Home » , , , , , » Anak Berambut Kerinting? Bagaimanakah Penjagaannya?

Anak Berambut Kerinting? Bagaimanakah Penjagaannya?


Sumber diubahsuai dari Google 

Pertama sekali ingin Farah jelaskan, entri ini bukanlah idea asal Farah yer? Secara kebetulan Farah sedang membaca dan terjumpa artikel yang menarik ini. Tiba-tiba terfikir... kenapa tak pernah terfikir ek nak buat entri bertajuk ini? Muahahaha...(errr entri hari ini bermula dengan penafian dulu... bha ha ha...oklah tu kan? Sekurang-kurangnya tak adalah Farah taip balik entri orang lain lepas tu senyap-senyap tak mengaku dan orang ingat itu hasil karya maya Farah sendiri...sangat 'looser' macam tu ok? Mesej yang tersirat, sekiranya kopi pasta dari mana-mana sumber sila 'backlink' kan kembali ke sumber asal). 

Ok Farah ok, berhenti membebel tak habis-habis. Ekekeke... Berbalik kepada perbincangan kita tentang rambut kerinting... Dulu kannn, masa Ash dalam perut kan... Farah pernah terfikir sama ada rambut Ash akan lurus seperti Farah, atau ikal ataupun "dreadlock" ke "afrocircus" , "afro"... Comel kadang-kadang tengok budak-budak yang berambut kerinting ni... he he he... Dulu masa zaman kecik-kecik pun di sekolah suka tengok kawan-kawan yang berambut kerinting. Masa tu rasakan rambut mereka ni unik. Dan dalam perhati-perhati tu, ada juga terfikir macam mana mereka jaga rambut ek? 

Kalaulah Ash dilahirkan dengan rambut kerinting, serius Farah mesti jaga rambut Ash macam mana penjagaan rambut yang biasa. Sebab tak pernah ambil tahu pun yang sekiranya anak berambut kerinting sebenarnya ada cara penjagaannya yang tersendiri. Ibu bapa yang berambut kerinting ataupun tidak berambut kerinting tetapi anak berambut kerinting, pasti dah pakar ni kan? 

Menurut sebuah artikel di SINI yang disediakan oleh Cik/Pn. Hasnita... 

Kalau anak perempuan berambut keriting, kadang kala nampak macam anak patung comelnyaaa. Namun kalau dibiarkan mengerbang, memang akan berserabut jadinya. Jadi, jika agak-agak kita ni mempunyai anak yang berambut keriting tidak kira lelaki atau perempuan, ketahui cara penjagaan rambut jenis ini.

Jika rambut lurus, kita boleh menyikat rambut mereka menggunakan sikat biasa tetapi bagi anak berambut keriting, elakkan penggunaan sikat jenis berus. Sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut keritingnya agar tidak merosakkan tekstur rambut si kecil.

Dalam soal mencuci rambut jenis keriting, kita disarankan sebaiknya mencuci rambut anak sebanyak dua hari sekali. Mencuci setiap hari akan membuatkan keadaan rambut dan kulit kepala si kecil lebih cepat kering. Tetapi, pastikan kita mencuci rambutnya dengan betul memandangkan kanak-kanak cepat berpeluh kerana keaktifan mereka bermain.

Jangan lupa menggunakan pelembut rambut khas untuk rambut kanak-kanak. Menjaga rambut keriting supaya tetap lembap sangat penting untuk mencegah rambut susah diurus dan menjadi kasar. Selepas mencuci rambutnya, biarkan ia kering secara semula jadi tanpa penggunaan alat pengering rambut.

Mungkin ada dalam kalangan kita suka memotong sendiri rambut anak. Namun, sekiranya anak kita berambut keriting, sebaiknya biarkan rambutnya dipotong oleh mereka yang pakar di salon rambut. Ini kerana rambut keriting memerlukan penelitian khusus daripada mereka yang pakar. 

Begitulah cara-cara penjagaan rambut anak-anak yang berambut kerinting. Rambut kerinting ni kalau kusut mesti haru kan? Dibuatnya sikat tersangkut? Nak lepaskan dari sangkut dan kekusutan itu kadang-kadang boleh jadi sakit ooo rambut kena tarik. #ehh macam ada pengalaman ajer? Bha ha ha... nan hado...cuma imaginasi fikiran ini sahaja...

Tapikan tiba-tiba terfikir... ha ha ha... Ash kalau dilahirkan dengan rambut kerinting entah macam manalah gayanya... hik hik hik... tapi tak mau... bersyukur dengan apa yang Allah bagi dah... Biarlah dia kekal dengan apa yang Allah dah beri... Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap insan, dan itulah yang terbaik buat Ash... 

*Kena cari aplikasi main tukar-tukar rambut ni... ha ha ha... bolehlah bayangkan macam mana Ash kalau rambut kerinting... Wuuuu... Nak di-Photoshop... memang tak lah nak ada masanya... ^_* 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Berambut Kerinting? Bagaimanakah Penjagaannya? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. comelnya anak rambut kerinting, lagi-lagi pompuan

    ReplyDelete
  2. betul tu cara jaga rambut anak yg kerinting.. anak Sue pun rambut kerinting.. sgt2 kena bersabar bila sikat rambut dia.. nanti dia komplen sakit la ape la kalau kasar sikit.. sometime seharian tak sikat rambut sbb dia taknak.. siap lari2 lg.. mmg jd singa la mummy dia ni.. hahaha..

    sekali sehari mesti syampu rambut dia.. kadang2 2 hari sekali baru cuci rambut.. Then dah sikat elok2 kalau nak tidur malam buat dandan siap2 sbb tak nak rambut dia kusut dan mengerbang.. hurmmmm.. kesian jugak tapi sbb asyik komplen sakit je kalau mengerbang terpaksa dandan kan bila nak tidur.. huhu..

    ReplyDelete
  3. nice tips.kena alert la ni since Thaqif rambut kerinting

    ReplyDelete
  4. Agak sukar juga kan pnjagaan rambut kerinting ni

    ReplyDelete
  5. maria suka rmbut kerinting. hehe baru stylo

    ReplyDelete
  6. Alolo.. comelkan rambut kerinting.. kalau dapat girl mesti comel.. terbayang2 dah nih.. alang2 tahun baru rambut pun baru..

    ReplyDelete
  7. anak buah nad anak kakak semua rmbut keriting..kadang-kadng kitaorang cakap tebuanla..orang gila la..hahaa

    ReplyDelete
  8. dulu krinting truk gulung2 mcm little lulu.. tapi mak kata asal rambut tumbuh aje dia gunting. akhirnya tak teruk da kerintingnya

    ReplyDelete
  9. anak N lelaki, jadi rambut sentiasa pendek. pernah dulu panjang masa baby. rambutnya ikal cantik :D

    ReplyDelete
  10. Keriting ke lurus semuanya kurniaan Allah kan....Tp okje lagi suka rambut lurus, tak pun ikal ikal bawah dia....comey sangat

    ReplyDelete
  11. comei budak rmbut kerinting terutama pmpuan.. tpi ltih gak nk jaga..

    ReplyDelete
  12. i do have curly hair. 3a/3b type. huaaa...part nak jaga tu rasa mcm nk nangis je. habis semua produk dah guna. Guna minyak kelapa tak menjadi jgk. Shampoo memang kelaut la. Rebonding akan jadi pilihan terakhir huhu. sbb rambut ni kering sangat. kusut. tangled. nearly impossible untuk disikat. I lose hooooope

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY