Home » , , , , , , , , , , , , , , , » "My Baby Son Turns One Today!" | Selamat Hari Lahir Yang Pertama Ash!

"My Baby Son Turns One Today!" | Selamat Hari Lahir Yang Pertama Ash!


Ha ha ha... ini dah mulalah entri emosi dan syahdu syahdan ni kan? Ibu-ibu memang giteww kaedahnya... Errr... ke Farah yang salah kenyataan? Bha ha ha... 

Phew semalaman tak tidur ok? Mata tak boleh tidur pulak... asyik tenung Ash tu, lepas tu usap-usap, lepas tu tepuk-tepuk, lepas tu cium berulangkali... sambil air mata bergenang-genang... Bha ha ha... melampau emosi tak? Ibu-ibu faham kot? Mungkin perasaan tu sampai kepada mereka juga yang membaca. Samalah... tahun lepas pun tak tidur malam bila masuk ke 26 November 2013. Bibir tak berhenti zikir... lepas tu membayangkan segala macam kemungkinan yang akan berlaku paginya nanti... Al-maklumlah pagi-pagi subuh dah nak ke hospital... "check-in" dan bersiap sedia untuk dibedah. Seumur hidup, itulah kali pertama masuk bilik bedah. Dan itulah pengalaman pertama. Seriau ooo masa mula-mula tu.

Nak kata takut tu memang takut lah... tapi bila jadi seorang ibu tu, perasaan takut tu kena lawan. Kalau nak jadi mak, kenalah tempuh. Walaupun takut tapi buat-buat berani. Haaa, mesti ada yang kata... eeee ngerilah, takutlah dan tak seberani mak-mak lain yang dah melahirkan. Rasa takut tu akan boleh dilawan secara automatik. Serius percayalah. Memanglah berdebar. Dup dap dup dap jantung tak payah ceritalah ok? Tapi sebenarnya ok jer... Taklah seteruk tu... Bukan cakap besar ek? Apatah lagi riak... "No no no no no".

Mula-mula memang Farah rasa takut mengenangkan perut nak dibelah. Tapi lepas dah masuk, dah kena bius.. Farah tak pakai epidural pun cuma bius separuh badan jer... Dibedah dalam keadaan sedar... tak rasa apa punn.... okjer... siap boleh relaks borak dengan "gynae" Farah yang tengah sibuk buat kerja nak keluarkan Ash... Cuma sayangnya tak dapat nak tengok dengan jelas refleks cermin di lampu bedah perut yang kena belah tu sebab tak pakai cermin mata atau "contact lens". Ahaksss... mula-mula takut berdebar segala bagai, lepas tu jadi berani pulak. Sekejap jer tak lama pun... dalam 15 minit kerja selesai. Lepas tu dengarlah suara si mata boolat sampai satu tingkat tu. Nak tengok tapi tak dapat sebab awal-awal lepas keluar dari perut. Kena balut dan bawak keluar ke abahnya. Jadi abahnya lah orang pertama yang lihat dia sebelum Mummy. "I is jelly" tau... Bha ha ha...

Lepas bedah, dah masuk wad... bius masih ada...  maka tak rasa sakit lagi ok? Boleh senyum-senyum dan cakap lapar lagi tu... tapi bila dah masuk wad... tiba-tiba badan gigil... Sejuk macam kat eskimo... Tapi jururawat kata tu biasa bila lepas bedah. Mereka selungkupkan dengan satu selimut macam beg sauna tu... entah apa namanya entah... dalam hati sibuk nak tengok anak... ha ha ha... lepas tu ok... jururawat datang masukkan ubat dan bagi makan ubat... tu pun lepas 6 jam. Bukan serta merta. Sibuk nak tengok anak. Akhirnya dapat jugak tengok si mata boolat ni...


Tapi sayangnya tak boleh nak duduk dan dukung atau pangku dia lagi sebab baru lepas bedah. Makanya, elus elus lembut jerlah pipi dia. Subhanallah... Maha Besar Allah... Alhamdulillah dia selamat dan cukup sifatnya. Syukran Allah. Dialah teman Mummy... elok senyap jer... bila semua orang dah balik... tinggal dia dan mummy berdua jer. Wohooo bila malam jururawat nak ambil dia bawa ke bilik bayi macam tak nak bagi jer... Ha ha ha...

Menjelang tengah malam, perut tu dah mula rasa pedih-pedih... Pedih ooo... cuba tahan konon kuat... Yerlah bius dah hilang kan? Pas tu jururawat datang suntik peha kanan, esok katanya peha kiri pulak... untuk apa tak ingat dah pulak... Ha ha ha... Lepas tu tak boleh jadi ni... sambil blogging, Facebook dan What's App tekan "button"... mintak jururawat suntik ubat penahan sakit... Lega ok?

Esok pagi pulak... kena bangun dari katil dan ke tandas... jururawat suruh buat jugak... ho ho ho...agak seksa ooo... tapi jangan risau ada teknik dia... Masa mula-mula nak bangun tu... ya ampunnn... dah bangun... terbongkok-bongkok pegang perut pergi tandas buang air kecil. Kena buang air kecil sekurang-kurangnya 3 kali baru boleh balik rumah! Teettt... tapi Farah buang air kecil 2 kali jer... ngaku 3 kali...sebab nak balik cepat... Ha ha ha...

Ok ok.. panjang lebar pulak cerita bersalin yer? Cumanya siapa sangka... anak yang berisiko dalam kelahiran yang mungkin boleh kehilangan darah yang banyak dan melibatkan nyawa dia dan Mummy dia disebabkan komplikasi Placenta Previa Tahap 2... akhirnya kini setahun... Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Sebab tu kalau ada yang berbunyi pilih antara anak dan kerjaya... Rezeki kerja Allah beri dalam pelbagai cara dan di mana-mana tempat yang dikehendakkan... Kerja boleh bertukar ganti... tapi rezeki anak, apa yang dianugerahkan... itulah yang dihargai dan dijaga sebaiknya... Amanah Allah tu...


Iman Firash Bin Husaini... adalah warna dalam kehidupan kami suami isteri... kegembiraan dan juga gula-gula hati kami. 11.25 pagi, 26 November 2013 dengan berat sebanyak 2.86kg... Kecik jer ek? He he he... Kini telahpun setahun... Anak manja Mummy, anak Abah... buah hati, intan payung Mummy yang terutama... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama Ash... "Happy 1 Year Old"... Semoga Ash diberikan kesihatan tubuh badan, kegembiraan, kejayaan, kebahagiaan dunia serta akhirat, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan di bawah lindungan Allah SWT selamanya. Moga-moga membesar menjadi anak yang cerdik pandai, In Shaa Allah Mummy akan cuba didik sebaiknya...seimbang ilmu dunia serta akhirat, Ash jadi seorang yang taat pada Allah SWT, agama dan juga pada Abah serta Mummy.

Kelahiran Ash dan adanya Ash adalah hadiah hari jadi Mummy yang paling bermakna... Tak ada hadiah lain yang boleh setanding... Paling seronok, hari lahir Ash dan Mummy selang sehari jer... Hew hew hew... Hadiah dah banyak kan? ^_*... Dari awal bulan lagi dah dapat macam-macam kan? Ha ha ha... Kek kita kongsi sama-sama kan? Kira acilah tu...

Selamat menempuh fasa-fasa perkembangan di usia setahun anak manja Mummy... ^_* "Love you my baby son..." #muahciked tapi berulang-ulang...

*Phew 1 anak cenggini panjang lebarnya... bayangkan kalau 2-3-4 anak... Setiap anak berjela-jela ekspresi diri di blog... bha ha ha... Setahun sekali kann? 


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "My Baby Son Turns One Today!" | Selamat Hari Lahir Yang Pertama Ash! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 26, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

59 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU... ASH..
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

    ReplyDelete
  2. ahhaha, mak-mak mmng cenggini..syahdu syahdan gitew..;-))

    nanti dah berderet ank (mcm dieyana la tu), tak nyempat nak citer perihal masing2..khihkihk..

    hepi ist besday, ensem boy! semoga sihat selalu dan dirahmati Allah..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, Alhamdulillah, terima kasih "D"... *_^... nanti kita tengok berderet ke tak berderet... jeng jeng jeng...

      Delete
  3. Happy Bday Ash.. Semoga mnjadi anak yg soleh & sentiasa menyejukkn hati ibu & ayah..Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih, In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...

      Delete
  4. happy birthday lil ash yang comel!

    share bulan besday ngn mummy ya...ohsem!!

    ReplyDelete
  5. waa..sama la kita.. share besday bulan yg sama ngn anakanda.. hehe... hepy besday ash..be a good boy k.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you fify... *_^... best kan? ooo fify sama dengan zara ek?

      Delete
  6. Happy bornday lil boy Ash..semoga membesar dgn sihat..menjadi anak yang soleh dan taat kpd Mummy n Abah..

    ReplyDelete
  7. lama tak singgah
    header pun dah baru
    happy bday ash!
    skjap je kan? mcm bru smlm je lahir
    dah setaun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah MG akak pun rasa macam baru semalam jer lahir...

      Delete
  8. selamat hari jadi ashh..semoga menjadi ank yg baik utk mummy ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis, In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...

      Delete
  9. Happy bufday ash. Bulat sungguh mata Ash. Comel sgt ash ni...

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir untuk ash :) semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...

      Delete
  11. Happy birthday Ash ! Eh Novemberian jugaklaaa. Sep sikit. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy... happy birthday to aunty Nurie tooo...#ehhh aunty... #ehhh kakak, mana satu ni? hik hik hik....

      Delete
  12. hepy besday Ash.. cptnye masa berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza, tunggulah bila fiza ada anak nanti, sama jer...tiba-tiba jer rasa wahhh dah besar anak ai...he he he...

      Delete
  13. Happy birthday Ash! Moga membesar jadi insan yang soleh, yang sentiasa membahagiakan mummy & daddy Ash yer. muahhh sedas :-)

    ReplyDelete
  14. hepi besday ash hensem..
    untung la sama bulan ngan mummy..leh celebrate sama2 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thank you aunty zee, In Shaa Allah...#ehh dah celebrate...#ehh ada lagi...hik hik hik...

      Delete
  15. kejap je dah besar..kan..

    selamat hari Jadi Ash..
    Jadi anak yang soleh tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pejam celik pejam celik dah pun besar anak mummy.... Alhamdulillah, thank you dear...

      Delete
  16. Selamat hari LAHIR ADIK ASH,
    eH...TAU...tau dah ada baby comel
    MENUNJUKKAN betapa lamanya saya tak mengunjungi blog sahabat FW
    TAHNIAH
    dAN SEMOGA MENJADI anak yg menyejukkan hati ibu dan bapanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan alhamdulillah kerana masih lagi sudi berkunjung...

      Delete
  17. salam singgah sini Farah...Selamat Hari Lahir buat Ash...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dan terima kasih kerana sudi singgah, Alhamdulillah, terima kasih dear...

      Delete
  18. happy birthday Ash..tarikh hari ni sama dengan insan tersayang dalam hidup Za jugak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you za, wahhh siapa tu za?

      Delete
  19. Macam baru jer lagi kisah Farah melahirkan Ash... Tak sedar, dah setahun rupanya!
    Selamat ulang tahun pertama Ash!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap jer masa berlalu kan BM? Alhamdulillah, terima kasih...

      Delete
  20. Happy first birthday Ash,hero mummy farah

    ReplyDelete
  21. Happy Birthday Aish..besday kt same la rini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you dear and happy birthday too....

      Delete
  22. hepi besday Ash...moga jd anak yg soleh

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Lahir Ash ... Moga menjadi anak yang soleh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih aunty Hani...In Shaa Allah, mudah-mudahan...

      Delete
  24. Comeyyynya... Alhamdulillah... Selamat Hari Lahir Ash.. Semoga menjadi insan yg berjaya di dunia & akhirat... aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
  25. comelnya Ash! selamat ulang tahun Ash. semoga jadi anak yg soleh (;

    http://belogcikoreo.blogspot.com/2014/12/salam-perkenalan-dari-cik-oreo.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia