Home » , , , , , , , , » Banyak Juga Yang Nak Kena Kemas Ek???

Banyak Juga Yang Nak Kena Kemas Ek???

Sumber dari Google
Borak-borak kosong di petang hari...beginilah adatnya bila nak berhenti kerja di sesuatu tempat...Ha ha ha, bertahun-tahun punya barang sana sini sinun...Hamik ko, sekali kemas sampai dah tak tau nak campak mana dah semua. Barang-barang bukan main banyak. Huk aloh... Sampai dah tak reti nak mengemas dah jadinya. 

Mana-mana yang tak perlu semua dah campak dalam tong sampah. Mana-mana yang perlu dah asingkan siap-siap satu tempat. Ambik kesempatan ni sementara Pink Panther ada di Sydney, Australia untuk kemaskan mana-mana yang patut. Ha ha ha, tu sebab yang sibuk semedang tu sampai tak sempat nak buat apa pun. Ohhh, "gembiranya" hati mengemas.... Ha ha ha... Dah semua orang punya kerja Farah nak kena tolong buatkan mana taknya bertimbun-timbun barang dan dokumen... Ini belum masuk "handover note" lagi ni... Haihhh...itu pun masih tergantung lagi tu... Entah bilalah sempat nak buat... Hu hu hu...

Bunyi cerita macam esok lusa dah tak nak datang jer...Ihikss... Tapi masih datang...alaaa, bukannya lama lagi pun... Tak lama lagi dah pun, waktu kan berputar dengan pantas... Pejam celik pejam celik dah habis minggu ni...pejam celik pejam celik dah habis minggu depan... Hik hik hik... Sedih? Ermm, jujurnya sikit pun tak ada perasaan sedih tau tak nak tinggalkan Pink Panther ni...Ha ha ha... Tak sabar lagi ada... Sebab...tak sabar nak memulakan sesuatu yang baru... yang kita tak tahu lagi cabarannya bagaimana akan datang...Moga-moga dipermudahkanlah hendaknya... 

Makanya, janganlah nak terkecik hati sangat dengan Farah semenjak dua menjak kebelakangan ni sebab jarang muncul di blog-blog masing-masing yer... In Shaa Allah, kalau ada ruang waktu dan masa mesti Farah muncul... Cumanya memang nak kena selesaikan mengemas ni dulu...Kalau tak nanti jadi haru biru "uolss"... Nak tinggalkan sesuatu biar cantik, biar molek ye tak? Supaya nanti bila kita dah tak ada tak adalah masa tu masih lagi nak telefon-telefon kita tanya itu ini... 

Ok, nak sambung berkemas semula... *_^...Jumpa lagi nanti-nanti...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Banyak Juga Yang Nak Kena Kemas Ek??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, December 2, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. Selamat mengemas...time ni la dulu mencari, barula jumpa...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu dear, yang mana-mana yang dah lama hilang dari pandangan mata tu tiba-tiba muncul...wkwkwkwkw....

      Delete
  2. kann. selalu macam tu lah. bila banyak sangat mulalah tak reti nak kemas yang mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba tiba jadi blank pulak mana satu yang patut dimulakan...ha ha ha...

      Delete
  3. Ooo nampak gayanya kita sama2 pulun mengemas... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak, kita sama-sama pulun mengemas kak...he he he...

      Delete
  4. Msti byk brg yg nak d angkut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang yang nak diangkut dah angkut dah hari tu, tapi tak taulah kot kot kalau ada lagi nak kena angkut lagi ni...

      Delete
  5. Zarith pun bulan ni last kat opis tu..banyak yang nak kena buat kan?Chaiyokk farah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh samalah kita...all the best in your future undertakings dear...

      Delete
  6. kemas jangan tak kemas..sekurang2 nya bila kita pergi orang akan kenang kita sebagai orang yang boleh buat kerja..kan??

    ReplyDelete
  7. selamat berkemas apa yang patut yer farah

    ReplyDelete
  8. Kemas selagi ada masa dan ruang untuk berkemas..jangan ada yang tertinggal pulak kak..

    ReplyDelete
  9. Mmg byk.. Setiap tahun kami kmas tmpat kerja... Menimbun nk kena buang dan tapis..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia