Home » , , , , , , , , , , , » Hoyeahh??? Akhirnya Ash Berpindah...

Hoyeahh??? Akhirnya Ash Berpindah...


Salam pagi Jumaat semua! Disebabkan Kepingin Buah Laici!!!, tengah malam-malam buta tadi... #ehh pagi... agagaga... dah termimpi pun makan buah laci... Huh, mendalam sungguh keinginan itu kan? Ok... cukup cerita tentang buah laici... Ni nak "bubbly bubbly" tentang si mata boolat ni ha... 

Hoyeahh??? Akhirnya satu malam telah dilalui dengan jayanya... Tepuk tangan ke atas diri sendiri di atas kejayaan kecil ini... Agagagaga... Itupun nak cerita kan kat Bubblynotes? Tak apalah... cerita santai-santai hari Jumaat. Tak nak baca pun tak apa, tak paksa... ekekekeke... 

Apa yanh berjaya berjaya ni? Apa pindah-pindah ni? La la la la... beginilah kisahnya... sejak melahirkan Ash, sejak berpantang dan sejak ada Ash, bilik Farah yang di atas memang langsung tidak bertunggu dan akan digunakan oleh Farah untuk mandi dan bersalin pakaian sahaja. Selebihnya, kami tidur di ruang tamu... Ngeeee.... Kenapa? Kaedahnya risau Ash jatuh katil. Ho ho ho logik dan masuk akal tak alasan? Selama lebih kurang setahunlah jugak setiap malam angkat tilam, toto ke ruang tamu berterusan setiap malam. Ekekekeke, gigih tak? 

Ash tidur memang lasak... berpusing 360 darjah... Ikut Mummy dia... #ooppss... ha ha ha.... makanya kurang keyakinan di situ... Tapi malam semalam adalah percubaan pertama mengalihkan tempat tidur dia ke bilik kami. Kesian anak manja Mummy asyik tidur di ruang tamu jer... Walaupun tidur beralaskan tilam di ruang tamu, tapj belum tidur atas katil lagi kecuali waktu mula-mula lahir semasa Farah dalam tempoh berpantang. Dah setahun dah umur, kita belajar tidur katil yer? 

Hamik ko... segala bagai toto dialas di bawah katil, segala jenis bantal dikepung di tepi-tepi katil, penuh katil dengan bantal... hik hik hik... punyalah fobia dan trauma membayangkan insiden-insiden yang pernah didengar dari kawan-kawan tentang anak jatuh dari katil. Punyalah risau sampai macam tu sekali  dan nak elakkan Ash yang melasak dari jatuh katil. Bukan apa katil kami memang tinggi. Hu hu hu. Beringat sebelum terkena. 

Untuk malam yang pertama, sukses! Dan yang lebih menghairankan (hairanlah sangattt kan?)... heee... Elok jer tidur atas katil tak melasak dan tak berpusing 360 darjah tidur. Statik jer... muahahaha... Ada tak ada pusing kiri pusing kanan sekejap2 jer... 

Nampaknya serasi ni... makanya kita teruskan ajer lah ek? ^_*

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hoyeahh??? Akhirnya Ash Berpindah..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 12, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. Hehe...tahniah... Bab jatuh katil tu... Dua2 ank sy dah laluinya... Hehe...

    ReplyDelete
  2. Agak hairan lah mendengarnya..kenapa tak bentang toto di bilik juga?? Ermmm?atau ash mahu berkepit dengan mak toknya juga?

    ReplyDelete
  3. hehe. cubaaan pertama berjaya :)

    ReplyDelete
  4. hihi...behave pulak dia kannn.....maybe dia pon takut jatuh...hahaha

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ash. Good job mama. Lps ni lebih mudah sbb dah biasakan Ash tido dlm crib.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. oh takut jatuh katil ke..hehe go go ash..mummy ash kena letak bantal lebih la keliling..huhu;p

    ReplyDelete
  8. tahniah Ash! anak kami selalu jer jatuh katil tapi nasib baiklah katil rendah jer hehe

    ReplyDelete
  9. Ingatkan Ash berpindah kemana lah tadi... hehe
    InsyaAllah...Jgn sampai mak ayahnya yg tertindih anak pulak dah le!

    ReplyDelete
  10. Boleh bayangkan macam mana Ash dipagari bantal! :D

    ReplyDelete
  11. saya pn mcm tu..memula mmg tidur bawah.
    tapi ank no.3 kali ni bagi tidur dalam katil baby, langsung x jatuh hehe..

    ReplyDelete
  12. Kalau kene kepit dgn bntl xleh nak wat pusingan 360.. Kene statik jer. Hehe cute

    ReplyDelete
  13. mmg risau kan.
    kita kdng kdng x perasan.smga dipermudahkan.
    saya tido ats katil... katil rapatkan ke dinding..
    siap pasang kelambu.

    ReplyDelete
  14. selesa sebab penuh dengan bantal..hheee

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY