Home » , , , , , , , » Tayangan Perdana Seludup di TGV One Utama!!!

Tayangan Perdana Seludup di TGV One Utama!!!


Hari kejadian sebenarnya pada hari Khamis lepas iaitu bersamaan dengan 20 November 2014, pada jam 2.30 petang, sepertimana yang dinyatakan di dalam tajuk entri berlokasi di TGV One Utama... Hew hew hew...Tapi baru hari ni Farah berkesempatan nak tarik nafas dalam-dalam dan duduk menghadap menaip entri tentang ini... Ekekekeke... Ya ampunnn... Lama gila tertangguh nak kongsi cerita dengan semua orang... Hurmm...Al-maklumlah semenjak dua menjak dah hantar notis berhenti kerja ni, makin hari makin banyak dan melambak pulak kerja yang datang "uolss"... Hussaa Hussaa Hussaa.... Tarik nafas hembus nafas, tarik nafas hembus nafas... Ha ha ha, tau takut nanti tak ada orang lain lagi nak buat... Satu persatu dari kami melangkahkan kaki kami meninggalkan tempat itu... #ehhh termelalut pulak cerita ke kerja pulak yer? Ok sambung sambung... 

Kalau-kalau ada yang masih ingat atau ada yang pernah terbaca, atau tak pernah lagi baca...boleh rujuk entri-entri Farah berkenaan dengan drama bersiri SELUDUP ni di #SELUDUP... DRAMA BERSIRI TERBARU DI ASTRO MALAYSIA!!! dan 2 BAKAT BARU PEMENANG PERADUAN #masukdramaseludup DIUMUMKAN!!! 

Pertama kali Farah telah menghadiri majlis sidang media SELUDUP pada 25 Jun 2014 dan kali kedua pula adalah pada waktu tayangan perdana...
 
Inilah dia barisan pelakon-pelakon utama drama bersiri SELUDUP yang ditunjangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya, Jehan Miskin (yang juga merupakan pengarah drama bersiri ini) dan Syafie Naswip.  Dan seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam entri yang terdahulu, drama bersiri ini membawakan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga menarik dengan garapan kisah cinta antara watak 2 pelakon utamanya, Pekin dan Tiz. 

Sinopsis tentang drama bersiri ni, Farah pernah kongsikan di dalam entri yang terdahulu dan bolehlah kalau-kalau sesiapa yang ada sifat ingin tahu tu, rujuk kembali pautan yang Farah sediakan... he he he...takkan nak cerita berulang-ulang pulak ye tak? Nanti kata Farah asyik cerita berulang-ulang jer... 

Tapi sebelum tu... mari kita layan gambar-gambar yang ada... biasalah...ke mana-mana pasti ada gambar kan? Kalau tak ada gambar tak sah... 

Inilah kami barisan para blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari antara yang hadir pada hari tayangan perdana tersebut... Dan mereka-mereka ini tak perlu diperkenalkan lagi sebab "uolss" semua pasti kenal kan? Hik hik hik...Kalau ada yang tak kenal dan nak kenal sila bertanya yer? Nanti Farah kenalkan... Manalah tau kot-kot ada yang tak berapa nak cam atau kenal. Kadang-kadang kita ni serumpun di bawah naungan gelaran blogger, ada berselisih bahu di majlis-majlis yang melibatkan blogger tapi tak terperasan...Macam tulah kaedahnya...Kita ni manusia tak pernah lari dari kekhilafan kan? Tak ada yang sempurna seratus peratus...mesti ada kekurangan di sana sini sinun. Errr...oklah oklah... Ben Ashaari, FatinBella, Qaseh Dalia, Sue Izza, Sue Sopian, Abah Lan Careno, Daus Redscarz, Ujang (adik Pekin ni)...Aci kan? Ada lagi yang tak ada dalam gambar ni... Hew hew hew... Nanti kita kongsi lagi yer?

Inilah gelagat kami di dalam panggung sementara menunggu waktu majlis bermula... kami ni memang macam ni...sambil kunyah "popcorn" dan minum air, sambil ber-"selfie"...Biasalah pantang nampak kamera kan?

Ha tu dia, yang tak ada tu dah ada bila selesai tayangan perdana ni... He he he... Yan Ty, Fiza Fantagiro, Ruby... Ruby sebenarnya memang ada, tapi dia sibuk, masa ni berjalan beramai-ramai menuju ke kereta Ruby sebab Ruby nak bagi hadiah kat kitaorang....Ahaksss... Hadiah sangattt tau... Itu nanti cerita lain pulak...In Shaa Allah... 

Ok dah habis cerita bersuka ria, ni nak bagi komen dan pendapat pulak ni...Hew hew hew... Setelah menonton tayangan perdana SELUDUP episod 1 dan 2, tiba-tiba jadi macam tak puas pulak rasa hati sebab dapat tengok 2 episod jer...Bha ha ha...Kalau boleh nak sambung lagi tengok... Penataan cahaya, sutradara dan gambar memang meletopss dan cantik... Farah boleh bagi 5 bintang untuk yang ini... dah boleh buat filem dah Jehan Miskin ni...(bagi komen macam ada ilmu dalam bidang perfileman ajer kan?)... Jalan cerita, menarik! Sebab lepas tonton episod pertama dan kedua... Farah rasa tertanya-tanya apa jadi lepas tu serta rasa tak sabar nak tengok sambungan... Tapii, kalau nak tonton kenalah tunggu ianya ditayangkan nanti...

Nasib baik tak lama jer lagi, 4 Disember 2014... Drama bersiri SELUDUP ini telah dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014. Dan untuk tayangan perdanan ni Farah beri 4 bintang dari 5 bintang. Wahhh, kemain kann? Dah macam ulas filem pulak... Hik hik hik...Tapi sungguhlah... Tak tipu punya... 

Untuk maklumat lanjut dan "scene" menarik sedutan dari drama bersiri SELUDUP ni... bolehlah melawat-lawat ke...

FB Seludup:

Instagram: 
 
*Ada lagi cerita tau...tapi gambar belum siap lagi "watermark"...Ha ha ha..boleh? Tapi ini bukan cerita hiburan lagi...cerita tentang sesi memanjakan diri pulak...Nantikan di Bubblynotes.Com ok? Daaa.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tayangan Perdana Seludup di TGV One Utama!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. wah syoknya dapat pergi ^_^ Pasti ceritanya menarik

    ReplyDelete
  2. Tak sabar menunggu tarikh tayangan di Astro Prima.

    ReplyDelete
  3. Tapi tajuk nya macam tak menarik-narik kita untuk tengok....ekekekke

    ReplyDelete
  4. wahh bg 4bitng..menarik ke movie tu..huhu
    beshnye tgok reramai kan ^_^

    ReplyDelete
  5. syiok arr syiokk arr.... tengok pelakon pun dah tak sabar nak tengok :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia