Seakan-akan dapat menghidu, seakan-akan dapat merasa yang dia bakal ditinggalkan semula pada hari-hari biasa selama lebih kurang 11 jam bersama Nek Ma (campur tolak perjalanan pergi dan balik)... sebab Mummy bakal mula bekerja semula pada 2 Januari 2015 di pejabat baru... Ash dah mula merap!!! Melekap ajer dengan Mummy.
Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk mengulit anak 24 jam... Muahaha... Bermakna tinggal 2 hari sahaja lagi Ash dapat "rounding" petang-petang dengan Mummy di kawasan taman perumahan pada hari bekerja. Dan sekarang, diakui memang pandai dah nak mengikut... Asal Mummy sandang "handbag" sahaja, dia dah berkejar ke arah Mummy. Asal Mummy pegang kunci kereta sahaja, dah berkejar ke arah Mummy.
Semalam bila Mummy keluar sebentar ke Petaling Jaya atas urusan kerja pun dia teriak dengan penuh emosi. Tak sampai hati? Haruslah... Tapi apa nak buat demi rezeki sesuap nasi untuk keluarga makanya Mummy terpaksa juga melangkah meninggalkan Ash seketika. Alaaa... sekejap ajer... tak apa... nanti habis kerja Mummy baliklah cepat-cepat... Macam tak biasa pulak Ash... Muahahaha...
Sepatutnya memang Farah mula bekerja pada 5 Januari 2015, tetapi disebabkan oleh permintaan Mr.R suruh Farah lapor diri terlebih awal iaitu 2 Januari 2015, maka kita ikutkan sahaja. Lagipun, tempat baru kan? ^_^ Ngee...
Tapikannn Ash jer yang teriak sakan atau Mummy dia pun sama ni sebenarnya? Atau Mummy yang lebih ni? #ehhh... ha ha ha ha...
Lmanya lya x singgah cne...pejam celik dah tiba masanya kan sis brmula episod baru d tmpt kja baru
ReplyDeletewaa dah nak start kerja dah kan huu
ReplyDeleteish xleh dgr anak nangis kan...
ReplyDeletexpa ash..mummy keluar cari rezeki..ash jgn nangis2
Bagi baju mummy dekt ash..nanti die tak ragam
ReplyDeleteTakpa Ash...mummy pergi keja Ash tinggal ngan nenek...
ReplyDeleteMst angau nnt... Heje
ReplyDeleteada banyak masa lagi farah..
ReplyDelete