Anak Menggunakan Bahasa Kasar Atau Kesat Di Dalam Pertuturan...

Farah Waheda Wahid
15
Sumber dari Google
Errrr... ini adalah salah satu dari mimpi ngeri ibu bapa... Ke Farah jer yang terasa macam ni? Kerisauan dan rasa tidak selesa atau tidak suka apabila anak-anak mula belajar menggunakan bahasa kasar atau kesat... Semua ibu bapa pun tak suka kan? Mana ada ibu bapa yang suka bila anak-anak menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya... atau tidak bersesuaian dengan umur mereka malahan berlawanan dengan norma-norma adab susila. 

Ngeri tak ngeri jugaklah, tapi bagi Farah kita sebagai ibu bapa harus ngeri kot? Sedap ke telinga dan seronok ke mendengar anak-anak mengucapkan perkataan-perkataan kasar atau kesat? Selalunyalah kan perkara sebegini akan mula terjadi bilamana anak-anak dah mula bercampur gaul dan tidak dipantau penggunaan bahasa mereka. 

Menurut artikel di SINI yang Farah baca...

Ia sebenarnya adalah perkara normal yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah. Mereka umpama sebuah span yang akan menyerap apa sahaja perkara baru yang mereka pelajari tanpa mengetahui ia baik atau buruk.

Kanak-kanak usia ini terkenal sebagai golongan yang sangat cepat meniru apa sahaja perbuatan orang lain tanpa mengetahui apa yang ditiru itu betul atau salah. Maka tidak hairanlah mereka mudah mengikut apa yang ada di sekeliling seperti ahli keluarga, kawan-kawan sekolah dan rancangan televisyen yang ditonton.

Jadi, apakah cara terbaik mengendalikan anak sedemikian? Sudah tentu kita tidak boleh melarang mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan yang memberikan pengaruh negatif kepadanya ketika di sekolah kerana kita tidak boleh menemankannya sepanjang masa ketika dia bersekolah.

Cara terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa iaitu menjelaskan kepada si anak bahawa bercakap kasar atau berperangai buruk tidak baik, salah dan ia perbuatan yang kurang sopan. Jika anak pertama kali mengeluarkan kata-kata kasar tersebut, kita tidak boleh terus memarahinya. Sebaiknya ibu bapa bertanyakan dari mana dia mendengar kata-kata tersebut.

Setelah itu, tanyakan sama ada dia faham atau tidak maksud kata-kata tersebut kerana ada kes di mana anak langsung tidak tahu maksud kata-kata yang diucapkan. Selepas mendengar penjelasan daripada anak, kita berikan penjelasan kepadanya mengapa dia tidak boleh menggunakan perkataan kasar tersebut.

Percayalah, selepas mendengar penjelasan kita pasti anak tidak mahu mengulang perbuatannya kerana tidak mahu menjadi anak yang tidak disukai oleh kawan-kawan. Sememangnya perilaku anak banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan mengenali dengan siapa dia berkawan.

Ibu bapa perlu sentiasa mendampingi anak dan menjelaskan kepadanya bermacam perkara yang positif dan negatif supaya dia ada info dan ilmu dan seterusnya semakin bijak membuat pilihan dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran apabila dia semakin dewasa.

Ash kalau sekali Mummy tangkap guna bahasa atau bertutur yang tidak sepatutnya akan datang... taulah dia Mummy tepuk mulut dia... Hu hu hu... Moga-moga anak-anak kita semua tidak menjadi seperti apa yang diperbincangkan oleh entri ini.... In Shaa Allah... Mudah-mudahan... Amin... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kadang-kadang penat juga nak ingatkan anak-anak ni, tapi mestilah sentiasa sabar, kan, sekarang pengaruh dari mana-mana kuat sangat

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Terima kasih atas perkongsian ini. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau hantar anak kat sekolah..lagi ketara percakapan dorang. Faktor persekitaran.

    ReplyDelete
  4. moga moga nanti ash tak jadi macam tuu :D

    ReplyDelete
  5. bukan takat mak babak je org sekeliling mu ngeri dengar huhu

    ReplyDelete
  6. Memang susah hati bila anak-anak menyerap perkara yang tidak elok...

    ReplyDelete
  7. ibu bapa memang kena mainkan peranan..

    ReplyDelete
  8. Anak perempuan saya masa umur 6 tahun dia balik dari sekolah cerita pada saya tentang gelagat kawan2 sekolah da..sambil cerita hujung2 ayat ada "bodoh betul dia tu..kan ibu.." terkejut saya dengar..bila kita jelas kan kesan tak baik sebut perkataan2 macam tu dia tak sebut dah..kena selalu inagtkan dia..sekarang dah darjah 2 memang dia tak sebut perkataan2 yang kesat dan kasar..kita kena selalu pantau dan tegur.jangan dibiarkan..

    ReplyDelete
  9. Betul. Maria cukup pantang dengar adik maria ckp benda tak elok !

    ReplyDelete
  10. hurmmmm ini lah yang sy takutkan..huhu :/

    ReplyDelete
  11. betul. Takut oh kalau budak lagi dh terrrrmencarut uish payah

    ReplyDelete
  12. diorg ni kdg2 lbih dgr ckap kwn2..

    ReplyDelete
  13. kat taman perumahan CT duduk ni isk isk.. bebudak kecik tadika da terer vulgar words..

    ReplyDelete
  14. Haha..Memang sakit telinga kalau trdengar anak sebut / cakap yang kite x ajar.. Kena ulang kali remind utk make sure dieorg sntiasa igt ayat/perkataan tu x baik digunakan..huhu

    ReplyDelete
  15. setakat ni xde lagi... sbb anak2 sy kurg bekwn sbb dok dgn pngasuh je.. tapi kartun yg ksar mmg disekat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !