Home » , , , , , , , » 2 Hari Lagi...

2 Hari Lagi...


Tolak hari ni, tinggal lagi 2 hari sisa-sisa terakhir bertugas bersama Pink Panther. Tak lama jer lagi dah... Lepas tu berehat panjang sehingga ke penghujung tahun 2014 ni. Pembukaan tahun 2015, barulah Farah akan melapor diri di pejabat baru dan mula bertugas bersama Mr.R pulak. 

Minggu ni memang Farah sibuk tahap maksima... pheww, banyak betul perkara yang perlu diselesaikan. Dari membersihkan segala sampah sarap, dokumen di dalam komputer serta "share folder" sehinggalah ke "handover lists and notes" untuk bakal pengganti Farah. Alhamdulillah, Pink Panther dah pun dapat pengganti Farah. Moga-moga pengganti itu "tahan" dengan kerenah Pink Panther dan boleh berkhidmat dengan  lebih baik dari Farah. Hew hew hew... Dah 2 tahun 5 bulan Farah berkhidmat dengan Pink Panther, hanya Farah yang tahu warna sebenar, kerenah dan apa yang dia suka dan apa tidak. Bukan mudah yer nak memenangi hati Pink Panther. Alhamdulillah, Farah berjaya menawan dia dulu... hik hik hik... La la la la...

Kenapa nak tukar kerja? Kenapa tak "stay"? Rakan-rakan dan mereka yang rapat maklum akan perkara ini. Tapi pada yang tertanya-tanya tu kan... Nak bagi jawapan ni... ekekeke... bila satu tawaran yang lebih baik datang kepada kita ataupun mencari kita, adakah kita perlu sia-siakan serta biarkan tawaran itu berlalu dengan begitu sahaja? Tentu tidak kan? Rezeki Farah bersama Pink Panther terhenti setakat ini sebab Farah nak bergerak ke arah yang lebih baik. In Shaa Allah, dengan izin Allah SWT.

Memang Farah pung pang pung pang cerita yang Farah nak berhenti kerja di syarikat sekarang tapi tak pernah menyatakan sebab. Hik hik hik... tetiba entri ni dah jadi macam nak menjelaskan serba sedikit pulak. Wakakaka... Tapi "I is" tak perasan retislah "uolss"... tak ada orang nak kisah pun sebenarnya. Saja mengomel hari-hari cuti ni. Ho ho ho. "Feeling" membebel pulak pagi ni. Rezeki Ash dari Allah SWT. Alhamdulillah. Semoga kehidupan serta ekonomi kami sekeluarga lebih stabil selepas ini. In Shaa Allah. Semuanya demi Ash dan juga demi perkembangan kerjaya sendiri di masa akan datang.

Yeehaaa yang penting... waktu kerja fleksibel dan 5 hari bekerja. Lebih masa dan waktu untuk fokus kepada perkembangan semasa Ash dan juga ruang bersama Ash. Bagi Farah, waktu-waktu usia Ash begini sehingga ke usia yang tertentu adalah amat penting untuk mengikuti perkembangan Ash secara intensif dan rapat. Errr... bagi Farah yer, tak kata atau libatkan sesiapa yang lain.

Gambar atas tu? He he he, hadiah perpisahan pemberian seorang kakak di pejabat yang mana Farah bekerja rapat dengan beliau bila-bila mengaitkan hal ringgit syarikat. ^_*... Dia juga pendengar setia, pendorong, penyokong dan pemberi semangat. Bukan sahaja di kala memerlukan tetapi sepanjang masa.

Walaupun bukan bersama Pink Panther lagi tetapi Farah masih bekerja di bawah jajahan Petaling Jaya. Hew hew hew... tak jauh pun, dekat ajer... Ekekeke... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 2 Hari Lagi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 11, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. Semoga farah lebih sukses ditempat baru nnt..huhu..Best tu dpt cuti lama smp new year..hoho

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...selamat bertugas ditempat baru Farah :)

    ReplyDelete
  3. selamat bertugas di tempat baru lepas ni kak farah :)

    ReplyDelete
  4. Mogadipermudahkn urusan kak farah...

    ReplyDelete
  5. Semoga terus success di tempat kerja baru =)

    ReplyDelete
  6. bertukar ke housewife sepenuh masa? apapun, semoga Ash dan akak serta family sihat dan happy dengan keputusan ni, heiiiiiiiiiiiii...Ash bila nak jumpa acik onie?hahahhaha

    ReplyDelete
  7. tahun baru semangat baru dengan tempat kerja baru ... semoga segalanya berjalan dgn lancar ...

    ReplyDelete
  8. All the best Farah! Moga lebih success di tempat yg baru :D

    ReplyDelete
  9. Semoga ditempat baru nanti farah lebih sukses... :)

    ReplyDelete
  10. All the best.. Pink panther dlm kenangan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia