Semenjak bercuti-cuti Malaysia sebelum memulakan tugas di pejabat baru ni, suka pulak menjadi pemerhati keadaan sekeliling yaww... Ha ha ha... Mana taknya, walaupun bercuti tetapi hari-hari ada saja urusannya untuk keluar ke sana ke mari. Sambil memandu sambil mata terlihat ke segenap arah. Yerlah memandu ni kan koordinasi mata kena cekap ke seluruh arah termasuklah kelakuan si kecik molek tu dalam kereta.
Makanya, terlihatlah oleh mata Farah perang "banner" dan juga "bunting" tadika serta taska di sana sini sinun. ^_^... Biasalah tu, musim-musim "back to school" kaedahnya. Sekarang ni semuanya berbentuk perniagaan dalam kehidupan seharian. Persaingan, pemasaran semuanya lah. Bukan sahaja pendidikan dah menjadi perniagaan (sejak dulu tapi lebih ketara sekarang)... kesihatan pun begitu jugak... semua orang dah menceburi bidang perniagaan giteww... blog pun perniagaan dan pemasaran jugak... #ehhh... Ha ha ha... sampailah wujudnya GST... err... apakah kena mengena GST dengan entri ni? Muahaha... inilah dinamakan menaip ikut rasa "uolss"..,
Dah sampai jadi macam musim pilihanraya pulak suasananya. Tak salah pun, baguslah, pencarian rezeki secara halal dan juga membantu mengembangkan sosio-ekonomi masyarakat. Haipp, Farah tak perli tau... jujur dan ikhlas... Alhamdulillahlah kan? Betul tak? Cumanya, biarlah kualiti pendidikan serta servis yang diberikan itu sejajar dengan pelaburan ibu bapa sekalian kan? Dan bagi pengusaha-pengusaha taska tu... Janganlah kedengaran kes-kes dera anak orang atau biarkan anak orang pulak. Amanah tu... Hu hu hu...
Tapiii seronok jugak tengok "banner" dan "bunting" warna warni ni... Ash pun seronok jugak... Sibuk tangan menunjuk ke sana ke mari...
macam2 cara nak tarik perhatian kan
ReplyDeleteAnum itulah salah satu strategi pemasaran ye tak?
DeleteAsh pun nak pergi school. :D
ReplyDeleteAsh pergi school makan, main dan tidur... he he he...
Deletememng tgh dok perang ni kan... kena rajin survey je la...
ReplyDeleteHa ah Maria, fenomena akhir tahun kaedahnya...
Deletehmm samela..dan kebetulan anak saya masuk tadika 5 tahun...puas survey tadika mane ygbest sekitar seksyen 20 ni...akhirnya jumpe gak..
ReplyDeletezuerieybeautysecret.blogspot.com
Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya... syukran...
DeleteAsh tak sabar nak pergi sekolah tuu. :)
ReplyDeleteHa ha ha, takper takper sabar jer... tunggu masa dia tiba untuk pergi school nanti...
DeleteBisnes tadika ni, kalau kena gaya, mmg menguntungkan..
ReplyDeleteTadika anak saya dulu ( Genius Aulad), yuran pendaftaran aja kalah kos pendaftaran budak2 masuk UiTM...hahaha
Di kawasan rumah saya baru dibuka Genius Aulad... ada terfikir nak survey jugak... yuran masuk UiTM untuk satu semester ke? Atau semua semester? Muahahaha...
Deletenice sharing
ReplyDeleteTerima kasih MKL...
Deletebagus jugak..kan??ibu bapa ada banyak pilihan..
ReplyDeleteBetul tu D... tak pun sekurang-kurangnya, ibu bapa boleh tahu, kalau-kalau ada terlepas pandang pilihan yang lain? ^_^
DeleteNak naik tahun baru,marketing pun semakin banyak kan. Betul kata farah, semoga tidak berlaku kes-kes dera anak-anak yang dijaga nanti..sebagaimana mereka mula mempromosikan taska mereka sekarang ni..
ReplyDeleteKan? Promosi biar setanding dengan kualiti servis...
DeleteBoleh pening pale, mana 1 nak pilih..
ReplyDeletehahaaaa...memang skang ni tgh perang banner..pastu muncul plak tadika baru ..
ReplyDeletehmmm..layankan jek laa..