Anak-Anak Banyak Bertanya & Soalan Berulang-Ulang?

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Walaupunnn... Ash masih belum lancar bertutur dan masih dengan bahasa Jerman-nya... tetapi sifat ingin tahu dan sikap suka bertanya dia agak tinggi. Macam mana caranya dia bertanya? Mudah sahaja dan mudah juga bagi Farah untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ash... Kadang-kadang caranya panjang buah butir bicara dalam bahasa Jerman diikuti dengan eghh di hujung dan kadang kala cuma dengan aksi tunjuk dengan jari telunjuk yang comel itu berserta bunyi eghh di hujung. Dan seperti anak-anak lain yang sedang membesar... ianya akan berulang-ulang dan Farah juga akan menjawab secara berulang-ulang...Ekekekeke... 

Kenapa anak-anak suka bertanha, banyak bertanya dan gemar bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang walaupun kita sebgai ibu bapa dah berikan jawapan berulang-ulang kali? Ha ha ha, jenuhlah, masaklah nak menjawab dan melayan yer... 

Anak-anak baru sahaja melihat dunia, pengalaman mereka masih cetek dan mereka sebenarnya bereksplorasi dengan pemikiran mereka dan sekitar mereka. Jadi benda-benda baru di sekeliling mereka atau perkara yang menarik perhatian mereka membuatkan sifat ingin tahu mereka tinggi. Dan apabila mereka bertanya berulang-ulang kali. Ini bermaksud mereka dengan sedaya upaya ingin cuba memahami atau memahamkan sehingga mereka rasa berpuas hati dengan jawapan kita. Ha ha ha, jangan risau, jangan bimbang, jangan khuatir... bila pertanyaan hari ini telah habis atau cukup pada mereka... ada masanya esok-esok pertanyaan yang sama akan diulang semula. Jeng jeng jeng... Ibu bapa redha jerlah yer... Baguslah anak-anak kerap bertanya... itu menandakan sel-sel otak mereka sedang bekerja dan melatih pemikiran mereka. Daripada tidak bertanya langsung? Nanti kita yang jadi susah hati pula... 

Siap sedia sahajalah dengan sebarang kemungkinan soalan yang akan keluar dari mulut-mulut comel mereka bila mereka sudah lancar bertutur... dan bersiap sedialah bilamana mereka akan bertanya soalan-soalan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita yang kadang-kadan boleh buatkan kita berkata dalam hati... "huishhh, sampai ke situ soalannya...". Ada juga situasi dan kondisi di mana ibu bapa tergamam serta terdiam tidak dapat menjawab soalan-soalan bom kebabom dari anak-anak kecil ini. 

Contohnya lah ek? Berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak-anak sedara sewaktu Farah masih bersekolah dan Nek Ma Ash menjaga mereka... "Acik... kenapa kena letak CD tu kat situ?"... "Acik... CD tu pusing kat dalam tu macam mana?"... "Acik... macam mana Tom N Jerry tu boleh keluar dekat TV bila Acik letak CD?"... Ha ha ha... hamik ko... itu baru anak-anak sedara... Anak sendiri tak tau lah lagi macam mana gayanya nanti bentuk rupa soalannya ni... Hew hew hew... ^_* ... Macam iklan susu formula ANMUM... kenapa?, kenapa? dan kenapa?....

Yang penting ibu bapa seharusnya gembira dan berfikiran positif bila anak banyak atau kerap bertanya dan bila anak suka tanya soalan yang berulang-ulang... Sabar dalam menghadapi, sabar dalam menjawab... Jangan jadi macam gambar di bawah ni... 

Sumber dari Google
Bila anak telah mula kerap bertanya tertekan... bila anak telah mula banyak bertanya tertekan.... bila anak tanya soalan yang sama berulang-ulang... mula rasa nak marah... Berhentikan perasaan itu di situ, kawal perasaan... fikirkan secara positif perkembangan anak itu... kerana bila anak berinteraksi dengan kita, bermakna dia berkomunikasi dengan kita... dan ianya sebenarnya membantu di dalam perkembangan diri anak-anak yang positif juga mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita dengan anak-anak... Satu lagi, ianya juga sebagai latihan kepada anak-anak untuk bertanya kepada kita sehingga mereka remaja ataupun dewasa sekiranya terdapat kemusykilan tentang sesuatu perkara... 

Makanya, ibu bapa, kalau-kalau rasa malas nak layan, rasakan soalan anak-anak remeh temeh serta tidak relevan untuk dijawab atau dengan mudahnya nak marah bila anak-anak bertanya... fikirkanlah perkara yang positif terlebih dahulu tentang sikap anak-anak itu daripada terus melenting, tertekan dan sebagainya... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahaha...kalau cik akak memang suka layan anak sedara cik akak bertanya itu dah ini..haha....hebat pula soalan..sa'm paikan. Tak tahu nak jawab apa...bijak budak2 nie kan...depa lebih bijak dari org dewasa..kiki

    ReplyDelete
  2. haha. betol sangat kak. anak-anak sedara sy pun banyak tanya soalan yg kita sendri tak tahu nak jawab ape. kalau malas sangat nak jawab, anggukkan je ape diorang tanya. hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ibunya penat bekerja memang soalan yang banyak buat dia stress.Tapi kalau buat suri rumah sepenuh masa, dengan menjawab soalan anak, membantu dia mempelajari sesuatu.Kalau anak banyak bertanya,otaknya lebih cepat berkembang.Maka, ianya bergantung pada cara kita menjawab soalan yang diberikan.Kalau saya, saya lebih suka memberi penerangan dan contoh sampai dia faham.Selagi ada soalan, memang dia masih tak hadam jawapanlah tu,kena bagi jawapan yang boleh dihadam kanak-kanak.

    so, kenalah belajar psikologi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. disebabkan CT adalah makcik yang garang sbenarnya jadi anak2 buah prefer pegi manje dengan makcik lain.. jadi terlepas la dari persoalan macam2 soalan hehe

    ReplyDelete
  5. jenuh nak menjawab byk kali. tapi comel punya pasal, layankan aje. hehe

    ReplyDelete
  6. seronok tengok budak budak kecik ni sampaikan apa yang diorang nak tanye.hehehe. macam macam gaya ada :D

    ReplyDelete
  7. mmg kna layan je jnis byk tnya ni... hihi... dulu tggu2 sgt ank bercakp.. dah berckp suruh diam pula.. hehe

    ReplyDelete
  8. hahaha... tak terlayan dek soalan anak-anak nih. Kadang2 soalan yang x masuk akal. Nak jawab pon rasa x reti..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !