Belum pun reda musibah banjir besar di Pantai Timur... Malaysia sekali lagi menerima berita tentang pesawat AirBus Air Asia yang terputus hubungan dan dikatakan terhempas di perairan Belitung. Allahuakbar, selepas satu, satu lagi yang menimpa.
JAKARTA 28 Dis. - Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang lapan minit selepas berlepas pagi ini.
Pengarah Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo mengesahkan, pesawat yang membawa 155 penumpang itu hilang daripada pantauan radar.
Berdasarkan laporan media Indonesia, pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. - UTUSAN ONLINE
BELITUNG 28 Dis. - Pegawai penguat kuasa Indonesia, AKP Yanto mengatakan, maklumat awal yang diperoleh daripada Pengarah Polis Udara Indonesia, Babel menjangkakan pesawat AirAsia yang hilang pagi ini, terhempas di perairan Belitung, namun lokasi sebenar masih disiasat
Sementara itu, Pembantu Ketua Daerah Belitung Timur, Yuhinu ketika menghubungi bangkapos.com hari ini memberitahu, seorang saksi, Pak Danlanud menghubunginya dan beritahu bahawa ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Belitung Timur. - Agensi
Walaupun cuma 1 sahaja rakyat Malaysia tetapi ianya tetap insiden yang melibatkan Malaysia dan juga negara-negara jiran kita.
Masih mengikuti perkembangan semasa banjir besar di Pantai Timur dan juga kehilangan pesawat ini. Kita teruskan berdoa untuk kesemuanya. Tiba-tiba serasa seriau nak naik kapal terbang. :'-(.
*Tahun 2014 yang penuh dengan tragedi...
Masih mengikuti perkembangan semasa banjir besar di Pantai Timur dan juga kehilangan pesawat ini. Kita teruskan berdoa untuk kesemuanya. Tiba-tiba serasa seriau nak naik kapal terbang. :'-(.
*Tahun 2014 yang penuh dengan tragedi...
sama-sama kita doakan yg terbaik..
ReplyDeletePray for Air Asia QZ8501
ReplyDeletesedih la kak...kesian negara kita kan...:( moga moga semuanya baik baik je huuu
ReplyDeleteAssalammualaikum... farah,
ReplyDeleteMalang tidak berbau... tahun 2014 yang penuh dengan seribu suka duka..
mselim3
Moga jumpa la pesawat AA tu..
ReplyDelete2014 ni memang tahun dugaan untuk malaysia
ReplyDeletebetul..2014 tahun penuh tragedi..semoga kita semua dilindungi dr segala perkara buruk kak.. :(
ReplyDeleteAllahu...tertelan air liur baca semua ni... :(
ReplyDeletesama2 kita berdoa semoga di permudahkan urusan mencari peswat AA
ReplyDeleteMoga baik2 sahaja.
ReplyDeletemoga ada perkhabaran yang positive
ReplyDeleteSah dah terhmpas... Huhu...
ReplyDelete