampailah dah beranak pinak memang perlu untuk menjaga diri masing-masing. Lebih-lebih lagi kalau yang dah beranak pinak macam Farah ni... (errrr bunyi macam beranak pinak sangatttt... seorang jer putera kesayangan beta tu...hik hik hik)... Wanita kalau dah bersalin dan mempunyai anak ni, banyak nak kena jaga... 

Mungkin, apa yang Farah bakal kongsikan di dalam entri ini dapat membantu memberi cadangan dan juga menyelesaikan masalah-masalah wanita-wanita di luar sana yang kebuntuan? Ataupun tak sempat nak "survey" spa atau salon-salon kecantikan disebabkan kekangan masa. Sebelum tu... 


Haa...kenal tak? Kenal tak siapa "sparring partner" Farah pada hari kejadian itu? Inilah ibu Mika... blogger Dkna Abza yang telah bersama-sama Farah berjimba-jimba menghabiskan masa bersama-sama di Emares Beauty & Spa, Plaza Idaman, Gombak pada 17 Januari 2015, Sabtu yang lepas. ^_*... Dari pukul 11.00 pagi sampailah ke pukul 2.00 petang lebih kurang macam tu...Sesi memanjakan diri katanya... Bahagian memanja-manjakan diri ni macam ni memang kegemaran Farah ni...ahakss... 


Dalam banyak-banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Emares Beauty & Spa ni apa yang Farah dan Dkna lakukan? ^_^... Kami telah melakukan rawatan muka ("facial")...rasanya setelah berpuluh-puluh tahun tak buat rawatan muka iaitu "facial"...Inilah pertama kali Farah lakukan...bukan sebab apa, muka Farah ni sensitif dengan rawatan muka di spa... Sebabnya muka tak nak terima pulak bila buat rawatan muka... nanti naik bertiong-tiong jerawat...Makanya tawakal jer ...ha ha ha..saja-saja nak buat rawatan muka...Tak ada sesiapa paksa pun... 

Selain dari perawatan muka... Farah juga melakukan sesi urutan seluruh tubuh badan...Perghhh... dah lama dah tak berurut sekali berurut... hamik ko... urut bukan urut kosong yer? Adalah jenis-jenis urutan untuk beberapa jenis kategori... Tak perlu Farah terangkan dengan lebih terperinci...sebab rasanya orang-orang yang sudah mempunyai anak dan sudah berumahtangga lebih faham apa yang Farah maksudkan... Tapi terus-terang Farah katakan khidmat dari tukang urut terlatih di Emares Beauty & Spa ni memang terbaik!!! Selepas urut jer...badan memang terasa ringan... macam dilambung-lambung bak kata Dkna...Ha ha ha... Rasa segar dan ringan jer bila berjalan, walaupun susuk tubuh badan tak berapa nak nampak ringan...Muahahaha...Terasa langkah ni semakin laju jer berjalan...Hik hik hik... Bukan cakap kosong, tetapi cubalah rasakan dulu barulah tau ok? 


Inilah antara gambar-gambar yang telah diambil sewaktu sesi kami di Emares Beauty & Spa...Gambar seksis meksis tak ada yer "uolss"... nanti terdedah pula urat dan aurat... ^_*... Kita ambil gambar-gambar fizikal sahaja supaya kawan-kawan boleh tengok bagaimana suasana dan apakah peralatan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Emares Beauty & Spa ni pada para pelanggan... 

Ada bermacam-macam jenis rawatan kecantikan untuk semua di Emares Beauty & Spa ni... Antaranya... Pakej perawatan pengantin dan juga rawatan selepas bersalin... Mana-mana bakal pengantin tu bolehlah cuba-cuba datang melawat dan bertanya-tanya untuk persiapan diri di hari bahagia yer... dan mana-mana ibu-ibu yang bakal melahirkan tu pun boleh cuba bertanya-tanya dan melihat-lihat apakah jenis rawatan yang ditawarkan oleh Emares Beauty & Spa ini untuk mereka yang jatuh di bawah kategori ini... 

Farah ringkaskan sedikit yer jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Emares Beauty & Spa kepada semua... 

Sauna Rempah / Rempah Istimewa / Aromaterapi / Rempah Biasa

Cucian Muka Biasa / Rawatan / Resdung

Rawatan Resdung Tanpa Asap

Urut Aromaterapi / Tradisional / Selepas Bersalin / Kaki / Belakang

Lulur Badan ("Body Scrub")

Mangir ("Body Mask") / Mangir Susu ("Milk Body Wash")

Mandi Rempah / Susu

"Slimming" (Perut)

Perawatan Payudara

Pemutihan Badan ("Body Bleaching")

Aromaterapi Lilin Telinga ("Ear Candling")

"Pedicure", "Manicure"

"Foot Waxing"

Khidmat Solekan (Makan Malam/Bertunang/ Pengantin / Majlis)

Emares Beauty & Spa juga adalah merupakan pengedar sah "House of Healing" dan juga produk-produk dR. Rozmey bagi sesiapa yang mengamalkan produk-produk ini. 

Berminat? 

Emares Beauty & Spa
Lot G43, Plaza Idaman
Gombak, Kuala Lumpur

Laman Facebook:


Untuk Temujanji Sila Hubungi:
Pn. Rosidah
019 - 223 7619 / 03 - 6188 6612

Harga yang ditawarkan pun adalah harga ekonomi dan pada sesiapa yang tinggal berdekatan tu, bolehlah cuba-cuba pergi ke Emares Beauty & Spa yer... Kakitangan di Emares Beauty & Spa pun ramah tamah dan sangat mesra adanya... ^_*

*Alhamdulillah, muka nampaknya tak berjerawat pun selepas perawatan muka ("facial")... he he he... itu yang sibuk sangat nak pastikan dulu tu... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang ringan rasa badan lepas beurut kann. sedaaapnyaa :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh kelasss farah pergi spa..huhuhu..(≧▽≦)

    ReplyDelete
  3. wah..macam best jer kak farah..tapi jauh hehe..maybe one fine day boleh pergi juga memanjakan badan ni hehe

    ReplyDelete
  4. Wah.. Dekat sgt dgn rumah sy... Boleh la pergi nih...

    ReplyDelete
  5. best nih..dah lama tak memanja kan diri..sejak ada anak kedua ni lah..

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya ber spa..harga pun affordable je..memang tempat best untuk pergi ni

    ReplyDelete
  7. menarik juga

    salam dakwah tauhid sunnah wal jihad
    admin kumpulankonsultasi.com

    ReplyDelete
  8. wah wah nape tak roger boleh singgah rumah hikhik thanks share kak farah wiwiwi

    ReplyDelete
  9. Teringinnya..... tak pernah pergi spa seumur hidup...

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa..nak mengurut badan jugak

    ReplyDelete
  11. ni boleh tolong promote ni :) studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. salam...sis drip ade buat x...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !