Ibu Bapa Buatkan Kerja Sekolah Anak???

Sumber dari Google
Zaman kanak-kanak kalau diingat-ingatkan memang indah belaka. Lepas tu rindu, lepas tu terkenang-kenang. Tapi tulah masa tu tak boleh nak diputarkan balik kan? Jadikanlah kenangan sebagai pendorong di masa kini serta hadapan, jadikanlah kenangan itu sepanjang hayat untuk diingati... Begitulah seadanya... Hew hew hew... Dan mengikut pada tajuk entri ni... Teringat pulak kepada zaman-zaman tadika dulu... 

Tipulah kalau Farah katakan yang Nek Ma Ash dan Atuk Ash tak pernah buatkan kerja sekolah Farah masa kecik-kecik dulu... #ooopss...Yer...memang mereka tolong buatkan kerja sekolah masa Farah tadika dan ada masa-masanya di sekolah rendah dan sekolah menengah...Ngeh ngeh ngeh...Tapi tidaklah semua subjek ok? Tolong pun sebab "tantrum uolss"... Giteww... Anak manja? #ehhh...Ha ha ha... Habis bocor rahsia...Manja-manja pun batang penyangkut baju pernah hinggap kat badan ni tau...Siapa kata anak tunggal tak kena marah? La la la la... 

Apa yang mereka tolong? Nek Ma Ash tolong warnakan gambar masa di tadika dan darjah 1...Atuk Ash? Ha ha ha, sepanjang ada kelas pendidikan seni, sepanjang tulah dia tolong lukiskan, warnakan lukisan... Ha nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Tu sebab lukisan Farah kalah budak tadika seperti yang "uolss" lihat di dalam entri Bermula Aktiviti Estetika & Kreativiti Ash... ...sebabnya kalau perkara-perkara yang berkaitan seni ni, semua bertolong-tolongan "uolss"... "Moral of the story"... kalau boleh jangan buatkan kerja sekolah anak... Ha ha ha...belajar dari pengalaman...Bab seni dan lukisan jer punnn...Subjek lain semua buat sendiri tau tak? Tak percaya? Tak percaya tak apa...Allah SWT ada untuk percaya...#ehhh... 

Santai jer kan nak sampaikan mesej sebenarnya... ibu bapa jangan buatkan kerja sekolah anak! biar anak belajar buat kerja sekolah mereka sendiri... sebab kesannya merugikan diri anak-anak tu sendiri... contoh dah boleh baca dah kat sini...ha ha ha... Farah jadinya tak berseni sangat untuk menyenikan diri disebabkan kerja-kerja pendidikan seni bertolong... dan bukan Farah yang buat... Kalau yang lain tak apa... Suruh jer buat...In Shaa Allah boleh... Ha ha ha... 
Peranan kita sebagai ibu bapa bantu beri tunjuk ajar...bukan bantu buatkan semuanya... errrr...tak salahkan Nek Ma dan Atuk Ash pun...sebab memang "tantrum" dan mengada Farah masa kecik-kecik dulu... Tak sanggup agaknya melayan kerenah...maka jadinya mereka buatkanlah jugak...Ha ha ha...Manja tak? Manja tak? La la la la... "I never blame my parent's for it, and I do believe they have their own reasons for doing that...hik hik hik..."...Cumanya untuk Ash... nan hado Mummy nak buatkan kerja sekolah... Ha ha ha...Tak adil kan? Mummy dia, Nek Ma dan Atuk Ash boleh jer buatkan tapi Ash tak boleh Mummy buatkan... Belajar dari kesilapan diri sendiri giteww "uolss"... 

Biar Ash akan datang..In Shaa Allah buat kerja sekolah sendiri sambil Mummy beri tunjuk ajar dan pantau... Tak ada makna Mummy nak lukiskan atau warnakan (dengan harapan dapat menguatkan serta mencekalkan diri serta hati supaya tak tertewas dengan gaya manja dan menggoda Ash nanti...ha ha ha....)... Kalau tak buat sendiri, sampai bila nak pandaikan? Biarpun kejam bunyinya...tapi itulah realiti kalau nak anak menguasai sesuatu itu... Iya atau tidak?

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ibu Bapa Buatkan Kerja Sekolah Anak???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 5, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Tak akan sekali-kali..no way..akak if bab mcm ni memang tegas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, sekarang ni pun tengah didik untuk keraskan hati...hik hik hik...rasanya boleh ni, kalau nak anak berjaya kenalah kan kak kan?

      Delete
  2. Masa kecik parents tlg guide x petnah tlg buatkan. Homework parents check satu satu...kalo x siap..haaa siapla kene ngan depa..

    ReplyDelete
  3. mama tak pernah parents buatkan homework, anak mama sendiri pun mama akan suruh buat sendiri.. mama tegas giler bab sekolah ni farah.. hihihi

    ReplyDelete
  4. wah best nyer keje sekolah parents wat kan... betul tu, kena buat kerja sekolah sendiri. kalau x sampai bila nak pandaikan. mamamyja bab mengajar anak memang garang. hehe

    ReplyDelete
  5. Hihi..cik akak sembunyi muka dulu..haha..tak pernah kot..tapi dah tak ingat lagi dah..hiji..maybe babah ada buatkan kerja sekolah...sebab cik akak manja ngan babah suatu ketika dulu..tapi sekarang....tak lagi..sekarang anak ibu dah..anak.ibu tak.boleh manja2 tau..haha..usaha selagi boleh..hihihi..itu kata ibu

    ReplyDelete
  6. Mak ayah dulu langsung xambil tahu kerja sekolah anaknya. Tapi kalau mereka dpt tahu kerja sekolah xsiap!...memang kena lah!
    Tapi sekarang ni nampak mcm dah jadi kebiasaan pula, ibu bapa buatkan kerja sekolah anak2... Mengajar dan buatkan tu berbeza maknanya.

    ReplyDelete
  7. Samalah Kak Farah. Bab2 seni, IM banyak mak ayah tolong. Ingat lg ayah siap tolong lukiskan dr awal sampai habis salah satu tempat menarik kat Perlis sebab IM tak reti nk lukis :p

    ReplyDelete
  8. saya dulu mak abah memang tak buatkan kerja sekolah...dorang duduk sama-sama mengadap anaknya buat kerja sekolah sampai siap...insya Allah, dengan Amir nanti pon nak buat macam tu juga...semoga berjaya...^_^

    ReplyDelete
  9. Qila alhamdulillah umi mmg tak check homework tapi wiwiwi homework siapppp gehehehehh

    ReplyDelete
  10. Mmg pernah kan... Mak sy yang tak sekolah tggi tu pun pnh buatkn kerja sekolah sy... Hehe... Emak kan..

    ReplyDelete
  11. Ada la dulu kekadang jer but at the same time parent ada mengajar sekali :D

    ReplyDelete
  12. alamak!
    aida ni pernah buat homework anak-anak when it comes to melukis...
    mewarna diorang buat sendiri la...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY