Home » , , , , , , , , , , , , » Cabaran RM5.00 Sehari...

Cabaran RM5.00 Sehari...


Perlaksanaan salah satu projek untuk diri sendiri di tahun 2015 bermula pada hari ini!!! Ini merupakan salah satu projek yang Farah dah senaraikan pada tahun 2015 ni... Ha gelak gelak... Haippp walaupun nampak adik-adik sangat buah fikiran ni... tapiiii tak salah punnn.... Kan kan kan? 

Setiap hari pejamkan mata tarik RM5.00 dari beg duit... dan masukkan ke dalam tabung yang comel ini... Hew hew hew... Katalah secara kasar pengiraannya sehari RM5.00, kita ambil figura kasar sebulan 30 hari... RM5.00 x 30 hari: RM 150.00. Oklah tu kan? Setahun? RM 150.00 x 12 bulan: RM 1,800.00. #ehhh tak cukup 12 bulan... muahaha... 11 bulan jer sebab baru mula hari ni...Simpanan setiap bulan tu memang akan dimasukkan siap-siap dalam bank dulu. Lepas tu "top up" dengan jumlah yang diperoleh dari Cabaran RM5.00 Sehari ni. Wallaaa... (ini membayang-bayang dan berangan-anganlah ni).... Walaupun caranya agak konvensional tetapi ada baiknya. Tak kisah punnn sesiapa nak mengumpat apa dan kata apa sama ada di belakang Farah ataupun di depan Farah. Katalah... "I is" tak rugi apa-apa pun... 

Anak dah semakin membesar macam nilah gayanya... Sejak ada Ash ni, memang fikirnya nak cari duit jerlah. Nak kumpul duit banyak-banyak. Bunyinya macam tamak ye tak? Tapi hakikatnya semua orang tahu sebab apa ibu bapa berjimat cermat. Bukan sekadar sebab kos sara hidup yang makin hari makin meningkat. Faktor-faktor lain juga menyumbang kalau dikaji serta diteliti sedalam-dalamnya. Kerja keras cari duit tu satu hal, tapi tak adalah sampai lupakan akhirat. Harapnya tidaklah... In Shaa Allah... Amin...

Usia pun dah nak meningkat ke 33 tahun November 2015 ni... dah boleh dah sangat mula serius serta fokus memikirkan kebebasan bebanan kewangan dah ni. Errr... tapi hidup dalam zaman sekarang ni ada ke orang yang betul-betul bebas dari bebanan kewangan? Adalah apa pulak tak ada... Hishhh... Apa punya soalan daaa... Makanya, pesanan untuk diri sendiri... belajarlah secara diam dari mereka dengan cara memerhati cara mereka-mereka itu mencari, menyimpan dan mengendali. Moga-moga nampak sinar cahayanya.. Hik hik hik... 

Betul duit bukan segala-galanya... itu tidak dinafikan... tapi duit juga adalah segala-galanya... Haaa, kalau faham tu fahamlah apa Farah maksudkan... Yang tak dapat tangkap maksudnya tu jangan buat konklusi sendiri pulak... yang Farah ni sungguh materialistik... Maksudnya... 

Jangan jadi hamba duit... Farah pernah terbitkan entri tentang hamba duit di SINI... bolehlah baca kalau sudi dan bolehlah baca kalau minat... Bagi ibu bapa, termasuk Farah... sudah semestinya memikirkan tentang masa depan anak-anak ye tak? Duit tak boleh beli kasih sayang serta kebahagiaan tapi duit diperlukan untuk kelangsungan hidup. 

DUIT ADALAH ALAT UNTUK HIDUP, BUKAN MATLAMAT HIDUP
BANYAKKAN BERSYUKUR DAN BERSEDEKAH, IN SHAA ALLAH, ALLAH PERMUDAHKAN KEHIDUPAN KITA -- #READ SOMEWHERE 

Semoga cabaran ni berjayalah kan hendaknya? In Shaa Allah... mudah-mudahan... Amin...^_*

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cabaran RM5.00 Sehari..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Saya pon mula berjimat cermat dn mncari lebihan kejee

    ReplyDelete
  2. hey! saya pon buat ni jugak tapi simpan rm5 je, bila ada rm 5 je terus simpan cepat2. haa kebetulan bekas simpan duit tu sama. hahaha
    :D

    ReplyDelete
  3. Hehe pernah buat ni masa belajar, tapi rm2 je sehari. Sedar tak sedar, berbaloi jugaklah..lepas bayar rumah sewa. Huhu.

    ReplyDelete
  4. selamat maju jaya.
    kita juga sedang berusaha ke arah itu, x dapat setiap hari 2 hari sekali pun jadiklah yer... :D

    ReplyDelete
  5. saya belum start lagi.. dok kat rumah income xda lagi

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum farah..jenjalan sini. sy pun ada buat tabung hijau dan biru..rm 5 dan rm 1. jom menabung

    ReplyDelete
  7. bagus cara menyimpan mcmni..nak kena praktikkan ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. Eh , kita pun plan nak buat tapi start 1 Feb ni

    ReplyDelete
  9. dieyana pun dah mula start projek 5 hinggit ni tahun 2015..kihkhihk..nampak aje 5 hinngit dlm purse, terus cepat2 keluarkan masuk tabung..kalau tak, mmng akan terguna..hihiih...
    moga kita sama2 menabung..ujung tahun boleh beli hbag baru! hahaha..just kidding!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY