RON97 Tengah Laris Macam Goreng Pisang Panas!!!

Farah Waheda Wahid
42
Sumber dari Google
Gitewww... Sebenarnya ingatkan nak gunakan gambar sendiri, tapi semalam tak sempat pula Farah nak "capture" gambar "uolss"... Semuanya semata-mata kerana nak cepat mengejarkan anak di rumah. Heeee... mak-mak biasalah kan? Perkara pertama yang nak dikejar selepas habis waktu pejabat adalah anak... Elehh, macamlah anak tu duduk nurseri bagai kan? Nak kejar-kejar sangat... Itu mungkin pandang pendapat sesetengah orang... tapi "like hello"... Duduk dengan nenek sendiri pun nak kena kejar jugak...kena ingat...ibu kita bukan untuk jaga anak kita dan kita ambil kesempatan...Betul tak? Kalau dah betul-betul tak boleh tu, maksudnya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ke apa tu, yang tu yer lah... Boleh ya ampunn lagi... Nurseri pun caj pakai jam oiii kalau lewat ambik anak...Betul kan? Betul kan? Bertimbang rasalah kepada ibu kita yang telah bersusah payah sudi untuk menjaga anak kita... 

Ha ha ha, macam biasa ke laut ke darat, bercampur dengan macam-macam cerita. Nak dijadikan cerita... ingatkan tak jumpa situasi macam gambar yang dipinjam dari Cik Google di atas, tetapi rupa-rupanya terjumpa jugak semalam masa nak isi minyak. Fuhhh... habis stok minyak RON97? Memang tengah "hot" dan "IN" dah RON97 ni di pasaran ni... 

Yelah, semenjak dua menjak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan yang mulai 1 Disember 2014 penetapan harga runcit RON95 dan Diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal ni. Oh ya, sebelum tu semua dah tau kan? Harga runcit petrol RON95 kini adalah RM2.30 seliter dan Diesel RM2.20 seliter. Agaknya memang ramai dah guna RON97 kan? Permintaan tinggi katanya...itulah punca RON97 kehabisan stok... Permintaan tinggi ni adalah dari artikel berita di SINI. Beza RON95 dengan RON97 tak jauh dah sekarang...Tu sebabnya alang-alang pakai jer RON97 kot? 

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna ni ikut jerlah rentak ekonomi walaupun agak perit di kerongkong ataupun tekak demi kelangsungan hidup ye tak? Nak tak nak, merungut tak merungut, suka tak suka... kena hadap dan kena lalu jugak... "Do we have other choices?"... Tapi kann...pengalaman memandu kereta di negara jiran kita Thailand..bagi Farah lah..orang lain Farah tak pasti... Minyak mahal oooo.... Pada waktu dan ketika itu...Pada waktu dan ketika ini tak tau...sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sana...hew hew hew... Nak kena jejak jugak ni... In Shaa Allah, "one fine day"...bawak Ash jalan-jalan... *_^

Post a Comment

42Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pisang pun tak panas macam minyak muahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, pisang sejuk sebab boleh buat mask, shake dan juga banana split... he he he...

      Delete
  2. semalam isi minyak...kebetulan kat pam tu, takde pulak RON 97...ada 95 jer...isi 95 jer...
    memang dah jadi mak2, tau nak cepat sampai rumah jer...hihi

    ReplyDelete
  3. tunggu harga naik lerr tu..hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah tu, macam nak naik jer, macam nak naik jer...

      Delete
  4. Pluang keemasan tu bukan slalu hhaha

    ReplyDelete
  5. Nk naikkn harga lagi tu.. ekonomi Malaysia teruk sangat2 sekarang ni.. saham kl jatuh teruk

    ReplyDelete
  6. Ada org sembunyikan stok ron 97 kot huhu... :)

    ReplyDelete
  7. mama tak tahu langsung kalau tak baca entri ni..

    p/s: nanti kita set time ye, nak jumpa ash ni.. mama ash tolong bawak kan... hihi
    Mama Niza

    ReplyDelete
  8. banyak stesen minyak takda RON97..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang za, sekarang ni banyak stesen minyak yang tak ada RON97...

      Delete
  9. Pelik kan..,kt mana2 pun jadi mcm ni...erkkk komplot ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sesuatu sangat kan linda...tapi bersangka baik mungkin betullah tu... ramai yang beralih guna RON97

      Delete
  10. sy pulak tak jejak kaki lagi kt petrol station so tak tau panas ke tidak goreng pisangnya. eh..

    ReplyDelete
  11. nak tak nak terpaksa akur je la kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ataupun tidak...ecewah dah macam lirik lagu dah pulak... memang terpaksa akur pun...

      Delete
  12. Huhu.. disebabkn minyak naek lh lepas nih g kerja, merempit ler. Hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kalau pandai merempit tak per, ini Farah kalau nak merempit terpaksa tunggu suami giteww...

      Delete
  13. Replies
    1. RON 97 lebih smooth rasanya di dalam pemanduan kalau nak dibandingkan dengan RON95

      Delete
  14. Masuk berita gak tadi.
    Minyak mahal dah jadi murah. Boleh la berjalan sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huishh tak boleh kena jimat cermat jugak...ha ha ha...

      Delete
  15. tol tu...nak tak nak redah jela dengan keadaan ekonomi skang ni..merungut tak kan merubah apa2..kita sendiri yg perlu ubah diri kita kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, hanya kita yang dapat mengubah diri kita...

      Delete
  16. Memang ramai pakai Ron 97 sebab harga tak beza sangat :)

    ReplyDelete
  17. Sib baik akak x bawak keta duk KL...so x yah pening fikir pasal minyak

    ReplyDelete
  18. sejak bercuti ni memang tak tahu menahu pasal minyak ni.
    memang sejak jadi mak-mak ni ingat nak balik rumah awal ja, rugi rasanya terlepas sesaat masa dengan anak

    ReplyDelete
  19. Mmg laris sungguh... Byk stesen minyak kehbisan stok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !