Home » , , , , , » Kapsul Masa 2014 : Bubblynotes.Com...

Kapsul Masa 2014 : Bubblynotes.Com...

Gambar diubahsuai dari Google
Sebelum berkapsul masa tentang diri sendiri pada tahun 2014 ni, terlebih dulu Farah lebih berminat berkapsul masa untuk Bubblynotes.Com. ^_^... Ngeee... Itu bermakna, akan ada entri yang akan menyusul kemudian di Bubblynotes.Com tentang diri sendiri di tahun 2014... Tapi tu tunggu dulu... sebab sekarang ni nak fokus bebel tentang Bubblynotes.Com pada tahun 2014 dulu dan sedikit sebanyak tentang Farah sebagai seorang blogger di tahun 2014. 

2014 apa yang ada ek untuk Bubblynotes.Com? 

Blogger Separuh Masa, Seorang Isteri, Ibu Berkerjaya
Uhukss berkerjayalah sangat kan? Muahahaha... Oklah sejujurnya ber-blog sewaktu sebelum kelahiran Ash dan setelah kelahiran sememangnya ada banyak perbezaannya... Tipulah kalau Farah kata Farah tak "struggle" untuk kekalkan momentum ber-blog bila Ash dah ada kan? Masa tu selalu sangat mencemburui kita tau... Terkejar-kejar di dalam memastikan segalanya mengikut "dateline"... Baik kerja hakiki di pejabat, kerja-kerja di rumah, kerja-kerja blog dan juga tugasan serta tanggungjawab sebagai ibu. Yang penting jangan kelam kelibut dan kalut... "chill"... Susun atur jadual serta masa dengan sebaiknya... 

Memanglah tak ada orang kisah dengan momentum Farah membebel dalam Bubblynotes.Com ni, tapi Farah secara peribadi kisah dengan momentum dan juga konsistensi diri Farah. Alhamdulillah, dah mencuba yang sebaik mungkin, Alhamdulillah... walaupun blogger separuh masa, bekerja... rumah masih "maintain" berkemas dan bukan kapal karam, dapur masih berasap, baju masih berbasuh dan bergosok, Ash tidak terabai, kerja-kerja pejabat masih berjalan seperti biasa, blog tetap ada "update" seketul dua... Bukan nak meninggi hidung atau "show off", "but I really struggle to maintain all the things that matters to me... therefore there's nothing wrong if I feel happy bout it right?" ... Kan kan kan? 

"Niche" Bubblynotes.Com
Yer sememangnya sebelum kelahiran Ash Bubblynotes.Com penuh dengan cerita-cerita yang bercampuk aduk. ^_^... Biasalah, masa tu masih di dalam proses memahami dengan lebih dalam tentang dunia blog. Makanya berblog dengan ikut suka hati dan tidak mempunyai sebarang "niche"... Kemudiannya, Farah duduk berfikir semula, kenapa Farah berblog? Ke mana arah tujuan dan hala Bubblynotes.Com yang Farah nak pandu? Apakah jenis-jenis dan bentuk bebelan yang akan muncul di Bubblynotes.Com pada masa akan datang... apakah "weightage"nya? Kalau dok cerita "travel" jer pilihlah "niche travel blogger" yer tak? Kalau dok cerita makanan, pilihlah "niche food blogger" yer tak? Bila dah nampak sendiri tu... hurmm pandai-pandailah kan nak faham? Keputusannya akhirnya Farah memilih untuk berblog dengan berlandaskan "niche parenting and lifestyle blogger"... Bubblynotes.Com: Personal + Parenting & Lifestyle Blogger...

Lambakan Cerita Ash... 
2014, diakui Bubblynotes.Com dipenuhi dengan cerita-cerita berkaitan dengan Ash... Kalau nak kira-kira, cerita tentang diri sendiri tak banyak sangat pun kalau nak dibanding dengan Ash... Muahaha...

Jumlah Entri 2014
Sehingga sebelum entri ini ditaip dan di"publish", jumlah entri di Bubblynotes.Com pada tahun 2014 adalah 1302 entri berbanding 2013 (960 entri), 2012 (613 entri), 2011 (238 entri), 2010 (18 entri) serta blog-blog sebelum tahun 2010 iaitu di antara tahun 2004 sehingga 2009 yang dah tak tau ke mana dah figuranya... 

Tahun 2014, Farah telah diundang oleh pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari... err ya ampun kalau ayat diundang tu poyo yer abang long Ben Ashaari. Oklah kita guna bahasa pasar supaya tak ada yang kecam... Abang Ben tanya dan ajak... untuk sertai komuniti yang merangkap keluarga ni. Farah kata nak dan kemudian diterima dan sehingga sekarang Alhamdulillah, masih berjodoh lagi dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan aktif bersama mereka. Terima kasih Abang Ben di atas kepercayaan itu... 

Didikan sebagai protege telahpun tamat dan kita teruskan langkah ke hadapan. Terima kasih kak Mia Liana kerana telah sudi memilih diri ini sebagai protege kedua selepas Eraz. Terima kasih di atas ilmu-ilmu yang telah dicurahkan. Tiada permulaan, tiadalah di tempat sekarang ni yer tak? 

Tiada Lagi Nuffnang
Tiada Lagi Nuffnang di Bubblynotes.Com, selepas "cash out earnings" yang terakhir yang telah dikumpul selama beberapa bulan... akhirnya Farah mengambil keputusan untuk menurunkan Nuffnang dari Bubblynotes.Com. 

Wajah Blog
2014 menyaksikan 2 kali Farah tukar wajah blog... Tapi temanya tetap sama... "pink" ... heee... 

Entri Paling Tinggi "Pageviews" Yang Ditulis Secara Maya Pada Tahun 2014
Dengan XX, XXX "page views" dari entri Tanda-Tanda Demam Denggi, ia adalah entri yang berada di atas sekali untuk tahun 2014 ini. 

"Advertorials & Reviews"
Ni serba salah nak taip ni... kalau taip dikatakan menunjuk-nunjuk, nak gebang, nak riak... kalau tak taip ibarat tak lengkap pulak kapsul masa ni... Tapi sungguh bukan niat nak riak... tak terdetik langsung pun... Hurmm... Alhamdulillah 2014, rezeki Bubblynotes.Com, rezeki Ash agak memberangsangkan. Syukran kepada Allah SWT kerana telah menyampaikan rezeki-rezeki tersebut. Nak berhubung mengenai "advertorials & reviews" boleh lihat di "banner" di atas ataupun klik "tab menu Contact Me"... 

Banyak lagi perkara sebenarnya... tapi tidak semua boleh dimuatkan di dalam satu entri... tapi itulah di antara perkara-perkara yang menjadi "major highlights" pada tahun 2014 yang berkaitan dengan Bubblynotes.Com. Risau pun ada nak cerita lebih-lebih... briged-briged ramai di sana sini... takut jatuh riak pula kalau cerita dengan lebih mendalam. Cukuplah yang umum sahaja... selebihnya simpan sendiri untuk penambahbaikan dan pelan jangka panjang yang perlu digariskan sendiri. Biarlah hanya Farah dan orang yang Farah percayai tahu. ^_^... 

Blogger hebat? Rasa hebat? Tak punnnn... saya cumalah seorang blogger biasa-biasa, blogger picisan, blogger sipi-sipi yang tak rasa diri ini kekwat dan kalut... lebih suka menjadi blogger yang ramah tamah, mesra dan "chill...that's what I am"... Bukan terkenal, bukan otai, bukan retis, bukan pakar dan paling penting tak pernah rasa diri ini hebat punnnn.... Sekali punnn tidakkkk... Sungguh... 

Errr... tiba-tiba terasa macam nak ubahsuai sikit blog sempena 2015 ni... ha ha ha... sikit jer sikit tak banyak... oklah jumpa di entri yang lain.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kapsul Masa 2014 : Bubblynotes.Com..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 31, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. semoga sis terus success berblog di masa akan datang. like baca tentang parenting yang sis sharing. selamat tahun baru !!!!

    ReplyDelete
  2. assalam Farah..salam ambang 2015 yea, teruskan dengan cerita 2 parenting Farah tu yea, in shaa Allah bole jadi guide pada bakal2 ibu yg lain.

    ReplyDelete
  3. selamat datang 2015, selamat datang harapan baru buat farah :)

    ReplyDelete
  4. Satu diari setahun yg lengkap dan berjaya ditempuhi dgn jayanya! Semoga tahun 2015 akan membawa lebih banyak kejayaan yg gemilang buat Farah dan Ash... :)

    ReplyDelete
  5. semoga terus berblogging di tahun 2015 kak farah :)

    ReplyDelete
  6. kira hebatlah farah..dah join KBBA

    ReplyDelete
  7. tahniah Farah.. semoga tahun 2015 nanti Farah akan lebih maju dan berjaya..
    huwaaa.. sy tidak seteguh Farah.. ;')

    ReplyDelete
  8. bnyk juga perubahan tu insyaallah ingin uga mencari niche yg bersesuai dlm berblog..

    ReplyDelete
  9. Wahh..kak.....supportive blogger. Saya suke blogger mcm akak. Terima kasih kerana terus share dan menulis bukan untuk menaikkan ranting tapi untuk berkongsi. :)

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru Farah ! Semoga terus success!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY