"Separation Anxiety" Di Kalangan Ibu-Ibu...

Farah Waheda Wahid
9

Cuba cerita sikit, mak mana yang tak pernah rasa "separation anxiety" ni? Melainkan mak tu memang duduk di rumah sepanjang masa ataupun bekerja dari rumahlah kan? Itu kes terkecuali. Tapi ini isu bagi ibu-ibu yang bekerja. Lebih-lebih lagi bila kena kembali bertugas setelah tamat tempoh berpantang. Setiap ibu tak kira anak pertama ke, kedua ke, ketiga ke, keempat ke... pasti ada perasaan ni. Cuma mungkin pada yang baru bergelar ibu tu impaknya lebih besar kot? Ho ho ho, al-maklumlah baru rasa pengalaman menjadi mak kata ko. Alaaa... Farah sendiri pun macam tu jugak. 

Apa dia "separation anxiety" ni? Huh, macam mana nak terangkan supaya ringkas ek? Ha ha ha... Perasaan berat hati dan bercampur baur bila terpaksa tinggalkan anak untuk beberapa ketika dengan orang lain, lepas tu tak tenang jer... asyik teringat anak jer... biarpun kalau anak tu mak sendiri atau ahli keluarga sendiri yang jaga sementara ketiadaan kita. Bila jam pukul 5 petang ke, 5.30 petang atau pukul 6 petang... gegas jer nak balik, tak fikir apa dah... ha ha ha... Farah lettew... 

Macam mana nak atasi "separation anxiety" ni? 

Ucap Selamat Tinggal Sekali Jer...
Sebenarnya Farah lagi suka kalau Farah nak pergi kerja Ash masih tidur lena daripada dia terjaga. Hu hu hu... Sebab kalau Ash terjaga, nak nak lagi sekarang, dia dah pandai nak mengikut... ikut "mood" dia. Lagi sayu bila dia melambai-lambai tangan dengan muka sedih. Tu yang jadi 2 3 kali cium tu. Kadang-kadang dah undur kereta nak keluar dari pagar, boleh tarik "hand brake" dan keluar dari kereta untuk cium Ash sekali lagi tu. Ha ha ha... pas tu poyo... mata Farah bergenang-genang air mata. Pergi kerja jer pun bukan pergi mana-mana kan? Sebenarnya, ucap selamat tinggal sekali jer. Bawak-bawak berhenti buat kerja 2 3 kali ni ek? Lagi lama ulang alik ucap selamat tinggal, akan buatkan diri sendiri sedih jer... dan secara tak langsung kita sampaikan mesej kepada anak-anak kita nak tinggalkan mereka sekejap. Hati kena keras dan kental. Sekali jer cukup, ingatkan diri sekali jer cukup. Langkah pertama yang sihat dalam menangani "separation anxiety".

Sibukkan Diri
Bila kita langkah jer kaki untuk keluar dari rumah, yakinkan perasaan yang anak kita selamat, dijaga oleh orang yang berkebolehan, fokus pada kerja-kerja yang perlu diselesaikan di pejabat. Sibukkan diri dan menjadi produktif itu akan membuatkan kita lupa tentang "separation anxiety" kita tu. Yup, betul... Farah rasa tu. Tengok gambar anak setiap 5 minit takkan membantu kita untuk hilangkan "separation anxiety" tu. Sebaliknya, fikirkan tentang kita cari rezeki untuk anak. Fokus dan letakkan diri kita di pejabat. Bila di pejabat... kerja diutamakan, tapi selepas waktu pejabat ianya adalah milik anak kita, keluarga kita, kehidupan kita.

Telefon Sekali Jer 
Kalau tak telefon tak bolehlah pulak kan? Perkhabaran anak tetap nak kena tau dan tetap nak kena pantau! Bila waktu makan tengah hari jer fikiran mesti melayang-layang teringatkan anak kan? Telefonlah... Tak salah pun...Dan elok pun telefon nak tau perkembangan anak... Masa kerja kita kerja... Waktu rehat kita telefon tanya khabar anak... Positifkan diri yang anak kita dok lena jer tidur kat rumah dan seronok jer bermain... 

Buang Rasa Bersalah
Buang rasa bersalah dalam diri tu sebab terpaksa tinggalkan anak... Terus ingatkan diri kita apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk anak kita, keluarga kita dan diri kita. Kita bukan suka-suka tinggalkan anak, tetapi kita cari rezeki untuk kehidupan keluarga. Bawak-bawak berhenti fikirkan masa yang terlalu sedikit kita habiskan dengan anak-anak di hari bekerja. Bila dah tolak waktu tidur anak. Kalau tak selagi tu rasa tak sedao hati, rasa sedih, rasa bersalah. Positifkan diri hujung minggu kita akan fokus sepenuhnya pada anak dan rumahtangga. Dan waktu yang singkat selepas kerja tu pun, kita fokuskan sepenuhnya pada anak dan rumah tangga. 

Perasaan-perasaan macam ni orang kata bukan senang nak hapuskan. Tapi dengan gaya hidup masa kini, bukan kita sengaja tinggalkan anak ataupun kejam memperlakukan anak macam tu. Kita bukanlah ibu-ibu yang kejam sehingga sanggup meninggalkan anak seketika dengan orang lain. Jangan ada pulak yang terlintas macam tu. Fikir positif dan ingatkan diri kita tentang nawaitu kita keluar bekerja. Tinggalkan anak dengan orang lain untuk tujuan kerja tak menjadikan kita buta hati ok? Makanya, jangan rasa teruk sangat...  Atasi segala perasaan bercampur baur itu... 

Hati kena kental, hati kena tegar... baru boleh atasi "separation anxiety" ni... ^_*

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kak farah ni sama macam mama sha... dia selalu akan cium anak 2-3 kali, peluk sebanyak mungkin sebelum pergi kerja.. kita anak2 dah besar pun dia buat camtu jugak... inikan Ash yang kicikkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang cuba sekali jer cium dan say goodbye tu...hik hik hik...

      Delete
  2. susah farah ...tambah anak kecil lagi. Tengok muka sayu diaorg pun air mata kita dah menitik huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati mau kental dan keraslah dear...kalau tak satu kerja pun tak jadi...hua hua hua... tapi memang I is tak nafikan...

      Delete
  3. Masa nk tinggalkn ank dkt nurseri bg pd cikgu terus masuk kereta. Dgr ank menangis nk ikut g keje tu sgt sayu...bila time habis office hour cpt2 nk g amik ank...tp kene hadap jem pulop.

    ReplyDelete
  4. rasanya bukan ibu saja ada perasaan ini, malah sekarang abah pun ada perasaan macam ni, tapi abah lebih rileks sikit dan tawakkal.
    Ada masa buat spot check mengejut

    ReplyDelete
  5. Wlpon jaga sendiri, daddy dia hari2 check anak. Ha ha ha..bini sendiri kot jaga...hari2 pesan jaga anak baik-baik..irrayyan.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !