Aktiviti Dan Pembelajaran Anak Di Dalam Kereta...

Farah Waheda Wahid
6

Ilmu itu luas dan ilmu itu ada di mana-mana sahaja... Jika sebelum ini Farah ada kongsikan mengenai Pembelajaran Sehingga Ke Bilik Tidur, kali ini Farah nak mengomel sedikit tentang pembelajaran di dalam kereta pula. 

Ash dan Farah memang ligat ke sana ke mari berdua untuk menghabiskan masa bersama. He he he... ke mana-mana sahaja selalunya memang kami berdualah kan? Tapi semestinya dengan keizinan Abah Ash lah. Takkanlah nak ke mana-mana tak minta izin dulu "uolsss"? Tapiii... ingat senang ke Ash tu nak kekal duduk diam di tempatnya... Oh tidak! Bukan semudah itu... Biasalah, anak-anak kan? Mana nak duduk lama di tempat mereka sendiri di dalam kereta? Paling-paling lama pun... 30 minit bagi Ash... Lepas tu dia akan mula bosan dan nak keluar dari tempat duduk dia. Bila dah bosan... bermulalah episod "tantrum". 

Makanya, untuk mengalihkan perhatian Ash supaya duduk diam, Farah mengambil kesempatan itu untuk melakukan beberapa aktiviti bersama semasa Farah memandu... Bukanlah sampai membahayakan pemanduan yer? ^_^... 

Apa yang kami berdua beranak selalu lakukan ketika di dalam perjalanan hendak ke mana-mana berdua?

Bercakap
Walaupun Ash tu masih lagi bertutur dalam Bahasa Jerman... hew hew hew... Farah yang sememangnya "bubbly" ini akan berkomunikasi dengan Ash sewaktu memandu. Sama ada dia faham atau tidak, itu belakang kira. Janji berkomunikasi. Ha ha ha... Tapi bahasa-bahasa mudahlah, bukan melankolik dan sastera bagai. Untuk apa? Untuk melatih skil pendengaran dan juga kefahaman serta komunikasi dia.

Bercerita
Cerita-cerita yang ringkas dan mudah. Apa sahaja untuk melatih skil pendengaran juga kefahaman dan melatih Ash berinteraksi.

Buku
Berikan Ash buku dia dan biarkan dia selak helaian demi helaian sendiri. Melatih visual kaedahnya dan memupuk minat membaca sebaik yang mungkin sedari kecil.

Berzikir, Selawat dan Juga Menyanyi
Ada kalanya Farah berzikir atau berselawat ataupun menyanyi lagu-lagu kanak bersama-sama Ash. Alhamdulillah dia minat dan dia mengikut dengan cara dia sendiri. Tak perlu suara maca Dato' Siti Nurhaliza baru nak menyanyi yer? Mudah-mudahan pabila besar di kemudian hari, Ash menjadi anak yang rajin berzikrullah serta berselawat. In Shaa Allah... Amin... Walaupun ilmu agama di dada ini tidak tinggi, tetapi sebagai ibu Farah akan mencuba yang terbaik demi Ash. ^_^...

Mengira Kereta Di Atas Jalan Raya, Sebutan Warna Kereta, ABC dan Lampu Trafik
Walaupun di rumah telah ada sesi pembelajaran tetapi pembelajaran itu tidak terhenti di situ... Ilmu kan ada di mana-mana? Berapakah kereta yang ada di hadapan, kiri, kanan... apakah warna kereta tersebut, lampu trafik merah bermaksud berhenti, lampu trafik hijau bermaksud berjalan... itu semua latihan asas berulang-ulang yang Farah terapkan pada Ash. Mengira, menyebut, kenal dan faham.

Tablet
Ini paling jarang tapi ada juga Farah berikan pada Ash ketika di dalam kereta kadang kala kalau perjalanan itu agak memakan masa dan agak jauh. Tonton video-video pembelajaran, video-video kartun kegemaran. Ceria dan senyaplah dia.

Ini cara Farah di dalam mengendalikan Ash di dalam kereta dan di dalam proses pembelajaran Ash. Mungkin cara ini bukanlah yang terbaik dan masih boleh dibaikpulih dan mungkin juga ada di antara ibu bapa yang lebih bagus dari Farah di dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak masing. Mungkin juga boleh dikongsikan bersama? ^_*... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. good sharing kadang tu la perlu reminder :)

    ReplyDelete
  2. Good for Ash....moga x lama lagi dia bubbly macam mommy dia...hihihi

    ReplyDelete
  3. semua kaedah tu sy guna kecuali yang last tu... x kenalkan tablet..,tapi DVD player yg mmg dipsg khaskt atas... jadi... blh tengok semua...

    ReplyDelete
  4. tulah kan di mana2 boleh ajar anak..anak saya suka kira lampu jalan..pandai kira sampai sebelas je

    ReplyDelete
  5. yang dengar lagu zikir tu aang nad selalu buat..sampai anak die hafal lagu tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !