Pesawat AirBus Air Asia Terhempas Di Belitung???

Farah Waheda Wahid
12

Belum pun reda musibah banjir besar di Pantai Timur... Malaysia sekali lagi menerima berita tentang pesawat AirBus Air Asia yang terputus hubungan dan dikatakan terhempas di perairan Belitung. Allahuakbar, selepas satu, satu lagi yang menimpa. 

Menurut sumber di SINI dan SINI

JAKARTA 28 Dis. - Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang lapan minit selepas berlepas pagi ini.
Pengarah Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo mengesahkan, pesawat yang membawa 155 penumpang itu hilang daripada pantauan radar.
Berdasarkan laporan media Indonesia, pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. - UTUSAN ONLINE

BELITUNG 28 Dis. - Pegawai penguat kuasa Indonesia, AKP Yanto mengatakan, maklumat awal yang diperoleh daripada Pengarah Polis Udara Indonesia, Babel menjangkakan pesawat AirAsia yang hilang pagi ini, terhempas di perairan Belitung, namun lokasi sebenar masih disiasat
Sementara itu, Pembantu Ketua Daerah Belitung Timur, Yuhinu ketika menghubungi bangkapos.com hari ini memberitahu, seorang saksi, Pak Danlanud menghubunginya dan beritahu bahawa ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Belitung Timur. - Agensi
Walaupun cuma 1 sahaja rakyat Malaysia tetapi ianya tetap insiden yang melibatkan Malaysia dan juga negara-negara jiran kita.

Masih mengikuti perkembangan semasa banjir besar di Pantai Timur dan juga kehilangan pesawat ini. Kita teruskan berdoa untuk kesemuanya. Tiba-tiba serasa seriau nak naik kapal terbang. :'-(.

*Tahun 2014 yang penuh dengan tragedi... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedih la kak...kesian negara kita kan...:( moga moga semuanya baik baik je huuu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... farah,

    Malang tidak berbau... tahun 2014 yang penuh dengan seribu suka duka..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. 2014 ni memang tahun dugaan untuk malaysia

    ReplyDelete
  4. betul..2014 tahun penuh tragedi..semoga kita semua dilindungi dr segala perkara buruk kak.. :(

    ReplyDelete
  5. Allahu...tertelan air liur baca semua ni... :(

    ReplyDelete
  6. sama2 kita berdoa semoga di permudahkan urusan mencari peswat AA

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !