Mesti Nak Kicap...


Aikk??? Terkoteng-koteng 2 ekor ikan bawal putih masak kicap jer? Ha ha ha... tenang-tenang semua....Farah tak adalah Hj.Bakhil sangat sampaikan 2 ekor jer ikan bawal putih kecik tu. Ini lauk Ash lah... Farah masakkan Ash ikan masak kicap hari ni untuk lauk dia dan juga sayur brokoli goreng pecah telur. Sayur mesti ada dalam hidangan Ash. Kena ajar dia makan sayur dalam pemakanan harian dia. ^_*.

Ash sangattt dah tak nak makan bubur dah sekarang. Tapi nak makan nasi. Dan nasi tu pulak tak nak beras biasa yang kita masak sehari-hari tu. Nak beras perang jer. Pheww... "picky eater" kah anakku ini? Ha ha ha... Bezanya, Farah kena masak nasi lembiklah untuk Ash. Yerlah perut tu muda lagi kan? Dan juga kena masak di periuk nasi kecil yang memang khas untuk dia. Makanya ada 2 periuk nasi di dapur tu. Satu periuk nadi yang besar biasa untuk seisi rumah, satu periuk nasi Ash.

Apa yang Farah perhatikan, Ash ni tak berapa gemar makan nasi dengan kuah yang bertakung-takung sangat. Ikut Mummy dia lettew. He he he. Dia suka sup daging dengan kentang. Tapi jangan banjirkan nasi dia dengan kuah. Kalau tidak... memang dia akan tutup mulut tak nak makan. Kuah tu letak sikit-sikit jer bagi rasa kuah sup tu. Dan kalau nak tengok dia makan habis licin... silalah masak kicap atau letak kicap. Denggg... peminat kicap rupanya Ash ni. Kalau makan mesti nak kicap... memang senanglah nak suap dia makan. Habis licin. Bahagia dan suka hidup Mummy bila dia makan berselera.

Lepas tu pagi-pagi mesti mintak nasi nak makan. Pukul 9 pagi macam tu memang nak kena siap sedia dah nasi dan lauk dia siap masak.

Ada jugak menurunnya... tapi bukan dari Mummy lah kan? Dari Abah Ash yang agak kerap jugak makan nasi dengan kicap dan pagi-pagi cari nasi makan sepanjang Abah Ash dengan Farah selama 2 tahun 5 bulan ni... Yang Farah tau dan nampak depan mata Farah lah... Ha ha ha... Yang belakang-belakang kalau ada "split personality" tu tak dapat nak dipastikanlah pulak... ^_*...

*Nampak gayanya... kena simpan stok kicap banyak-banyaklah ni kat rumah... Errr... Ash tak jemu ke asyik makan nasi dengan kicap jer? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mesti Nak Kicap..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 29, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. salam singgah sini Farah...Diana dan suami pun suka makan dengan kicap..kalau boleh semua masakan nak kicap...hehe..

    ReplyDelete
  2. Cik akak pun suka gak makan kicap.nie..hihi..sedap campur ngan nasi panas

    ReplyDelete
  3. Terjah drpd fb.
    Anak2 aida plak semua suka makan nasi dan banjir dgn kuah ☺.
    Aida & asben memang suka gak banjir gitu...
    And kicap? Wajib ada gak kat umah ni...

    ReplyDelete
  4. same macam saya. dari kecik sampai besar mesti makan nak kena ada kicap.
    tapi ntah kenapa dua tiga menjak ni perut menggedik nak makan sedap dan lazat je. hehehe

    ReplyDelete
  5. hihi bebudak memang takleh dipisahkan dengan kicap. macam mana pun nak kicap jugak..

    ReplyDelete
  6. Sama macam kakak dania suka kicap..tp msti kicap kipas udang...jenis yang manis tu...

    ReplyDelete
  7. eh sama pulak kita ash...suka makan nasi dgn kicap..hehe ;P

    ReplyDelete
  8. Kicap penyeri masakan bujang dulu. Asalkan kicap ada. Nasi putih dgn telur jadi santapan paling sedap masa belajar dulu..hehe. Tp mesti kena kicap manis.

    ReplyDelete
  9. adik saya dengan adik ipar saya yang sorang tu saya panggil mat kicap sebab memang suka sangat makan kicap.masa kecil dulu,siap tuang kicap dalam piring dan colek dengan jari meratah sampai meleleh kat siku.punyalah selera.sampai dah kahwinpun masih lagi dengan kicap.Makan karipun nak campur kicap jugak.selera ni macam-macam kan?

    ReplyDelete
  10. sedap tu bawal goreng panas2 dengan kicap :)

    ReplyDelete
  11. ewah...dh xnk bubur dh.dh besar ye?
    Aqil xmo kicap.klau kari dia mau la...hik3

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia