"Spiderman" Di Dalam Misi Menyelamat...

Farah Waheda Wahid
29

Waktu kejadian? 8 - 9.30 malam sebelum dia tidur. Aktiviti? Rasa-rasa apa yer? Muahahaha... Huwaaaa.... Tengok pun dah tau kan? "Spiderman" di dalam misi menyelamat "uolss"... Bertabahlah wahai Mummy... anak lelaki sememangnya begini... betul tak? (ihikss... bertanya pada yang berpengalaman). 

Tangga adalah satu objek di dalam rumah yang amat digemari oleh Ash buat waktu dan ketika ini. Golek sana, golek sini, pusing sana, pusing sini... sudahnya dia akan melakukan pusingan ke tangga juga. Tak ada tempat lain. Sebab tulah dia tak boleh ditinggalkan keseorangan walau seminit pun. Perlu ada yang memantau dan perlu ada yang menjaga. Kalau perlu ditinggalkan kena cepat-cepat datang balik pada dia. Terlalu "protective"? Terpulang pada tanggapan masing-masing. Masing-masing ada pandangan, masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini haruslah beringat dulu sebelum terkena kan? 

Haippp... Farah tak sibuk "capture" gambar aktiviti dia di tangga dan biarkan dia yer? Atuk Ash ada kat belakang tu jaga dia. Bukan "capture" gambar sebab nak dibahankan di Bubblynotes sangat pun sebenarnya. Tapi lebih kepada nak menghantar laporan dan kertas kerja cadangan kepada Abah Ash. Bha ha ha. Cadangan dah diutarakan, kita sokong dengan dokumen sokonganlah pulak bagi mengukuhkan cadangan. ^_*. 

Memang dah lama dah merancang nak melaksanakan cadangan ni... hurmmm tapi tulah asyik tertangguh-tangguh jer. Sekali hamik ko! Dah pandai naik tangga sendiri dah. Pandai naik jer... tapi tak pandai turun... Ekekeke... Becok mulut meminta pertolongan nak turun... Nasib ada yang menjaga di belakang. 

Apa dia cadangan tu? Tak lain tak bukan... kena pasang "baby safety gate". Gigih "browse" balik kajian masa lampau... ha ha ha... Nak tak nak, kena pasang jugak... Ini semua silap Mummy dialah ni...Asyik tak sempat jer... Kesian Nek Ma Ash... kena melayan kerenah dia yang sangat meng-idola-kan tangga seadaanya... Letih Nek Ma Ash melayan dia...

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/childrens_ikea/16257/

Banyak lagi pilihan dari laman web laman web lain sebenarnya... selain dari IKEA dan juga LAZADA... dan masa nilah baru terhegeh-hegeh Mummy dia nak buat perbandingan harga dan juga "features"... Ngeh ngeh ngeh... Dalam hati ni tak sabar  nak beli dan pasang "baby safety gate" ni... sekurang-kurangnya tak adalah dia memanjat...mesti kecewa Ash kan sebab tak dapat naik tangga? Ha ha ha...padan muka... Boleh giteww??? Mummy pun dah jadi kebudak-budakkan dah... Siaplah dia, In Shaa Allah, minggu depan ke minggu lagi satu ke, jalanlah projek Mummy ni... ha ha ha... Lepas tu, nak tengok macam mana pulak akalnya... ekekekeke...

Ini bukan pertama kali Farah bercerita tentang "baby safety gate" ni...Dulu pun pernah bercerita di dalam entri...


Pung pang pung pang cerita, cakap gigih lah apa lah...muahahaha...sampai ke sudah ni ha, baru terhegeh-hegeh nak mencari.... Aduyaiii... Kekononnya masa membatasi segalanya...padahal masa tu ada jer kalau cari... Tak apalah, kali ni betul-betul gigih...Muahahaha... In Shaa Allah, minggu depan... 

Post a Comment

29Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. omaiiii....biar betul Ash ni....amboi...hati2 adik...jatuh kang x memasal je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal tak boleh tinggalkan dia sorang sorang sekarang ni...

      Delete
  2. Macam cerita di layar film sahaja hehe...

    ReplyDelete
  3. Hoho..Qaisara dulu pun gitu jgk.. Kalo perati..smp 4-5 anak tangga boleh dipanjatnya.. Memang tmpt fav bdk2 besar gini kot, tangga tu..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak memang minat kan dengan tangga kan? hu hu hu...

      Delete
  4. bahaya betul ash ni.. dh boleh jalan lgi ler kuatnye keje dia hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. expected zaza memang expected... macam nak beli harness tu jer... ha ha ha...

      Delete
  5. Replies
    1. itulah kena hati-hati sekarang ni dengan dia anum...

      Delete
  6. hahahaaa... samelah dah siap pasang masa die start merangkak lagi..kakak die dulu tak penah bergate gate nih...anak bujang ni lasak lain macam kot..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kot gamaknya, mostly mothers will experience the same thing...

      Delete
  7. amboi dia...tangga jugak dia suka no

    Aqil plak suka pnjt pagar...haila...nk pitam ritu tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nak pengsan terus... ha ha ha... boleh gang diaorang ni...

      Delete
  8. Makin membara semangat spiderman Ash ni..memang kena pasang safety gate ni kak

    ReplyDelete
  9. budak-budak, asal ada halangan, mula la dia cabar benda tu ekekeke

    ReplyDelete
  10. Memg kna wajib ada juga safety gate tu

    ReplyDelete
  11. Memang kena pasang safety gate tu Farah,seriau kalau anak-anak tengah melasak nih.

    ReplyDelete
  12. Nasib baik tak ada spider web kat tangan.

    ReplyDelete
  13. memang kena pasang...bukan kat tangga je..kat pintu dapur pun kena pasang..kalau tidak kerja nya mengemas kabinet dapur je la..hahahha

    ReplyDelete
  14. Memang kena pasang safety gate Farah, bukan apa risau juga kita terlepas pandang...

    ReplyDelete
  15. Hehe... Normallah tu... Sy sndiri bbrp kali jatuh tggamasa kecil...

    ReplyDelete
  16. Sama ja dengan baby girl saya. Kat rumah memang takde tangga, tapi kerusi meja semuanya dah sampai atas..sabar jer la

    ReplyDelete
  17. Dah sampai masanya kena pasang pagar la yer farah... :)

    ReplyDelete
  18. Semua budak mmg suka tangga.. Naik mmg pandai tp bila nak turun mulut bising suruh turunkan ;p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !