Bagaimana Mengajar Anak Supaya Berhenti Memukul???

Farah Waheda Wahid
14
Baiklah, siapa yang ada mengalami masalah seperti tajuk entri ini? Di mana, anak-anak suka sangat memukul apa sahaja yang berada berhampiran mereka, termasuk adik beradik, rakan-rakan di tadika/taska ataupun termasuk diri kita sendiri? Setakat ini Ash tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu dan harap-harapnya tidaklah... Pheww...tapi kena juga kaji selok belok tentang perkara ini. Bersedia kononnya sebagai ibu bapa. Macam tulah lebih kurang. Yang mana ada pengalaman tu mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dalam memberikan buah fikiran di dalam ruangan kotak komen. 

Sumber dari SINI
Adakah cara-cara atau perkara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menghentikan anak-anak dari melakukan tabiat memukul ini? Mungkin cara atau panduan atau tips ini berguna... Sukalah kiranya Farah kongsikan dengan semua... 

Melalui artikel yang Farah baca di SINI ada beberapa pembaca blog tersebut mencadangkan agar ibu bapa membaca buku "Hands Are Not for Hitting" yang ditulis oleh Martine Agassi. Buku ini membincangkan mengenai semua keseronokkan yang boleh kita lakukan dengan tangan dan mengapa ianya adalah tidak sepatutnya digunakan untuk memukul. Buku ini dikatakan diilustrasi dengan cantik sekali. Hurmm... kepingin juga mencari buku ni, nanti nak cuba-cuba tengok di kedai buku yang berhampiran pejabat Farah ni kalau-kalau ada, kalau tak ada mungkin cuba mencari pembelian melalui cara atas talian. Lepas tu, In Shaa Allah, bolehlah Farah berkongsi dengan semua kan? 

Sumber dari SINI
Itu cadangan yang pertama, cadangan yang lainnya adalah untuk mengalihkan anak-anak atau mengasingkan anak-anak dari satu kumpulan yang mengakibatkan punca mereka memukul di antara satu sama lain atau seorang jer yang memukul tu. Manalah tau kalau-kalau mereka tak seronok berada di dalam kumpulan tersebut. Sebelum membenarkan mereka turut serta dalam kumpulan tersebut, bincangkan dan terangkan kepada mereka tentang keburukkan memukul orang lain dan galakkan mereka untuk meminta maaf.

Tapiii, bila tindakan mengasingkan mereka itu tidak berjaya, makanya sebagai ibu bapa kena hentikan apa yang mereka lakukan. Semua orang jangan main dah...ha ha ha, semua orang jangan buat apa-apa... Duduk diam-diam. Boleh? Ini sebenarnya dalam kata lain, kita sebagai ibu bapa cuba menyampaikan mesej kepada anak-anak, tindakan pukul-memukul ini adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh kita.

Sambil-sambil tu kita kena fikir-fikirkan juga kenapa marah sangat sampai ambil tindakan memukul-mukul tu? Kena kaji dan cubalah cuba bila berlaku keadaan sedemikian nak tak nak kena masuk campur dan tanya baik-baik serta terangkan baik-baik.

Sumber dari SINI

Gambar di atas ni pula adalah cara lain untuk mendekati situasi yang berlaku dan mengingatkan anak-anak untuk menggunakan perkataan yang elok-elok kalau berkehendakkan sesuatu. Ini juga dapat membantu kita untuk memahami perasaan mereka pada ketika itu. Kadang-kadang bila kita berusaha untuk memahami sebenarnya kita mungkin berjaya untuk menenangkan anak kita tu. Tekankan kepada anak-anak, untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, permainan yang mereka mahu bukannya dengan cara memukul tetapi minta secara baik-baik.

Cubalah bawa-bawa bertenang jugak. Bila kita menyinga atau kita hangin sebenarnya kita akan membuatkan anak lebih tertekan dan kecewa. Cuma bertenang di dalam membantu anak-anak kita melalui situasi tersebut. Kebanyakkan kes-kes pukul memukul di kalangan kanak-kanak ni berlaku di atas kelemahan kita sebagai ibu bapa juga untuk mengendalikan perasaan mereka. Tunjukkan kepada mereka, walaupun kita sedih atau kecewa dengan tindakan mereka, kita masih mampu bercakap secara baik dengan mereka dan berkelakuan rasional.

Tak lupa juga, gunakan contoh-contoh yang positif yang menunjukkan kepada mereka apakah sebenarnya kegunaan tangan. Ini secara tidak langsung menarik perhatian anak-anak untuk menggunakan tangan mereka kepada perkara yang lebih berfaedah dan menyeronokkan. Bila ternampak anak kita sendiri memukul anak orang lain, pergi kepada mereka dan katakan kepada mereka... "Kita tidak menggunakan tangan kita untuk memukul orang. Kita gunakan tangan kita untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan menyeronokkan. Tangan adalah untuk kita tepuk tangan, tangan untuk ucapkan selamat tinggal. Boleh tak tunjuk pada Mummy apa lagi yang Ash boleh buat dengan tangan?"... Itu contoh....

Sumber dari SINI
Mungkin ini sedikit sebanyak untuk membantu anak-anak kita supaya berhenti memukul orang lain... Dan...kalaulah anak kita pula yang dipukul, gunakan ini sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Dengan menyatakan kesan memukul, apa yang orang lain rasakan bila kena pukul. Bagi mereka faham supaya mereka tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Kanak-kanak memukul ni adalah satu perkara biasa yang kebanyakkan kanak-kanak lakukan. Ha ha ha, kan mereka ni garang sedikit... Tapi kitalah yang kena ajar anak kita dari semasa ke semasa yang memukul orang lain tu adalah satu perbuatan yang sangat tidak boleh mereka lakukan dan tidak baik untuk dilakukan.

Biasa dah dengar cerita atau tengok dengan mata kepala sendiri kanak-kanak memukul orang lain atau kanak-kanak lain bila tak dapat sesuatu yang diingini ataupun barang mereka diambil dari mereka... Garang ooo...Ha ha ha... Terfikir jugak, anak Farah akan jadi macam tu ke? Kalau jadi macam tu bagaimana nak ubah Ash tu jadi lebih positif...Harapnya tidaklah sampai begitu sekali kelakuan yer Ash...Tapi tak boleh nak cakap juga kan? Sebab tu, bersedia dengan apa saja kemungkinan supaya bila tiba masa...kalaulah kalau keadaan berlaku... Farah ada idea dan juga faham konsep bagaimana nak mengendalikan situasi itu supaya Ash tidak berterusan begitu...Mintak dijauhkanlah dan Ash jangan buat macam tu!!! Ha ha ha...

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pernah handle anak sulong mcm ni lps dia pergi school. Lps tegur kita explain balik knp x boleh pukul adik..kene ckp ulang2 stp hari..skrg dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak boleh sekali jer kan sue, kita kena berulang-ulang... supaya sebati gitewww...ha ha ha...

      Delete
  2. Ibubapa kena banyak menuntut ilmu ni dalam mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, mendidik anak-anak zaman sekarang tak sama dengan mendidik anak-anak dulu...

      Delete
  3. Okay. Bookmark!
    Nanti Maryam dh besar boleh refer balik. Hehehe...
    Sekarang pun dia memang suka memukul. Tapi memukul IBU n babah dia je la. Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Bab memukul ni ni satu hal, tapi yang paling geram ni bila main lawan2 sebab terpengaruh cerita Ultraman. owhh ultraman kenapa la kau wujud. Risau tau.. takut anak kita terpukul anak orang. tak pun anak orang pukul anak kita.. hmmm

    ReplyDelete
  5. Nice entry... Boleh dipraktikkan...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum farah...perkongsian ilmu yg baik...:)

    ReplyDelete
  7. nice tips...btw, boleh share tips tak mcm mana nak handle bile orang lain especially cousin2 sebaya dengan anak yang pukul anak kita?huhu...saya sangattla geramm..rasa kte pulak nak balas kat budak tu..last2, saya suruh anak saya balas..sebab anak saya akan menangis..tapi salah ke cara saya tu?Anak saya boy, dia tak pernah balas orang pukul dia..kalau tak kuat dia xkan nangis..tapi kalau oukul kuat dia akan nangis..saya pulak rasa kesian n geram sebab dia tak pernah nak membalas...huhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !