Home » , , , , , , , » Sibuk Mengemas Ni Sebenarnya...

Sibuk Mengemas Ni Sebenarnya...

Berpeluh-peluh mengemas barang ni cepat-cepat tau tak? Ha ha ha...Sementara Pink Panther ada kat Singapore ni eloklah ambik peluang mengemas...kalau tidak tak tau entah bila lagi akan sempat mengemas sebabnya, semakin dah dekat tempoh tamat perkhidmatan Farah di sini semakin banyak kerja yang dilambakkan...Ha ha ha... gelabah lettew... sebab lepas ni tak ada siapa nak manjakan dia, nak jaga itu ini, nak buat itu ini untuk dia...makanya, belasah siap-siap sebelum Farah hilang... Ha ha ha... Banyak benda pulak sejak akhir-akhir ni, tu sebab Farah jarang-jarang muncul sana sini kebelakangan ni... Hu hu hu... #ehh manjakan tu bukan bermaksud skandal yer "uolss"...jaga-jaga sikit pemikiran tu...haippp babap karang... manjakan tu bermaksud yang nak melayan dia tolong "scan", tolong fotostat, tolong "print", tolong buat kopi buat teh... tolong layan "tantrum" dia... 
 
Cukup-cukuplah tu untuk 2 tahun 5 bulan ni... dah tiba masa untuk Farah melangkah demi masa depan Ash... ekekekeke... Ayat tak menghingat... Biarlah orang lain pulak yang ambil alih tempat Farah tu... tapiii...sebenarnya Pink Panther belum ada lagi punnn pengganti Farah... Tak taulah bila dapat pengganti tu... Harap-harap dia dapatlah pengganti yang bersesuaian dengan dia dan boleh ada "chemistry" dengan dia supaya senang berkerja dengan dia...Bha ha ha... 
 
Hari terakhir Farah di pejabat sekarang ni adalah pada 12 Disember 2014. Tapi ada permintaan untuk Farah datang kembali pada 15 Disember 2014, cuma sehari tu jer lah...untuk latih seseorang. Bukan ganti tempat Farah... tempat orang lain... Ha ha ha...Kan Farah dah cakap tadi, pengganti Farah tak dapat lagi... Farah pun nak sibuk tau ok siapa yang ganti Farah dan nak jugak tau sama ada yang ganti Farah tu boleh tahan dengan Pink Panther ataupun tak... La la la la... 12 Disember 2014 tu mungkin orang lain akan kata ada masa lagi nak kemas barang-barang kan? Tapiiii... 12 Disember 2014 tu sekejap jer...Tau tau dah tiba hari... He he he... 
 
Sedih ker nak tinggalkan Pink Panther? Sedih ke nak tinggalkan pejabat sekarang ni? Nak jawapan jujur ke jawapan plastik? Jawapan jujur... GEMBIRA!!! Jawapan plastik... SEDIH JUGAKLAH... Tapi jangan salah anggap Farah berhenti ni sebab ada masalah disiplin atau masalah teruk-teruk kat pejabat... Amboiii... tak diva lah macam tu... (#ehhh diva ke?ha ha ha).... Tak pernah ada dalam rekod atau sejarah lagi tau tak? Bukan nak riak nak bangga dan nak kata Farah bagus ke apa ke...Tapi memang betul... Ianya lebih kepada bersifat peribadi... Untuk Ash... Ha...cukup jerlah pembayangnya untuk Ash... Alhamdulillah, rezeki yang datang ni adalah satu nikmat dan kurniaan dari Allah SWT... Syukran Allah... Rasanya sehingga buat waktu sekarang ni... hati dah nekad dan tetap untuk bersara di tempat baru ni... Ha ha ha... Buat masa ni yer? 
 
Bila fikir-fikir balik...boleh tahan jugak "market" lagi ni...Ha ha ha... Siapa kata wanita yang dah berusia 30 tahun ke atas, berkahwin dan ada anak tak ada "market" bila nak mohon kerja? Pernah mengomel dalam entri When You're Really Good & Excellent sedikit tentang perkara ni... Sebenarnya status tu tak menentukan rezeki yer "uolss"... Rezeki Allah yang bagi...dan rezeki ada di mana-mana... Kena yakin pada Allah, mohon pada Allah dan berusaha sebaik mungkin... Boleh jer siapa-siapa yang dah rasa umur dah masuk ke "3 series" tu kalau nak cuba mohon kerja lain... He he he... Tapi jujurnya  kalau tanya, ada kebenarannya kadang-kadang tu malas nak mencari, malas nak tukar-tukar kerja dan malas nak pergi temuduga kan? Sebab dah rasa selesa dengan keadaan sekarang... Alaaa... tak ada paksaan pun nak tukar kerja ni...Kalau rasa perlu untuk tukar, sila tukar...kalau rasa tak perlu...duduk jer situ diam-diam...
 
Mulanya Farah ingat nak pencen dengan Pink Panther, tapi lepas tu rasa tak leh gi ni...Sebab tak bersesuaian pulak rasanya dengan adanya Ash... Ash pun nak kena fokus jugak...Makanya, kita mencari jalan keluar dan alternatif semata-mata demi Ash... Alhamdulillah bertemu juga akhirnya dan dipermudahkan oleh Allah SWT dan semoga terus dirahmati, diberkati dan dipermudahkan... 
 
Errr...tiba-tiba rasa jauh pulak melalut membebel... ha ha ha...ceritanya cuma Farah sibuk mengemas!!! Dah tak sabar dah ni nak jadi blogger sepenuh masa sementara ni... #ehhh...ha ha ha... 2 minggu jer jadi blogger sepenuh masa sementara mula kerja baru awal Januari 2015... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sibuk Mengemas Ni Sebenarnya... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. Msh mnjdi teka teki kat mna lps ni sis keja, msti kerja idaman ni kan..moga sntiasa murah rezki buat sis dan ash sekluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he, teka teki teka tekuk... Akak memang tak disclose akak kerja di mana... Tapi In Shaa Allah, kalau tak ada aral melintang... nak tau PM akak di FB...hik hik hik... Alhamdulillah, thank you for the doa Lya... In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...

      Delete
  2. Setuju. Rezeki semua Allah yang tentukan.. yang penting kita usaha kan.. dan berdoa..

    ReplyDelete
  3. sampai sekrg masih berkira kira nak tukar kerja lain.. adehh.. nak pegi interview tu satu hal.. neway.. good luck farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, farah pun ada perasaan tu jugak masa mula-mula tapi bila fikir-fikirkan balik why not... so cuba jaya...thank you dear...

      Delete
  4. betul tue allah yang tentukan rezeki

    ReplyDelete
  5. all the best untuk kerjaya yang baru..:D

    ReplyDelete
  6. kann..rezeki allah nak bagi dekat mana mana je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nani, rezeki Allah nak bagi ada kat mana-mana saja...

      Delete
  7. Alhamdulillah dimurahkan rezeki farah. Tumpang happy ats kejayaan farah dan berani keluar dr comfort zone.

    ReplyDelete
  8. heheheh...
    blogger sepenuh masa nie...
    kantoi dah...
    semoga akak terus suksess...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk mana ada sepenuh masa shark..belum lagi, tak stabil lagi, ado ado jer... ha ha ha... tapi apa pun thanks for the doa... mana tau betul-betul one day memang blogger sepenuh masa kan?

      Delete
  9. Ooo dapat keje baru ye. Alorrr cite la kat akk dpt keje mana. Nanti pm ye. Anyway gud luck tau for the new job

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY