Yang Mana Satu Jadi Pilihan?

Wanita dan seorang pengumpul kasut itu adalah sesuatu yang sangat sinonim. Hew hew hew... Orang perempuan ni kan pengumpul kasut? Suka kumpul kasut? Dan Farah pun sama jugak. Farah jenis yang tak kisah sama ada kasut tu berjenama atau tidak... Janji berbaloi, selesa pakai, cantik pada pandangan mata Farah dan juga tahan lama. Dan bila membeli belah kasut ni, Farah adalah seseorang yang ambil masa agak lama untuk membeli. Kadang-kadang boleh makan masa sehari suntuk bertawaf ke semua-semua kedai kasut semata-mata nak puaskan hati. 

Ada masanya jugak, tak perlu tunggu lama-lama, bila dah jumpa yang menepati kriteria... terus mintak saiz, cuba dan terus bayar. Begitulah seadanya. Macam semalam punya cerita... tak perlu bertawaf... sekejapan sahaja dah berjumpa dan suka. ^_* 



2 pasang "pump shoes" yang memiliki ciri "wedges"... Yang mana satu menjadi pilihan? Ha ha ha, 2-2 pun Farah beli. Sengaja muat naik di Instagram Farah semalam dan nak tengok mana satu yang paling banyak orang suka. Nanti Farah kongsi yer? Agak-agak berapakah harga kedua-dua pasang kasut ini? Harga asal RM 59.99 sepasang kalau Farah tak silap. Tapi disebabkan ada "sales" ... Sepasang harganya jatuh kepada RM 29.95. Murah kan? Dan Farah tak malu pun nak pakai kasut murah "uolss"... Apa yang nak dimalukan? Asalkan pandai memilih pasti nampak mahal kan? Kalau kasut mahal tapi tak reti memilih pun nampak tak kena jugak. Biarkan kalah dalam harga kasut serta jenama tetapi menang memakai giteww kaedahnya. 

Dan jenamanya tidak kurang dikenali jugak... XES Shoes. Jujur Farah katakan, ianya sangat selesa dan rasa macam beruntungnya dapat membeli dengan harga yang berdentum dentam ok? Banyak jugak pilihan dan boleh jadi rambang mata jugak. Ha ha ha. Dan XES Shoes ni juga menyediakan perkhidmatan jualan melalui talian sama ada secara terus dari laman web rasmi mereka ataupun melalui pelbagai platform lain juga seperti Lazada Malaysia. Rakuten pun ada tak silap Farah. 

Kalau berkenan bolehlah cuci-cuci mata yer? Farah jarang membeli kasut secara atas talian. Selalunya beli di kedai. Bukan apa, dah kata cerewet kan? 

Cukuplah tu "self-reward" untuk bulan ini. Asalkan gembira dan bahagia. Giteww... Tinggalnya nak menambah "charm" untuk Pandora sahaja. ^_* wink wink wink...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 20, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

43 comments:

  1. Color peach tu cantik...pandora kurang berminat. Emas yes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak nampak gayanya ramai yang suka warna peach tu... he he he...

      Delete
  2. saya pun suka...
    menang membeli dan menang jugak memakai :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang ramai suka yang kedua tu zai... hu hu hu...

      Delete
  4. satu hari tawaf kira okey lagi tu, saya ni berbulan2 tawaf..tetap tk jumpa yang berkenan di hati...mungkin factor size kaki saya yang kecik kot...huuhu..ada yang berkenan, tk de size pula..:-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang jadi macam tu jugak, berkenan lepas tu tak ada saiz jugak... hu hu hu...

      Delete
  5. Cntik feveret lya ni kasut wedges

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak balancekan badan ek? he he he...

      Delete
  6. Cantik kasut Farah..kita pun suka buat collection tau..dulu suka heels..sekarang bertukar ke wadges..yang penting selesakan...

    ReplyDelete
  7. saya jarang juga beli kasut. beli setahun sekali pun husband cakap 'asik beli kasut' huuhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, setahun sekali tu sangat akan menyeksakan farah siti... dapat bayangkan macam mana...

      Delete
  8. mana erk hahaha.. zaza dh rabun kaler! jgn xtau zaza pun giler kasut.. baru je tadi ckp dgn bdak opismate nk beli kasut kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya kita boleh hang out bersama-sama ni...

      Delete
  9. peach pleaseeee...saiz 4 ok!ehh..kekekee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, #ehhh... saiz 4 dah habislah darl...ekekekeke....

      Delete
  10. alolololo comeynyer kasut uols..mcm nak gigit2 je kasut tu eh kaki tu eh apa2 je lah hahaha

    k.el dulu2 boleh lah nak kumpul kasut
    skrg ni..kasut ntah mana2
    kdg2 pergi ofis pun pakai seliparrrr..percayalahhhhhhhhh hahaha tu yg paling best n selesa ekeke

    hubby sllu ckp k.el ni xpandai jaga kasut..asik hilang je
    tulah ntah mana kasut k.el yg lain2 tu pelik tul
    ada kaki ke kasut tu hahaha

    ntilah esok2 nak borong kedai kasut tgu
    bila aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaa wooo woooo hahah kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiii, cepat dan senang ek uolss? muahahahaha...

      Delete
  11. dua-dua cantik...tpi kuning tu lagi mengancam:):)

    ReplyDelete
  12. cantik la Farah..kaler itam x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaler itam kak? ermm, ada rasanya tapi design lain lah...he he he...

      Delete
  13. like yellow, tetiba suka yellow pulak. hahaha. nice shoes

    ReplyDelete
  14. sama lah kita kak..agak cerewet dalam memilih..tapi tak memilih yg mahai atau murah..asalkan cantik dan selesa.terus rembat..tak payah tunggu lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy boleh pergi shopping dengan za ni... hik hik hik...

      Delete
  15. Jom join GA saya!

    http://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, thanks for dropping by dear...

      Delete
  16. Replies
    1. wahhh onie suka yang pink...ramai suka yang pink jugak onie...

      Delete
  17. Replies
    1. you saw the one in pink yesterday ain't you?

      Delete
  18. memang selesa pakai pump shoes, tak sakit kaki. jenis pump shoes ni selalunya design dia memang comel comel..buat rambang mata je kan

    ReplyDelete
  19. cantiknya kasut tu....selesa nampak.....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY