Home » , , , , , , » Yang Menanti Pada 2015...

Yang Menanti Pada 2015...

Sumber dari Google
Ini betul-betul dalam "mood" nak berceloteh yang entah apa-apa ni... Ha ha ha... Tapi kali ni tak nak jadi nenek tua dah... nak jadi muda balik... Aci tak? 

Beberapa hari jer dah nak masuk bulan Disember 2014... Setahun telah berlalu dengan putaran yang amat pantas... dan dalam setahun pelbagai perkara telah berlaku... Alhamdulillah, dapat juga harung tahun 2014 ni sehingga kini... Syukran Allah SWT atas segala kurniaan, segala nikmat dan juga kepada segala ujian yang diperturunkan... Ha ha ha... awal gila entri tentang penutup tahun 2014 ni kan? Alaaa... tak apalah... Bukan apa... Farah dah mula berfikir-fikir dan merangka-rangka apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dicapai pada tahun 2015 nanti... Sementara masih panas ni, bebellah terus di Bubblynotes. Hik hik hik... 

2015 bakal menyaksikan penstrukturan semula di dalam kerjaya Farah. Selamat tinggal Pink Panther yang mana Farah telah bekerja bersama beliau selama 2 tahun 4 bulan. Selamat datang Mr.R dalam diari kerjaya Farah. In Shaa Allah. Teruja dan tidak sabar untuk memulakan sesuatu yang baru itu dan mempelajari sesuatu yang baru serta merasai pengalaman yang baru. Buat masa sekarang panggil "boss" baru Mr.R dulu, nanti dah mula kerja dengan beliau... baru boleh label sama ada Road Runner ke? Apa ke... Tengoklah nanti kalau-kalau ada nama gelaran yang bersesuaian... 

2015 bermaksud usia Ash akan bertambah lagi setahun pada bulan November 2015... Bakal masuk 2 tahun dah dan bermakna Farah ada tempoh 3 tahun lagi sekurang-kurangnya untuk kumpul duit "playschool" ataupun tadika Ash... Huish apa teruk benar bunyinya? Taklah mana ada, ini dinamakan perancangan... dan memang tiap-tiap bulan Farah pejamkan mata simpan duit untuk Ash... Untuk masa depan Ash jugak... Bersiap sedia dari awal... Walaupun masa tu masih panjang dan Farah akan tetap terus menyimpan untuk Ash, cari rezeki untuk Ash selagi yang terdaya dan termampu walaupun dia dah mula bersekolah kelak... Banyak perkara nak fikir ooo... betul tak? Farah ada sasaran tersendiri tentang berapakah jumlah wang simpanan Ash bila tamatnya 2015 nanti... 

2015 akan menyediakan ruang masa yang lebih sedikit untuk Ash... Jadi tak adalah Ash ada masa sepenuhnya dengan Farah cuma 1 hari setengah sahaja pada hujung minggu. Anak-anak yang sedang membesar ni, perlukan pemantauan dan pemerhatian serta menuntut fokus kita... Sebab apa lebih masa? Kesian tak Farah baru nak merasa hari Sabtu tak bekerja dan cuma bekerja 5 hari seminggu... Yang paling Farah gemar adalah ianya "flexi hours" pada hari bekerja... Masuk awal balik awal, masuk lewat balik lewat... Janji cukup 8 jam... Haaa giteww... Dan semestinya Farah pilih masuk awal kan? 

2015, hutang kereta nak habis!!! Yeay... Makanya duit bayar ansuran kereta tu boleh disimpan dalam akaun simpanan Ash dan juga Farah. Huishhh... tak sabar tunggu hutang kereta habis. Buat masa sekarang ketika entri ini ditaip... belum merancang-rancang dan berfikir-fikir lagi nak tambah hutang... Cukuplah dulu 5 tahun ni bayar ansuran kereta yang kedua ni... Tengok dulu macam mana... Nak rehat dulu dari hutang kereta... Fokus hutang rumah jer... Hew hew hew...

2015, Bubblynotes.Com masih wujud... tapi mungkin ada penstrukturan semula dari segi masa untuk Bubblynotes.Com dan juga waktu untuk aktiviti blog... In Shaa Allah akan cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dengan sebaiknya... dan cuba untuk kekalkan momentum berblog seperti biasa... Amin...

2015, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah SWT dan semoga kualiti ibadah Farah juga meningkat... Duniawi duniawi jugak... Akhirat In Shaa Allah akan juga diseimbangkan dengan lebih baik... Agar hidup terus diberkati Allah SWT, dirahmati dan di bawah lindunganNya...

Ada beberapa perkara yang Farah dah gariskan dan ada beberapa perlaksanaan serta perancangan yang perlu dilakukan... Semuanya sudah semestinya untuk kehidupan yang lebih baik, tenang dan berjaya... mestilah semua orang pun nak macam tu kan? Lagi-lagi bila Ash dah semakin membesar...Masa itu amat berharga, dan masa tidak menunggu kita... selagi ada masa gunakan dengan sebaiknya... Seboleh-bolehnya tak nak hidup di dalam kerugian ye tak?

2015 yang akan mendatang lebih kepada FOKUS dan mencapai "target" di dalam kehidupan... Umur pun dah 32 tahun dan bakal menginjak 33 tahun pada November 2015... Tiada masa untuk memikirkan keseronokkan semata-mata tanpa arah tuju dalam kehidupan ataupun duduk di takuk yang sama sahaja... Seronok tetap seronok tapi semoga Farah lebih fokus di dalam membina kehidupan... Dah tiba masa untuk genggam apa yang Farah nak capai dalam hidup serta kerjaya selama ini... Langkah harus dimulakan dari sekarang untuk Farah dan bukannya menunggu sehingga tiba waktu baru nak terkail-kail yer tak?

Semoga dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.... In Shaa Allah... Amin...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Yang Menanti Pada 2015..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 29, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Moga apa yg sis dah rncgkn akan trlaksana insyallah

    ReplyDelete
  2. semoga segala impian akan tercapai...insya alllah..aminnn

    ReplyDelete
  3. semoga segala perancangan farah dipermudahkan olehNya...aamiin^_^

    ReplyDelete
  4. Smg dipermudahkan sgl perancangan farah insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. may Allah bless kak farah always,i guess 2015 will be so though and hard for me kalau still lagi di takuk yang lama

    ReplyDelete
  6. haippppp kak farahhhh.

    waa dah mula psg azam/plan for 2015 yea.. fae xde specific plan or target huhu. just 1 wish, that i wish for, iaitu supaya 2015 will be a better year than 2014.

    ReplyDelete
  7. perancangan kewangan penting. lagi lagi dalam era semua nak mahal. semoga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  8. Semoga segala perancangan dipermudahkan..Amin

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY