Home » , , , , , » Rutin Senaman 10 Minit Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk!!!

Rutin Senaman 10 Minit Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk!!!

Huh, tak dinafikan bersenam itu penting! Tapi biasalah bila dah mak-mak ni, masa tu terhad dan kadang-kadang walau masa tu ada, kita terpaksa dahulukan suami dan juga anak-anak...tugasan rumah segala bagai... yang mana penting dulu katanya...Hik hik hik...Sebenarnya, kalau nak diikut-ikutkan kejar anak berlarian sana sini sinun, mengengsot sana sini sinun tu bukannya senaman ok? Muahahahaha... 

Dan... jeng jeng jeng... Farah terjumpa sesuatu yang menarik di SINI dan nak kongsikan dengan semua mak-mak...Yang memikirkan mereka tak ada masa untuk senaman... dan katanya dijamin dapat memenuhi jadual hidup kita sebagai mak-mak. Cuma pusing-pusingkan rutin ni selama 10 minit 3 kali seminggu dan dikatakan kita akan rasa lebih kuat dan lebih ramping dalam beberapa minggu.

"CHAIR DIPS"
Sumber dari SINI
Gunakan kerusi yang kuat dan stabil yer. Lepas tu letakkan diri di posisi seperti yang dilihat di dalam gambar di atas... dan naik turunkan badan dengan menggunakan daya pinggul serta pastikan sikut dalam kedudukan 90 darjah yer? Naik turun naik turun...lakukan selama 10 sehingga 12 kali.

"CHAIR SQUATS"
Sumber dari SINI
Berdiri di hadapan kerusi, kaki dan peha dijarakkan. Gerakkan posisi dada sedikit ke hadapan. Bengkokkan lutut dan gerakkan naik turun, jangan duduk! Lakukan selama 10 sehingga 12 kali.

"BUTTERFLY ABS"

Sumber dari SINI
Ya ampunnn...bukan bertujuan nak melucah ataupun nak kurangkan pahala sesiapa, tetapi inilah cadangannya...Anggapkan ini sebagai ilmu lah yer? Baring dan letakkan kedudukan kaki seperti gambar. Relaks. Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dengan siku ke luar. Dan bangun baring bangun baring. Lakukan selama 10 hingga 12 kali.

"OBLIQUE CRUNCHES"

Sumber dari SINI
Masih dalam posisi berbaring tetapi dengan kaki disilangkan ke arah bertentangan. Tengok gambar betul-betul yer. He he he... Lepas tu naik turun naik turun... Lakukan 10 sehingga 12 kali. Lepas tu dah siap sebelah, tukar sebelah lagi.

"MODIFIED PUSH-UPS"

Sumber dari SINI
Ni biasalah kan? Faham kan tengok gambar ni... Lakukan 10 hingga 12 kali.

Sumber dari SINI
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dengan posisi begitu, naik turun naik turun. Lakukan sebanyak 10 hingga 12 kali.

"STEPS - UPS"

Sumber dari SINI
Pakai "dumb-bell" lepas tu buatlah seperti pergerakkan yang disyorkan sebanyak 12 kali. 

Macam mana ibu-ibu? Agaknya terbuat ke? Ha ha ha... Sebenarnya soalan tu tanya pada diri sendiri jugak...la la la la... buat sebelum tidur ok tak agak-agak? Ha ha ha...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rutin Senaman 10 Minit Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 14, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Great sharing farah. InsyaAllah nk paksa diri utk buat..

    ReplyDelete
  2. butterfly abs tu mmg klau rajin buat, muscle perut..try2..jgn xtry.. ^^

    ReplyDelete
  3. oke jugak nie.. hihi... thanx sharing kak farah :)

    ReplyDelete
  4. Cocok neh buat my wife and all women hehe...

    ReplyDelete
  5. Hehe... Hari2 bersenam... Pnjat tangga... Pinggang memg hari kena resling dengn anak2hehe

    ReplyDelete
  6. untuk yang belumjadi mak pun ok kan..hehee

    ReplyDelete
  7. Yg baring tu bole la sblom tido...tapi yang lain tu, kne fikir dulu masa yg seswai...hihi

    ReplyDelete
  8. TQ share Farah...tp mmg betul okje pun sama pendapat ngan Farah posisi tu mcm melucah yer haha....tp mak kan ok jer....dah namanya senaman kan layannnnn

    ReplyDelete
  9. Aduhai...dah lama tak buat senaman nie

    ReplyDelete
  10. mom in law sha selalu buat senaman ni.. hihi... umur nak masuk 50 dah :)

    ReplyDelete
  11. Senaman sgt2 perlu utk semua...x kura lelaki atau wanita...senaman akak cuma jln kaki dr rumah ke komuter station then balik pun sama...itupun dh buat betpeluh dh...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia