Tips Berhadapan Dengan Politik Pejabat...

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Adik-adik yang baru mula bekerja, bila pertama kali berhadapan dengan situasi politik pejabat mesti tak dapat kawal perasaan marah atau sedih bila diri sendiri terkena. Ha ha ha, akak taulah, akak dah kerja selama 11 tahun lebih dah... Dan akak-akak dan abang-abang lain yang dah lama bekerja ni dah jadi lali dah dengan situasi ni. Tapi tak dinafikan ada yang memang pandai menangani politik pejabat ni. Walaupun, baru jer bekerja... He he he... 

Politik pejabat ni ada di mana-mana saja, tak kiralah kerja mana pun...tetap akan ada politik pejabat... Mana-mana sama jer...Tak bermaksud bila kita dah tak tahan dengan politik pejabat di sesuatu tempat, kita ambik keputusan untuk meletakkan jawatan dan mencari kerja lain serta mulakan kerja lain di tempat baru. Masalah politik pejabat tu akan lenyap buat selama-lamanya. Dalam mana-mana tempat kerja sama ada secara zahir (kasar) atau secara halus...pasti akan ada politik pejabat. Politik pejabat ni muncul dari orang-orang yang dahagakan perhatian, dahagakan kenaikan pangkat dengan cara yang cepat dan mereka-mereka percaya dengan mengangkat diri sendiri serta menceritakan keburukan orang lain dengan niat menjatuhkan seseorang itu akan mendatangkan faedah kepada mereka. Duhh... apa masalahlah kan orang-orang macam ni? Kot kot yer nak sukses bekerjaya pun tak payahlah nak menyusahkan orang lain. Itu kalau politik pejabat yang menyusahkan orang lain, menyusahkan periuk nasi orang lain. 

Kalau yang tak menyusahkan orang lain tu... hurmm...maaf cakap yer... gadaikan tubuh badan semata-mata nak "boss" sayang dan cepat naik pangkat... #ehhh ini realiti tau, memang ada bukan tak ada dan bukan tak pernah terjadi. Farah tak merujuk kepada siapa-siapa. Tapi ini memang ada berlaku dalam masyarakat hari ini. 

Kalau kita lari bekerja di tempat kerja lain pun macam yang Farah maklumkan tadi, pasti ada politik pejabat. Hu hu hu... Serius tak tipu punya. Dan ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita nak atasi. Apa yang penting gangguan negatif mesti dielakkan sebab takut-takut nanti akan mempengaruhi produktiviti kerja kita.

Menurut artikel di SINI  , 6 PESANAN MESTI DIAMALKAN! 

Jadilah Diri Sendiri Dan Jangan Hipokrit
Kita ni manusia dan kita mungkin tak dapat nak selesaikan masalah politik pejabat 100%, tapi itu tak bermakna kita pun kena terikut-ikut macam diaorang. Kita kena pandai untuk tidak melayan mereka yang bergosip kotor dan menikam orang dari belakang. Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tapi kita kenalah tapis yang mana baik dan yang mana buruk.

Elakkan Perselisihan Faham
Cubalah cuba ek untuk elakkan perselisihan faham berbentuk konfrontasi secara langsung yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Jika kita tersilap langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri kita tambahan pulak ada yang ada "kabel besar" dengan "boss". Kalau ada yang cuba balas dendam atau sebagainya, cuba-cubalah dapatkan bantuan pihak yang kita benar-benar percaya.

Menangani Musuh Dengan Baik
Kalau tak ada musuh jangan cari musuh! Ada pepatah menyatakan, "hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu diri anda sendiri" atau "musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita". Kenali siapa yang menjadi musuh kita dan mereka yang berpotensi membenci kita. Mereka ini adalah orang yang tidak suka kita berjaya ok? Misalnya naik pangkat. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat kita? Soalan ni kita kena jawab sendiri, orang lain tak boleh tolong jawabkan. Kita juga perlu mengkaji kelemahan musuh kita dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng kita.

Perlu Tabahkan Hati
Terus terang, kita mesti tak senang hati kalau asyik dikhianati tetapi kita harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu. Sememangnya, mereka yang terlibat dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita. Jadi jangan biarkan mereka menang. Berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti hati kita tu.

Anggap Politik Pejabat Adalah Sesuatu Yang Normal
Jangan nak kusut-kusutkan dan semak-semakkan otak sangat ok dengan masalah birokrasi, gosip liar dan sebagainya. Mereka yang terlibat dengan politik pejabat ni sebenarnya manusia biasa jugak. Mungkinlah mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana pejabat tak mesra. Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain, bodek membodek dan ada kumpulan sendiri adalah satu perkara yang normal dalam pejabat cuma kita kena pandai atasilah. Pastikan kita sendiri tak gunakan politik pejabat sebagai alasan untuk menutupi kekurangan diri. Terlibat ataupun tak, kita patut tau cara untuk mengatasi masalah politik pejabat. Pilihan ada kat tangan kita sebenarnya.

Berjumpa Pihak Pengurusan
Hati mau kental, hati mau berani. Berani kerana benar giteww. Pilihan ni sebenarnya ada beberapa keterbatasan terutama kalau rakan kerja yang terlibat mendapat sokongan ketuanya. Jika kita ada bukti yang kita dah dianiaya, jangan keberatan jumpa pihak pengurusan. Lindung dan jelaskan untuk diri sendiri.

Gitewwlah... tapi ada sesetengah situasi memang politik pejabatnya dah teruk sangat...Dah tak dapat dikawal dah sampai boleh mengganggu gugat periuk nasi sendiri...Yang tu, sila fikir masak-masak...Kalau perlu beralih mencari rezeki di tempat lain...bawak-bawaklah cari kerja giteww kaedahnya... Kadang-kadang sesetengah orang bukan suka-suka bertukar kerja, tapi ada beberapa perkara dan sebab yang tak dapat dielakkan kan? 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju sgt dgn entry ni...mmg bertabah je dulu hadap dgn politik di office ni..

    Kalo byk sgt pikir kang lg stress tambah sakit kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue, kalau fikir banyak-banyak sangat boleh sakit kepala... so baik jangan seksa diri sendiri kan?

      Delete
  2. Yang penting jadi diri sendiri... bertolak ansur... hormat menghormati...

    ReplyDelete
  3. setuju..masa kerja dulu macam ni la..banyak yang kita nak kena hadap..sekarang dah tak kerja rasa lapang dada..hehehe

    ReplyDelete
  4. Bekerja lah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t ...

    ReplyDelete
  5. memang tak best bila ade politik2 ni bagai..

    ReplyDelete
  6. masa kerja zaman bebudak umur 19 dulu, menghadap jugak politik pejabat ni.... orang lain skandal dengan bos pun kita buat pekak telinga je.... tapi dah ada pengalaman, cuma sekarang ni je terbatas tak boleh keje sebab treatment...

    huwaaaa rindunya nak hadap semua perkara2 ni...

    ReplyDelete
  7. good info sharing sis...memang betul kat mana2 je ada politik pejabat ni..menyampah nak layan...yang penting kita kena kuatkan diri supaya jgn di layan sangat..

    ReplyDelete
  8. Thanks yer Farah, kongsikan tips ini...

    ReplyDelete
  9. mana mana pun memang ada politik pejabat..so kena pandai sesuaikan diri dan jadilah diri sendiri :)

    ReplyDelete
  10. takut jugak but well kena jugak face this politic pejabat ugh figjtingggggg!!!

    ReplyDelete
  11. Hati kena kuat, Berani kerana benar, Percaya pada Tuhan. :d

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !