Home » , , , , , , » Cara Penjagaan Kulit Wajah Farah???

Cara Penjagaan Kulit Wajah Farah???


Agak lama juga Farah tak soh seh soh seh tentang "diri" sendiri... dan harap maklum entri ini bukan nak perasan yang Farah ni cantik ke, Farah ni gebus gebas ke (ahaksss... gebu gebas melebar adalah), Farah ni kulit tona sekata ke... Perghh kalau pergi "scan" kulit ni di mana-mana pakar kecantikan entah apalah agaknya yang nampak "uolss"... Tolong jangan katakan ada "fine lines"!!! Oh tidakkkk.... takutnya kalau ada "fine lines"... mesti tak tidur malam memikirkan... ha ha ha... melampau kan? 

Ni semuanya sebab ada lebih kurang 5 e-mel dari pembaca Bubblynotes.Com yang bertanyakan macam mana caranya Farah menjaga kulit wajah. Hurmm... nak balas satu-satu memang tak berkesempatan senantiasa, lebih-lebih lagi sekarang... Masih di dalam fasa transisi di pejabat baru. Makanya, jalan paling mudah kepada mereka-mereka yang bertanya itu adalah dengan membaca entri ini... Harap-harapnya membacalah ek? Wakakakaka.... Tak apalah... kalau tak baca sekarang pun, bila mereka singgah In Shaa Allah baca tu... 

Farah orangnya kadang kala boleh jadi ringkas, seringkas-ringkasnya... kadang-kadang kompleks sekompleks-kompleksnya... Ha ha ha... ikut angin jugak... Tapi sepertimana yang Farah baca di mana-mana artikel kecantikan ataupun artikel coretan peribadi mana-mana pihak disiplin dan konsistensi itu penting. ^_*... samalah juga dalam kehidupan sehari-hari termasuklah blog... Hu hu hu... 

Amalan Setiap Hari
  • Bangun dari tidur di waktu pagi... terus ke dapur cari air suam segelas dan selawat kemudian minum. Lepas tu baru mandi. Ha ha ha... Ini petua turun temurun bukan pemuda.
  • Pada waktu pagi Farah akan mencuci muka dengan sabun pencuci muka, selepas mandi, siap berpakaian, pakai "toner", "miracle water" dan kemudian bersolek seperti biasa. 
  • Minum Ephyra
  • Sepanjang hari Farah akan pastikan Farah minum banyak air suam berbanding minuman lain. Sangat jarang dan boleh dikira dengan jari Farah minum Nescafe, Milo, teh... Horlicks lagilah tak pernah "uolss"... 
  • Balik, sama juga... bersihkan segala solekan menggunakan cecair penanggal solekan, cuci muka dengan sabun pencuci muka dengan menggunakan Philips Visapure... bersih baq hang... boleh baca di entri yang Farah dah pautkan di perkataan Philips Visapure itu untuk pencerahan lebih lanjut... 
  • Solat
Amalan Sebelum Tidur
  • Tak ada apa sangat pun, cumanya... selang 2 malam sekali Farah akan pakai "mask" yang jenis tampal tu... ahaksss... senang cerita guna bahasa pasar kan? Senang faham... Ash pun naik pelik kenapa Mummy kelihatan seperti Iron Man... Muahahahaha... 
Amalan Hujung Minggu

Dah itu jer sebenarnya, tapi yang penting kena disiplin dan konsisten. Harap-harapnya menjawab dan membantulah yer. Daaa... 

*Farah tidaklah sempurna dan tidaklah cantik mana pun... biasa-biasa ajer... tapi tetap bersyukur dengan anugerah pinjaman Allah SWT ini... Terima kasih Allah... Hu hu hu, jangan kecam "I" perasan diri cantik bila buat entri ini "please?"... Huwaaaa... nak jawab pertanyaan orang jer...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Penjagaan Kulit Wajah Farah???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Kulit kak Farah memang bersih punnn ^_^ Nad sampai mood rajin, rajin lah melayan haha sampai mood malas aish

    ReplyDelete
  2. nak cantik mestilah kena konsisten kan farah hehe.. zaza kalau mood malas ngeeee sabo je la hahahaha..

    ReplyDelete
  3. kulit akak mmg licin patut lah sll amalkan benda2 ni ye..sy memang xde lah nak buat cmtu kak.hehe..jenis pemalas ekeke

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing farah. Yt ni pemalas. Hahahaha. But dah nak masuk 3 series ni. Huuuuu. Kena buat tips farah

    ReplyDelete
  5. gituuu haaa tipsnya.. miracle water ape kak ? skll ke hehehe..

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak Farah bertampal tampal dekat muka. nani bapak malas nak buat semuaa tu tapi nak kulit lawaa. hahaha. takpe lahh konsisten minum ephyra. hikssss :D

    ReplyDelete
  7. Hahaha...boleh boleh...nanti cik akak amalkan selalu ye..

    ReplyDelete
  8. Patutlah gebu gebas ... rajin jaga muka .. :D
    Mia ni agak pemalas sikit bab penjagaan muka. 😜

    ReplyDelete
  9. yang penting rajin dan konsisten...saya kekurangan konsisten tu...hihi

    ReplyDelete
  10. wauu..betul saya pun rasa kulit kak farah cantik..sekarang tengah gigih buat bedak sejuk sendiri hasil bacaan dari blok akak juga hihi...

    ReplyDelete
  11. Bagusla tips sis..memg di akui kulit sis cntik.

    ReplyDelete
  12. Nice sharing adik...yg penting guna bhn2 semulajadi kan?

    ReplyDelete
  13. Nina suka scrub muka seminggu sekali.
    Kadang2 tuu time Cik 'M' dtg tak buat pun....
    Hehee

    ReplyDelete
  14. saya la orang plg malas nak jaga muka. .huhu

    ReplyDelete
  15. air kosong tu penting...memang cun kak farah ni

    ReplyDelete
  16. rajinnya, nasib baik ash tak meraban nak pakai juga. kalau anak N dah tentu nak pakai juga huhu

    ReplyDelete
  17. Sementara tgh muda elok sangatlah jaga....kang dah kilauaan mcm okje dah terlambat hihi

    ReplyDelete
  18. ank satu rajin.. ank kedua tak smpat.. tggu besaq sikit baru nk cover balik.. haha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia