Home » , , , , , » Bilik "Mothercare" Di Pejabat???

Bilik "Mothercare" Di Pejabat???

Sumber dari Google
Farah tak berapa pasti sama ada "practice" ini telah berada di sebahagian besar pejabat-pejabat di Malaysia untuk kemudahan ibu-ibu menyusu yang berkerja ataupun tidak. Tapi bagi diri Farah inilah pertama kali Farah melihat atau berjumpa dengan satu tempat kerja yang sememangnya menyediakan satu bilik khas untuk para-para ibu yang berkerja untuk mereka mengekspres susu.

Sumber dari Google

Sumber dari Google
Kebiasaannya selama ini, Farah selalu melihat ibu-ibu menyusu mengekspres susu-susu ibu di dalam surau pejabat dan tidak kurang juga ada yang mengekspres susu ibu di tandas! (Bagi mereka yang menggunakan pam secara manual). Kerana tiada ruang yang khas bagi mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Bagi yang di surau tu tidak apa lagilah kan? Masih boleh diterima... tetapi yang di tandas tu? Walaupun tidak pernah melalui fasa-fasa mengekspres susu ibu di pejabat kerana Ash berhenti menyusu susu ibu setelah tamat tempoh berpantang atas sebab-sebab yang tertentu, tetapi Farah biasa melihat rakan-rakan sepejabat dahulu. Hurmm... kadang-kadang terdetik juga sesuatu rasa bila mereka mengalami kesukaran untuk mencari tempat yang bersesuaian mengekspres susu. 

Bila melihat wujudnya bilik "mothercare" yang selesa, luas dan dilengkapi pelbagai kemudahan bagi memudahkan ibu-ibu berkerjaya mengekspres stok-stok susu untuk anak-anak mereka di pejabat baru Farah semalam, terdetik rasa alangkah bagusnya jika Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganjurkan bahawa setiap syarikat menyediakan ruangan khas ini di pejabat-pejabat mereka. Tidak perlu peralatan yang canggih manggih pun tidak apa (seperti "sterilizer")... cukup dengan satu ruangan yang selesa bagi ibu-ibu mengekpres stok-stok susu mereka dan menyimpan stok-stok susu mereka sementara dibawa pulang ke rumah. Tidak perlu berkongsi peti ais di pantri!

Hurmm... tak taulah... mungkin Farah yang "jakun" sedikit kerana pertama kali melihat... mungkin "uolss" dah biasa lihat... Tapi bagi Farah, sebenarnya Farah rasa ini adalah satu cadangan yang munasabah untuk diketengahkan... ^_*

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bilik "Mothercare" Di Pejabat???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, January 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. rasanya yang banyak buat camni are international companies. company kat malaysia belum betul btul pick up lagi work-life balance nye things camni. But we are getting there, InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. dulu masa kerja kat tmpt lama, kwn 1 opis pam susu dlm tandas je.. mmg kesian sgt tgk.. ruang sempit dan xselesa..
    kalo ade bilik khas mcm ni bgos jgk..

    ReplyDelete
  3. Kat opis akak memang ada...ada bilik khas untuk ibu2 pam stok susu...tp x de la bilik canggih macam dalam google tu...

    ReplyDelete
  4. kwn2 sy biasa pam dlm bilik je..atau bilik mesy time lunch..ad gak kat surau

    ReplyDelete
  5. memang bagus kalau ada bilik khas macam ni.. kalau i office ros sekarang ni, akak-akak office pam susu di bilik solat..

    ReplyDelete
  6. Bagus Sgt klau setiap sykt myediakn tmpt khas mcm ni

    ReplyDelete
  7. kan bagus kalau ada bilik khas begini.. kesian jugak tgk ibu2 kat office ni yg terpaksa duduk dlm surau nak mengepam susu..

    ReplyDelete
  8. mmg bgus jika disediakn khas cmni.. terasa kebajikan para ibu dijaga...

    ReplyDelete
  9. betul tu setuju..wujudkan satu bilik macam ni..mudah dan senang

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY