KODAK Lancar "Smartphone"...

Farah Waheda Wahid
9
Bila sebut KODAK, apakah perkara pertama yang melintas di pemikiran "uolss"? ^_^... Zaman-zaman Farah membesar memang terkenal Kodak ni... Dan perkara pertama yang melintas di kotak pemikiran Farah adalah...

Sumber dari Google
Haaa... giteww... nostalgia sangat tau... Budak-budak generasi Y dan Z, mungkin tak kenal dah kot gulungan filem ni. Al-maklumlah, semua dah pakai "digital"... ^_^... hew hew hew... Ash pun tak kenal lagi... ha ha ha, tapi akan perkenalkan juga pada dia... Dulu-dulu zaman sekolah, ada majlis di sekolah bukan main beli sampai 2-3 kotak filem KODAK. Lepas tu cuci, kena simpan negatif, lepas tu gambar yang dah siap cuci tu, siap "tagging" nombor dan tunjuk pada kawan-kawan... Siapa yang nak buat pesanan gambar... perniagaan kecil-kecilan kaedahnya... Sekeping gambar caj RM 0.50. Pas tu kalau saiz berbeza... "up" sikit... Ngeee... 

Itulah kemasyhuran zaman kegemilangan KODAK dulu... Terkenal dengan gulungan filem... lepas tu rasa-rasanya... statik di situ dan macam tak ada khabar berita... Bagi Farah lah... mungkin sebab Farah tak ambik "port" sangat dah kot? Hik hik hik... 

Dan kini di zaman pelbagai jenis "smartphone" yang terdapat di pasaran... tak lama lagi KODAK pula akan mula memasarkan "smartphone" mereka yang tersendiri. Mana tau? Ni semua sebab baca artikel di SINI.

Sumber dari SINI
Dikatakan ianya dikeluarkan oleh syarikat Inggeris yang bernama Bullitt dan mungkin akan berada di pasaran dalam jangka masa beberapa minggu lagi. Ciri-ciri, "features" jangan tanya cheq na... di dalam artikel tersebut ianya lebih bersifat umum. Tapi kalau dah KODAK, pastinya jangkaan orang ramai bahawa gambar dari kamera "smartphone" tersebut haruslah ohsem dan terbaik. ^_^... Tak apalah, sama-samalah kita saksikan nanti dan lihat sama-sama yer... apakah ciri-ciri, "features" yang menarik dan istimewa yang ditawarkan serta berapakah harganya... 

*Melambak-lambak pilihan "smartphone" yang ada di pasaran sekarang ni... Asal rimaunya mengaum... pilih ajer yang mana paling berkenan di hati yer tak? Hik hik hik...

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kena try gi skodeng ni.. xcukup dgn 3 hp yg ada.. ahaks

    ReplyDelete
  2. Nostalgia betul kan kak farah. Kodak filem dah tenggelam dek kerana teknologi yg berkembang dgn pantas ni. Tp kalau dulu salah tangkap gmbar mmg tak boleh nak cek. Tgk2 dah cuci gambar yg ditangkap kelaut. haha

    ReplyDelete
  3. kita tunggu dan lihat ajelah...macamana rupa dan aplikasinya.

    ReplyDelete
  4. Yaya kenal lagi kodak..huhu...sampai form 3 masih lagi merasa lepas tu dah tak amik port...jual menjual gambar tu semestinya..dan takkan ada lgi skrg kan?

    ReplyDelete
  5. Oh my, bab tengok negatif dekat cahaya, pastu tanda nombor minta kawan pilih nak pergi cucui dekat kedai memang legend! Hahaha....

    ReplyDelete
  6. nostagia sangat en kodak ni..gambar dicuci.disimpan dalam album..

    hp ni kalau wujud mesti gambar terbaik

    ReplyDelete
  7. wah.. menarik.. tapi kodak ni mcm dah ketinggalan kan... zaman2 skrg mgkin de bebudak tak kenal dah... bersaing dengan fujifilm masa tu...

    ReplyDelete
  8. Aha..kan nostalgia sangatkan Farah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !