Home » , , , , , , , , , , » Suntikan Imunisasi 1 Tahun | Alamak Dah Nak Kena Cucuk Lagi Ke???

Suntikan Imunisasi 1 Tahun | Alamak Dah Nak Kena Cucuk Lagi Ke???


Ha ha ha... cuak Ash cuak... Ada seorang kanak-kanak lelaki yang becok dan mempunyai mata yang bulat bakal kena suntik setelah sekian lama tak disuntik... Muahahaha... Sah menangis ni nanti... sebabnya baru hari Rabu lepas semasa hari lahir dia, Farah bawa dia ke klinik kerana selsema dan demam sedikit, baru buka pintu bilik PAED tu, dah menangis rangkul-rangkul badan dan leher Mummy... Pheww... dia takut kena cucuk lettew... Bha ha ha...  Padahal PAED tu tak nak buat apa-apa pun pada dia, nak buat pemeriksaan biasa jer... La la la la...

Memandangkan sehingga ke malam semalam selsema masih lagi belum kering sepenuhnya dan semalam tubuh badan kembali dedar. Mummy terpaksa tangguhkan dulu suntikan vaksin MMR setahun Ash. Cerita tentang jenis-jenis suntikan imunisasi ni, seperti yang Farah pernah kongsikan dulu ada di entri Jenis-Jenis Suntikan Bayi/Kanak-Kanak dan bagi jadual vaksin/suntikan yang lengkap seperti yang dipreskripsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bolehlah rujuk dari sumber di SINI.

Apakah itu suntikan vaksin MMR? Ianya seperti bahasa biasa yang kita gunakan adalah suntikan 3 serangkai... Vaksin bagi campak, beguk dan juga rubela.

CAMPAK
Campak dahulunya penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan kadar yang banyak dan demam ruam akan timbul selepas 2 hari. Ash dah kena dah campak ni masa comel-comel bayi lagi, Farah pernah kongsikan di dalam entri :


Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis. Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia 6 dan 7 tahun.

BEGUK
Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah di antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testis bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal. Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan

RUBELA
Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak yang menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walaubagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara 8 hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak. Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan.

Begitulah seadanya, setiap vaksin yang telah dijadualkan untuk anak-anak kita itu ada kepentingannya yang tersendiri dan ada sebabnya yang tersendiri. 

Tiba-tiba tengah membayangkan Ash yang akan meraung di klinik semasa nak dapatkan suntikan ni...hik hik hik... Tapi bukan hantar sekaranglah... Tunggu selesema dia pulih sepenuhnya dan juga demam dia pulih sepenuhnya... Dah betul-betul sihat baru boleh hantar kan? Hew hew hew... Jadinya, buat masa sekarang ni Ash masih selamat lagi ni...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Suntikan Imunisasi 1 Tahun | Alamak Dah Nak Kena Cucuk Lagi Ke???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 3, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

27 comments:

  1. Hehehe bulat mata ash tu takut kena cucuk ye sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, sampai macam tu sekali bulatnya mata dia ek?

      Delete
  2. Tak pe mummy Ash ada disisi Ash mesti ok punya
    Buku imunisasi tu simpan elok2 nanti Ash nak masuk sekolah rendah depa akan request

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker kak? baiklah akan disimpan...maknanya lamalah buku tu disimpan yer... he he he... thanks for sharing the info kak...

      Delete
  3. ada sedara dekna nasihat kalau ada anak nnt jgn suntik vaksin la apa lah.dekna tak setuju dgn dia.skrg dunia mcm2 penyakit. kan akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada parents yang tak hantar anak mereka untuk suntikan vaksin...entahlah tapi pada akak, benda ni penting...kena rajin research sebab dan akibat jika pergi dan tak pergi hantar anak untuk suntikan vaksin ni, tapi pada akak perlu...

      Delete
  4. hehehee...
    makin bulat ler mata tu nnti...
    makin hensem ler lepas cucuk nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. habislahhhh satu klinik dengar suara dia jer nanti ni, boleh bingit telinga tau tak uncle shark oiii...suara dia dahlah nyaring...

      Delete
  5. hujung bulan ni Irine pulak nak kena enjek!! hehehehe.. selalu dia enjek biasa lagi..masa 9 bulan kan.. ni dah nak setahun..dah kenal ngan org..doc check dada die pon gigih dok paling badan.. ni nak enjek macam mana ni..dah kuat terajang kite.. hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tulah ni pun dok fikir ni, dia dah mula pandai tendang-tendang, mau PAED ditendangnya nanti... hu hu hu...makanya kena pegang kuat-kuatlah kaki dia tu...

      Delete
  6. Terkejut ye Ash bila dengar kena cucuk hehe..

    ReplyDelete
  7. Hehe.. takpe, diorang ni biasanya kuat nangis 3 saat, pastu dah. Noah pun nak kena cucuk sebulan esok ;)

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya..semoga Ash kuat n tak nangis..Ash kan strong boy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, mesti nangis punya ni aida... hik hik hik...

      Delete
  9. mmg kena tunggu baik selsema dulu tu...
    sebelum cucuk...dah nak kena cucuk lagi ya

    ReplyDelete
  10. Tu la..Ada sebab la kenapa perlu disuntik Vaksin..saya tak paham dengan orang2 yang tak nak anak diberi vaksin..pendapat masing2 kan..

    ReplyDelete
  11. Alahai comelnyeee...mata bulat yang tak tahan tu...Ash kuat laa Mummy, peluk Mummy tu eksen je...

    ReplyDelete
  12. Haha... sian Ash, tak pe budak lelaki mesti kene kuat... cucuk sikit aje tu!

    ReplyDelete
  13. Ash kan kuat...mana leh takut.Org tua2 ckp kena campak time kecik sng jaga.Btl ke x ...xtau la.

    Aqil kena cucuk dia ok ja...kuat smacam mai dr mn xtau.

    Aqil pon dh kena campak ms 10 bulan hr tu bsambung dgn tmbuh gigi.Demam 2 minggu dgn mak dia ni kena cuti 2 minggu.

    ReplyDelete
  14. Anak akak menangis bukan sebab sakit sangat, tapi sebab jururawat dok pegang dia :)

    ReplyDelete
  15. Dah test makan telur ke Ash... Mmg itulah rutinnya... Vaksin utk pencegahan awal..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia