Home » , , , , , , » YouTube For Kids | YouTube Khas Buat Kanak-Kanak

YouTube For Kids | YouTube Khas Buat Kanak-Kanak


Semasa Farah kecik-kecik dulu, memang tak kenal YouTube. Ha ha ha, rasanya zaman-zaman tu memang tak ada kot? Bila dah besar barulah kenal YouTube tu kan? Berbeza dengan anak-anak sekarang... Kecik-kecik lagi memang dah didedahkan dengan YouTube, tak payah contoh yang jauh-jauh lah, yang dekat dengan Farah ni pun yer jugak sama jugak... Siapa lagi kalau bukan Ash kan?

Tak payah suruh, dia sendiri yang akan hulur tablet pada Farah dan suruh buka YouTube. Dush dush. Sekarang dah pandai tunjuk dan minta apa yang dia nak dah. Selagi tak dapat selagi tu dia akan berulang-ulang tunjuk atau minta. benda yang sama.Pengsannn... kadang-kadang Farah layan, tetapi ada kalanya Farah tak layan. Tak boleh ikut sangat semua kehendak dia, nanti lama-lama takut jadi satu tabiat pulak "demand" dia tu. Makanya memang kena latih dari awal.

Ya Farah akui, memang bagus beri pendedahan tentang gajet, dunia IT serta pembelajaran secara interaktif. Dan sekali lagi isu yang sangat sinonim di antara anak, kanak-kanak, dunia internet dan sewaktu dengannya. Dalam bagus ada kontranya kan? Dalam perspektif ni Farah melihat kepada sudut "parental control" dan juga "safe browsing environment".

Kalau difikir-fikir, dikaji-kaji di dalam laman YouTube tu ada berbagai jenis video yang dimuatnaik dan boleh ditonton. Berjuta-juta video kot? Ada macam-macam kategori, ada macam-macam jenis video. Ada yang sesuai untuk tatapan anak-anak kita, ada yang kurang sesuai dan ada yang langsung tak sesuai. Anak-anak yang masih muda pemikiran ni, memang cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat, berbanding apa yang didengar sahaja. Lihat dan dengar lagilah cepat meresap kepada mereka kan?

Yang lebih merisaukan, bila dah pandai sendiri untuk buka gajet ataupun komputer dan melayari internet tanpa pengawasan atau kawalan dari ibu bapa. Diam-diam "online" tak tau apa benda yang dibuat. Lepas tu dengan mudahnya terdedah kepada macam-macam perkara ataupun bahaya. Kalau tak nak benda-benda ni terjadi, ibu bapa perlu bijak dan cekaplah kan dalam mengawasi anak-anak? Hurmm... kalau yang masih belum bersekolah tu ok lagi kot? Kalau yang dah bersekolah? Dah pandai pergi "cyber-cafe" ataupun melayari internet tanpa pengawasan orang dewasa... kira senang cerita "things that you do behind your parents"... eleh faham kan maksud Farah... macam tak pernah lalui zaman-zaman dan detik itu, kalau bukan diri kita pun... sekurang-kurangnya kita pernah menyaksikan ada di antara rakan-rakan kita yang macam tu.

Pheww... sebab tulah jadi ibu bapa ni banyak cabarannya.... lagi-lagi era generasi Y dan Z kan? Memang sangat mencabar...

Terjumpa satu artikel di SINI


Dikatakan pihak Google sedang di dalam proses untuk melengkapkan projek YouTube For Kids ataupun YouTube Khas Untuk Kanak-Kanak, di mana ianya sememangnya khas untuk kanak-kanak, tak ada campur aduk video-video yang dimuatnaik dari kategori-kategori lain yang tidak bersesuaian. Dikatakan fokus adalah kepada "safely browsing environment" dan para ibu bapa bolehlah merasa lega dengan adanya laman web ini.

Cuba juga mencari kalau-kalau sememangnya dah wujud... dan Farah terjumpa sesuatu di dalam versi beta YouTube For Children...


Dan ternyata ianya berfungsi sepertimana yang diperkatakan oleh artikel tersebut... dan sebagai contoh lihatlah hasil carian contoh Farah di atas kata kunci, Oso Special Agent...


Sememangnya ia ditapis dan mana-mana video yang tidak berkenaan serta tidak bersesuaian telahpun dipadamkan dari YouTube For Children ni... Bagus! Ada kebaikannya laman web mesra kanak-kanak sebegini diwujudkan. Hurmm... maaf mungkin ada yang telah lebih tahu dulu dari Farah tentang perkara ini dan mungkin Farah seorang jer yang baru tau tentang kewujudan laman web seumpama ini. Tetapi tak salahkan untuk berkongsi dan mungkin ada juga yang sama seperti Farah, baru tau tentang perkara ini? ^_^...

Ibu bapa seperti Farah seharusnya gembira dan berterima kasih kerana diwujudkan laman web seumpama ini. Tetapi nak harapkan laman web atau aplikasi semata-mata pun tak akan mendatangkan kesan yang diobjektifkan. Apa pun berkenaan dengan anak-anak kita semua, semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa dan semuanya bergantung juga kepada bagaimana kita memainkan peranan sebagai ibu bapa.

Semoga kita semua sama-sama dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita.... ^_* 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel YouTube For Kids | YouTube Khas Buat Kanak-Kanak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, December 23, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. wow lps nie semua budak2 nk phone @tab la nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak anum... tengok pada parents jugalah... ha ha ha

      Delete
  2. wah bagus ni...perkembangan yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan teknologi dengan sebaiknya, kaedahnya... hew hew hew

      Delete
  3. Nani pernah baca satu entri anak anak yang selalu pakai gadjet terutamanya yang touch skrin bila masuk alam persekolahan nanti dia jadi malas nak buat sesuatu benda sebab dah terbiasa dengan gadjet gadjet yang canggih manggih macam tab tu semuaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada kebenarannya juga Nani tu sebab kalau nak beri pun orang kata biar berpada2, jangan sampai anak ketagih... hu hu hu

      Delete
  4. tu laa farah.. tp kena pantau jugak tuu.. kena ada sama dgn anak2.. belajar dgn dia jugak

    ReplyDelete
  5. Ooo baru tau ni..bagus la sebab dah tapis untuk kanak2 je..

    ReplyDelete
  6. Wahh tq sb buat entry ni..barutau ade utube for kids..! :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh ! Baguslah kalau ade youtube for children , takdela budak budak ni tertekan tah pape. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha, tekan tekan tekan... lain pulak yang keluar...

      Delete
  8. wah.. bgus ni... lepas ni melambunglah data interent... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maria, ha ha ha kenalah subscribe yang unlimited pulak... hu hu hu

      Delete
  9. Ye farah..semuanya perlukan kawalan..macam anak saya semua nya mengikut jadual..ada masa tengok tv,ada masa boleh main game..ada masa kena belajar..yang penting kita pantau..silap nya mak ayah ni bila bagi lepas tu tak pantau dan tak de batasan..tu yang salahnya..

    ReplyDelete
  10. Haih ank sy suka sgt main ipad. Tgk utube la main game la. Try jugk x bg dorang main ipad utk bbrp tempoh. Buka sklh ni kena sorok ipad tu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia