Separuh Hari Siapkan MyKid Ash...

Farah Waheda Wahid
14

Phewww... hamik... ingatkan hari bekerja tak ramai orang, nak nak lagi bila selepas waktu makan tengah hari. Rupa-rupanya ramai sungguh pulak. Penuh sesak dengan orang. Ash dan Farah sampai di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Masalam Shah Alam lebih kurang dalam pukul 2.45 petang. Ambil nombor giliran dan tunggulah sehingga pukul 4.15 petang. Barulah tiba giliran kami. 

Nasib baiklah Ash tak meragam dan elok jer tingkah lakunya hari ini. Ho ho ho, kalau tidak memang masaklah Mummy nak kendalikan dia. Selepas itu, ingatkan siap "on the spot". Maksudnya boleh ambil di kaunter yang sama. Ha ha ha tinggi betul "expectation" Farah ek? Tidakkk... kena tunggu 1 jam baru boleh siap. Makanya, sementara menanti kesiapan itu, kami pun berjalan-jalanlah mencuci mata. 

Aikk??? Baru buat MyKid? Kenapa baru buat? Tak ada masalah apa-apa pun. Masa Ash lahir memang dalam seminggu macam tu Abah Ash dah buat Sijil Kelahiran dia, tapi pada waktu tu, pengeluaran MyKid telah dibekukan di atas sebab yang Farah pun tak berapa nak pasti kenapa sebab tak ambik "port"... Ha ha ha, boleh macam tu? Lepas tu, bila pengeluaran MyKid dah disambung semula, kedua-dua kami, salah seorang dari kami asyik tertangguh-tangguh dan asyik lupa ajer... Muahahaha... Makanya, memandangkan bercuti panjang selama 2 minggu ni, kita ambillah kesempatan untuk selesaikan semua urusan yang tertangguh. 

Disebabkan Farah ada banyak ruang yang terluang, makanya Farah lah yang "volunteer" pada Abah Ash untuk pergi buat. Alaaa... bukan susah pun... Pergi Jabatan Pendaftaran Negara, bawa Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan sendiri dan buatlah. Ekekeke... Ingatkan mula-mula nak Sijil Nikah sekali. Bawalah siap-siap... Rupanya tak... Cuma Sijil Kelahiran sahaja. Yelah secara logiknya, tak payahlah kan? Sebab masa daftar kelahiran dah sertakan Sijil Nikah. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai urusan yang ni. Tak adalah nak "carry" salinan Sijil Kelahiran yang besar bagak tu ke sana ke mari lagi dah. Hik hik hik... Bawa MyKid ajer... "Compact" dan senang... ^_* .... 

*Siapa kata cuti panjang duduk saja? Banyak urusan ooo... Ambil kesempatan yang ada... nanti dah mula kerja mesti sibuk punya... Takut nanti tangguh-tangguh apa yang perlu diselesaikan jadi lupa pulak lama-lama... Hu hu hu....

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akhirnya ash dah ada mykids yeah hhe

    ReplyDelete
  2. cuti sekolah ni ramai lah orang sis :)

    ReplyDelete
  3. Yeayyy..Ash dah ada Mykid....tp ada mykid pun serupa x yah ada..sebab segala urusan tetap nak surat beranak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nak senang gi mana2 jer kak... contohnya klinik bila nak pakai kad abah dia... hik hik hik... senang nak carry...

      Delete
  4. ehh dh boleh buat ek. ank buah saya baru lahir ni just surat lahir ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh dah sis... cubalah suruh dia pergi kaunter JPN sekali lagi...

      Delete
  5. eh..dah boleh buat mykid dah ek...ok.lepas ni boleh gi buat Raynia punya mykid...:)

    ReplyDelete
  6. Zara dulu, nasib baik MyKid masih diproses sekali dengan surat beranak.. :)

    ReplyDelete
  7. Irine pon takde mykid lagi ni..leceh betul kehulu hilir nak bawak surat beranak dia.. dah laa besar.. tu laa.. time dulu kena beku kannn.. ni entah bilaa laa nak ada masa buat mykid nii

    ReplyDelete
  8. Ya..ya..Saya rase mase Qaisara dulu is the 2nd last btach yg boleh buat myKid.. Then dieorg stop..Ok la Ash dh ada my kid..Senang sikit. X payah dh nk bawak surat beranak kemana2..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !