Home » , , , , , , » Risau Anak Belum Boleh Berjalan???

Risau Anak Belum Boleh Berjalan???

Errr...Farah ke yang risau? Taklah bukanlah, bukan Farah...Farah ok jer "uolss" dan "chill" ajer... Sebab Ash memang di dalam proses dah tu.. Tak percaya? Cuba tengok dia sibuk meniti di "tv console" tu...Ekekekeke... "steady" tak "steady" dia? Santai jer kan? Gaya macam dah pandai berjalan betul tapi tak sebenarnya, sibuk nak berpaut dan sibuk jalan sambil pegang "tv console" ataupun sofa... Lagi sebulan dua oklah tu... (sasaran Mummy dia lettew)...ekekekeke.... 

Cumanya bila tengok gambar Ash yang ini... dan terserempak dengan satu persoalan keibubapaan dari seorang ibu ataupun bapa yang mana... beliau risau apabila anak lelakinya yang berusia 1 tahun 6 bulan masih belum mampu berjalan sedangkan kanak-kanak lain yang seusia dilihat telahpun berlari. Beliau juga berkira-kira nak bawa anak lelakinya itu berjumpa doktor untuk dirujuk ke bahagian fisioterapi. Hu hu hu, sebagai ibu bapa memang kita kena perhatikan dan risau tapi tak perlu risau melampau. Tenang tenang... Sebab kalau terlalu risau apa pun tak boleh jadi...betul tak? Hurmm...

Dan jawapannya dari SINI adalah...

Jika kita melihat kepada perkembangan normal kanak-kanak, mereka akan mula berjalan daripada umur 10 bulan dan setahun. Namun begitu jika anak lambat berjalan, mereka seharusnya sudah boleh berjalan apabila mencecah usia 18 bulan. Bagi kes di atas, sememangnya perkembangan anak tersebut lambat sedikit kerana masih belum berjalan pada usia tersebut.

Jika kanak-kanak diletakkan di dalam “walker” , perkembangan motor mereka mungkin akan lambat sedikit. Namun begitu anda harus membawa anak untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan perkembangan yang agak lewat ini dan untuk mendapat rawatan selanjutnya seperti rawatan fisioterapi.

Info:

Menurut Dr Brenda J Shield, "Baby Walker" sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.
Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar kanak-kanak asas untuk berjalan.
(Kajian :   Petridou, E. et al (1996) Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120 )

Lain-lain cerita tentang "baby walker" yang Farah pernah kongsikan:


Tapi Ash duduk "baby walker"...he he he... setakat ni tak ada apa-apa masalah dan di usia setahun Ash dah mula sibuk untuk berdiri dan berjalan...Alhamdulillah... Cumanya Ash jarang jugak duduk di dalam "baby walker" tu, kalau Farah ada di rumah biasanya memang lepaskan dia dan bebaskan dia...supaya dia bergerak... Dia sendiri pun dah tak nak dah duduk dalam tu... Hu hu hu...Bila masukkan separuh badan ditonggengkan nak keluar... Dari bahayakan diri dia baik tak payah...hik hik hik...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Risau Anak Belum Boleh Berjalan??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, December 16, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. makin letih ler mummy lepas nie kan..
    hehe..
    try test pecut 100 meter boolat.

    ReplyDelete
  2. lambat takpe jangan langsung takleh jalan..tu yang risau..
    sumer ni depends on anak..kadang bukan takleh jalan tapi dorang malas..heheee..berat bontot agaknya..

    ReplyDelete
  3. Aqil x duduk baby walker...Alhamdulillah 10 bulan dh bdiri & meniti.Stahun dh jln tp Aqil lmbt dlm bab sebutan.Lmbt ckp.

    Tgk Ash dlm pkmbgn normal je tu.Kita kdg cool je tp org lain yg kesah ank kita lmbt itu ini.

    Kwn tmpt keja ank dh 10 bln x merangkak lg.Duduk pon x boleh.Meniarap & nyulur dpn blkg ja

    ReplyDelete
  4. ank sy pun dh xnk msuk walker.. lebih suka meneroka dan memanjat... xpe kak.. mak saya kata sy dulu jalan dua tahun lebih tau.. org kg dah ingat sy ni cacat dah... tapi sy pekakkan telinga je.. yakin sy dpt jalan sndiri... Alhamdulillah...sy berjalan juga sendiri wpun lmbt.. dan skrg sy lah org paling berjalan(merantau) dan tggl jauh dr keluarga.. :)

    ReplyDelete
  5. mcm ank kakak sy...lebih kurang baya anak sy gak,muda sebulan stgh je...dh umo 1y7m tp masih takut2 nk bjln...tp kakak sy xde pn bwk p fisio..sy tgk kakak sy rileks je anak dia lambat jln hihi...ank dia kurus sgt..melidi je.mgkin tu jgk faktor kot..ekeke.. blh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalm mila so skrg anak kakak mila dah boleh berjalan ke..

      Delete
  6. setiap anak anak berbeza dari segi perkembangan dia kan..cuma cepat atau lambat je la. kalau dah meniti kat Tv tu tak lama lagi dapat kaki ligatlah Ash berjalan, mummy get ready kejar..hihi

    ReplyDelete
  7. Kalo dah smp umur yg sepatutnya boleh berjalan namun masih blom boleh berjalan yg tu mmg kena risau tu. Takot jadi apa2 pada ansk.

    ReplyDelete
  8. xpe sis awal lagi..perkembng mmg lain2..ank sy yg first 12 bln baru dapat jaln..yg second nie 10bulan dah jalan..kalau boleh jgn bagi naik walker..biar dia bangun meniti sendiri

    ReplyDelete
  9. perkembangan anak anak ni berbeza kan. tak boleh nak samakan dengan semua .. yang penting ibu bapa tu sendiri tahu perkembangan anak mereka :)

    ReplyDelete
  10. takpe slow slow... biar minda dia berkembang ikut peringkat demi peringkat.... kut step by step tanpa skip... nanti besar dia lebih organized... eh betul ke teori ni hehehehe
    Nak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    ReplyDelete
  11. irine x guna babywalker.. bukan sebab kedeksss..tapi dok rumah tingkat2 mencucuk awan ni kan kecik.. so x puas laa kot nak naik babywalker.. penyudahnye mommy dia laaa dok seret anak blaja bertatih.. fuhhh ponat.. die pulak malas.. setapak 2 dah buat suara sesak nafas, lepastu duduk.. eee.. hampehh je..

    ReplyDelete
  12. Baby walker boleh pakai tapi dengan pengawasan org dewasa dan jangan biar baby terlalu lama dalam walker tu... lebih baik galakkan baby merangkak/merayap sendiri sebab ia akan menguatkan otot bayi dan mempercepatkan bayi berjalan...

    ReplyDelete
  13. waaaahhh..macam best je..tak pernah pulak join mana-mana bloggers day out!.. Thanks for the write up Farah. sangat details.

    supermakwannabe,
    http://supermakwannabe.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. bagi die bebas..hehe..jalan sana sini..ehhee..suka die

    ReplyDelete
  15. setiap anak lain perkembangannya. kiss ash sikit

    ReplyDelete
  16. Zara skrg mcm ash jgk..pantang letak kat bawah..memang laju je dia bangun berpaut kat dinding or kerusi. Cuba utk berjalan sendiri..kita yg riso nengoknye.Kotlaa terjatuh plak kann.Zara skrg dh 9bln..x sabo nak tengok dia jalan terkedek kedek hihihiii.Hurmm..tapi ana still letak zara dlm baby walker kalo ana nak gi tandas or masak...dikejarnya kita pulak ngn baby wlker dia tuh. Alahaii anak..

    ReplyDelete
  17. Takpe, slow slow tu.. Zara dulu pun masa umur 15 bulan kot baru berjalan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia