Terkejar-Kejar Menyeimbangkan Masa Antara Kerja Dan Kehidupan Peribadi? | 5 Tips Buat Ibu Bapa

Farah Waheda Wahid
23

Mummy-lah ratu dalam kehidupan Ash... Ahaksss... Perasan Mummy kan Ash cakap macam tu... La la la la la... Haruslah mak nak jadi permaisuri hati anak sebelum anak bertemu dengan permaisuri hidup. Huishhh jauh sangat pemikirannya tu kan? Tidur jaga tunggang terbalik makan minum semua Mummy nak kena pastikan... Adatlah tu bila beranak ni kan? Dah namanya anugerah Allah SWT perlulah diberikan perhatian, dibelai, diberi didikan dunia serta akhirat dan dimanja begitu. Rumah tangga pun nak kena uruskan, suami tetap kena jaga... nama pun isteri... tanggungjawab isteri, tanggungjawab ibu... begitulah wanita-wanita di alaf ini. Kerja, cari rezeki pun nak kena fokus dan beri perhatian. Senario biasa dan tak ada apa yang nak dihairankan bila bergelar isteri dan ibu ni. Memang jadi wanita ni banyak yang perlu dilakukan, banyak yang perlu diberi perhatian, banyak yang perlu diselesaikan. Hurmm... hebat tak hebat wanita? 

Tak kira sama ada bekerja atau tidak... berkerjaya atau tidak... wanita ni tetap banyak tugas. Ada sahaja yang perlu diselesaikan. Nak nak lagi ibu-ibu yang bekerja... kadang-kadang boleh nampak jelas yang seseorang ibu itu sangat tak cukup kaki tangan untuk seimbangkan antara waktu kerja dan kehidupan peribadi. Kerja di pejabat itu dah satu hal. Dengan sibuknya, dengan letihnya bila balik ke rumah. Masa bersama keluarga pun dititikberatkan jugak. Sampaikan jadinya... ibu itu sendiri tak ada masa untuk diri sendiri pun... ha ha ha... betul tak? 

Dengan kehadiran Ash, jadual hidup Farah telah banyak yang berubah. Tapi bukanlah Farah merungut. Tidak sesekali ok? Seronok lagi ada walaupun diri sendiri tak cukup rehat giteww... Semua-semua tu tolak belakang. Yang penting tanggungjawab dipenuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Dan tidak dinafikan bila mengaitkan antara kerja dan kehidupan peribadi ni, ada antara ibu-ibu yamg rasa sangat sukar untuk diseimbangkan... Ada tak? Ada tak yang merasa begini? Ho ho ho... 

Pada mereka-mereka yang mengalami atau melalui serta merasa situasi begini ada caranya yang Farah fikirkan mungkin boleh digunapakai untuk menjalankan tugas sebagai ibu walaupun kita ini kesibukkan waktu...Jom kita baca sama-sama...

Tumpukan Perhatian Kepada Anak, Dengar!
Fokus dan dengar apa yang anak ingin perkatakan setiap kali mereka ingin berbual ketika berada di rumah. Mungkin ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan atau bualkan. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai walaupun ibu mereka sibuk bekerja di siang hari dan sibuk menyelesaikan urusan rumahtangga yang lain bila berada di rumah. Secara psikologinya, sesibuk mana pun ibu mereka... masih ada masa untuk mendengar serta memberikan perhatian kepada mereka.

Luangkan 1 Hari Eksklusif Hanya Untuk Keluarga
Senang cerita hujung minggulah kan? Sewaktu hari kita bercuti dan tidak bekerja. Khaskan hari ini untuk keluarga. Luangkan masa dan lakukan aktiviti bersama-sama keluarga. Lupakan tugasan di pejabat dan beri kelonggaran pada diri sendiri untuk "kurangkan" tugas-tugas lain ataupun aktiviti-aktiviti lain. 1 hari itu adalah tidak boleh diganggu kecuali kes-kes yang tidak terjangka. Ini dapat mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan.

Pamerkan Sikap dan Kelakuan Yang Kita Inginkan Anak Ikut
Orang kata kepimpinan melalui tauladan. Sebenarnya dalam kesibukkam kita dalam menguruskan kerja sehari-hari kita boleh menyelam sambil minum air jika kena dengan caranya. Tunjukkan dan terangkan kepada anak tentang konsistensi dan pengurusan hidup. Anak-anak sentiasa memperhatikan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan tak mustahil akan menjadi ikutan. Moga-moga yang baik itu menjadi ikutan kepada anak-anak.

Tekankan Tentang Kepentingan Kesetiaan, Keluarga Adalah Ikatan Yang Tidak Akan Terputus
Bagaimana pentingnya kerja kitapun, ikatan kekeluargaan adalah tetap penting kepada kita. Didik dan beritahu anak, walau apa pun yang terjadi, kita sentiasa ada di situ untuk mereka. Contoh, kita membawa balik kerja pejabat di rumah dan sibuk menyiapkan kerja, ataupun sibuk blog kan? Anak lapar, berhenti seketika dan beri mereka makan. Contoh paling mudah.

Aktiviti Untuk Anak
Ini lebih bersesuaian jika anak bersekolah dah. Waktu kita bekerja, kita isikan masa anak dengan aktiviti di sekolah ataupun "study group" ataupun kelas tambahan. Jadi hari mereka dipenuhi dan mereka akan kurang rasa kekosongan serta dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Sekadar cadangan serta pandangan Farah. Boleh tambah sekiranya ada cadangan atau pernah melakukan perkara-perkara lain! ^_* 

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul Farah, ibu-ibu boleh ambil panduan ni :)

    ReplyDelete
  2. Good info ni sis, krkdg kita sukar nak bagi2 masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada masanya agak sukar kita nak bahagikan masa... sebab semuanya penting dan memerlukan kita..

      Delete
  3. X digalakkan keja office bw balik umah...kt umah masa dgn keluarga.

    Sok kalo kita sakit fmly yg jg kita, bkn bos @ company will take care us.

    Just my 2cents ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is true oso sue, but sometimes it's the commitment...hew hew hew...

      Delete
  4. Kan...dan anak anak akan cari mummy gak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pusing kot mana pun tetap mummy yang dicari...

      Delete
  5. untung lah..ade anak2 penyeri hidup...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anugerah Allah yang tidak terhingga...

      Delete
  6. Anda di tag DI SINI. Jom terjah ^_*
    Hi ash comel n mummy gojes!

    ReplyDelete
  7. yeah good sharing dear.. yup, bila kita dah ada anak ni mmg kt kena sntiasa bahagikan masa untuk anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun kita kena adakan masa untuk anak kan kak alycia?

      Delete
  8. Apaglamz dari http://www.papaglamz.com/?m=1suka tang study activiti utk anak. Blh wat home schooling bersama2. Mnambah ikatan kkluargaan.

    ReplyDelete
  9. Info yg bagus kak.. mmg klu kja kelam kabut sikit..huhu

    ReplyDelete
  10. betul lebih baik bersyukur dari merungutkan, goodsharing farah.

    ReplyDelete
  11. walau sesibuk mana punn, family first :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !