Bagaimana "Potty Training" Anak Berusia 1 Tahun Yang Masih Belum Bercakap???

Farah Waheda Wahid
23
Sumber dari SINI
Sebelum apa-apa... cerita tentang "potty training" Farah pernah kongsikan di dalam entri...


Tapi kali ni bukan nak cerita apa itu "potty training uolss"... Kali ni nak berkongsi tentang bagaimana nak "potty training" anak berusia 1 tahun yang masih belum pandai bercakap... ha ha ha, giteww gigih kan Mummy Ash cari informasi sebab bercita-cita nak "potty training" Ash... Biarlah siapa-siapa nak meluat ke, nak cakap apa ke, nak kata itu ke, nak kata ini ke... "I is" tak kisah "uolss"... 

"PARENTING IS NOT A COMPETITION
PARENTING HAS NO WINNERS
PARENTING HAS NO TEAMS
PARENTING HAS NO RACES
PARENTING HAS NO FINISH LINES
PARENTING HAS NO TROPHIES
PARENTING HAS NO EXAMS
PARENTING HAS NO GUARANTEES
PARENTING IS DAY BY DAY
PARENTING IS MOMENT TO MOMENT
PARENTING IS YOUR CHILDREN
PARENTING IS UNCONDITIONAL LOVE..."

Tak giteww??? He he he...

Dan dari kegigihan mencari informasi tentang "potty training" untuk anak berusia 1 tahun yang masih belum pandai bercakap ni...Farah terjumpa satu artikel di SINI mengenai apa yang Farah cari ni... Hurmm... jom kita lihat apa katanya artikel ini... 

Untuk "potty training" bagi anak-anak yang berusia 1 tahun yang masih belum pandai bercakap, apa yang perlu ibu bapa lakukan adalah menggunakan kaedah latihan yang cepat dan bukannya kaedah "potty training" yang biasa yang memakan masa berhari-hari atau berminggu dan juga bergantung kepada kebolehan anak-anak untuk memahami pelan jangka panjang dan pulangannya yang biasa tu. 

Apa Yang Diperlukan?
  • Kelengkapan latihan tandas.
  • Makanan ringan yang masin.
  • Air suam ataupun jus.
  • Kelengkapan untuk membersih. 
Arahan Yang Perlu Dipatuhi atau Dilakukan

1. Menentukan kesediaan anak kecil kita untuk latihan tandas. Kanak-kanak lelaki kebiasaan bersedia apabila mereka telah boleh berjalan dengan sendiri dan bila mereka boleh berjalan dengan sendiri mereka mempunyai pergerakan usus yang konsisten kira-kira pada masa yang sama setiap hari. Keadaan ini berlaku biasanya di antara umur mereka 15 bulan sehingga ke 27 bulan.

2. Rancang dan bekukan sebarang aktiviti luar selama 3 hari. Tak payah pergi mana-mana... Duduk rumah jer dan fokus pada "potty training". Ngeh ngeh ngeh...

3. Letakkan kerusi tandas ("potty chair") di mana anak-anak kita yang berumur 1 tahun selalu menghabiskan masa mereka supaya dia boleh sentuh, lihat dan bermain dengan kerusi tandas tu beberapa hari sebelum memulakan latihan. Apa tu, orang kata...bagi biasakan dulu, supaya tak adalah terkejut pulak dia tengok apakah itu? Muahahaha...

4. Jangan pakaikan lampin pada hari pertama latihan di waktu pagi. Anak-anak kita ni akan tidak berlampin selama 3 hari ni.

5. Bagi anak-anak makan makanan ringan yang masin seperti "pretzels" dan banyak minum air suam ataupun jus supaya dia akan membuang air kecil.

6. Sebutkan "pee into the potty" ataupun "poop into the potty" atau apa apa jer lah perkataan lain setiap kali dia duduk di atas kerusi tandas tersebut.

7. Puji anak-anak bila dia telah berjaya. Jangan rasuah pulak dengan makanan ataupun apa-apa hadiah tapi gembirakan dia, beritahu dia yang dia bijak dan biasalah mak-mak ni kena buat aksi kadang-kadang nak bagi anak gembira... he he he... contohnya...menari depan anak... elehh...anak jer pun yang tengok, janji anak gembira... ermm... mungkin tak ada masalah bagi bekas "cheerleader" macam Farah kot, tapi orang lain tak taulah... hu hu hu...Sebab tak semua orang selesa keadaan dan situasi macam tu... 

8. Teruskan selama 3 hari tanpa henti... sampai anak sendiri dah terbiasa dan minta sendiri nak "potty"...

Bila baca-baca lebih kurang jer macam "potty training" yang biasa kan? Tapi tak salah mencuba kot? Hew hew hew... Tapi macam biasalah, bila nak "potty train" anak ni kena bersabar kan? Ekekeke... Tak apa- tak apa, kita cuba dulu...Tak semestinya kali pertama berjaya ye tak? Mungkin kena beberapa kali... Hurmm...kena fikir ni bila nak lakukan perlaksanaan ni... Ha ha ha...Adakah mungkin sewaktu cuti 2 minggu sementara bermula kerja baru? In Shaa Allah...

Paksa anak? #ehhh...suka-suka jer tau label "I" macam tu "uolss"... takdo makno eh... cumanya, nak bermula secara perlahan-lahan melatih dia... sambil-sambil tu nak tengok siapa "champion"...Ash ke Mummy? Mummy dia umur setahun lebih dah tak pakai lampin tau... (menurut Nek Ma Ash)...Jadi kita tengoklah Ash ye ke tidak? Anak tak semestinya sama dengan mak yer tak? Dah tentu-tentulah...perkembangan manusia ni berbeza-beza... *_^...         

To potty train a 1-year-old boy who cannot talk, you will need to use a quick training method, not one that takes days or weeks and relies on the child's ability to understand long-term planning and rewards. Fortunately, this type of potty training has been used for generations in traditional cultures around the world and even in America prior to the last few decades. In the United States, potty training typically started before 18 months prior to the 1940s.

Read more : http://www.ehow.com/how_8208387_potty-1yearold-boy-cant-talk.html
o potty train a 1-year-old boy who cannot talk, you will need to use a quick training method, not one that takes days or weeks and relies on the child's ability to understand long-term planning and rewards. Fortunately, this type of potty training has been used for generations in traditional cultures around the world and even in America prior to the last few decades. In the United States, potty training typically started before 18 months prior to the 1940s.

Read more : http://www.ehow.com/how_8208387_potty-1yearold-boy-cant-talk.htm 

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. my second kid tk start potty train lagi.. mommy not ready.. wait till next year..
    my first kid, i train lambat sket.. tapi alhamdulillah about 2 weeks settle.. no incident anymore..
    good luck in potty training

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya, 2 weeks sahaja...he he he... Alhamdulillah... thank you sis...

      Delete
  2. no 5 tu boleh cuba tu..anak teruna huda tu kurang minum air dan jarang kencing..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jangan tak cuba, jom kita sama-sama cuba...he he he...

      Delete
  3. err...err..kami tak pernah potty training anak sebab tu semua taska yg ajar..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Anak pertama saya 100% babysitter yang train, pastu anak kedua jenis cepat geli dengan pampers basah atau kotor, jadi senang lah keje training :) Tapi betul jgn paksa, stress pulak nanti anak/ mak hehe!

    Feel free to visit my BLOG . I recently shared about 2015 home business plan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for dropping by dear...In Shaa Allah, I'll pay your visits back... wah mudahnya...untunglah... he he he... moga-moga tak susah nak potty train Ash juga...

      Delete
  5. bagus nih. nak try la kat arissa nanti. sebab abang dengan kakak nya dah terlepas. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom kita sama-sama cuba untuk anak-anak kita ...he he he...

      Delete
  6. Semoga berjaya... Sy x pnh train.. Hihi

    ReplyDelete
  7. Dulu cita2 nak potty train Danial masa cuti berpantang. sebab senang kita kat rumah sepanjang masa... tapi hanya tinggal harapan palsu sebab tak sempat langsung nak fokus bab tu dengan ada baby lagi. haha alasan... tapi mmg kena berusaha jugak ni.. sbb dah 3tahun. sekurang2nya boleh jimat duit diapers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, memang itulah misinya... nak jimat duit diapers...

      Delete
  8. Anak akk dah 5 tahun still yak dlm pampers. Nak marah kesian. Klw x de pampers sanggup x yak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang ada kot kak, sebab kawan ni ada jugak anak dia kalau nak yak mesti nak pakai diapers dulu...

      Delete
  9. Alhamdulillah tiga2 ank Lya ..Lya ajar sendiri..Sekejap jer diaorg dah boleh buat sendiri..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !