Home » , , , , , , , , , , , » Menghentikan Tabiat Menghisap Ibu Jari Di Kalangan Anak-Anak

Menghentikan Tabiat Menghisap Ibu Jari Di Kalangan Anak-Anak


Sumber dari Google
Kalau dilihat pada laporan tinjauan yang dilakukan oleh Dr. Kanna Peruman di atas yang Farah jumpa di Google, tabiat yang sinonim dengan anak-anak adalah menghisap ibu jari. Menghisap ibu jari sewaktu bayi adalah comel, tapi bila usia anak dah meningkat dan anak semakin besar... Kecomelan itu boleh hilang bila mereka menghisap ibu jari dan ianya juga akan dilengkapi dengan pakej kesan sampingan menghisap ibu jari. 

Kata orang-orang yang terlebih dahulu makan garam yang pernah Farah dengar, bila anak-anak menjadikan tabiat menghisap ibu jari sebagai satu tabiat atau rutin, ibu jari yang dihisap itu lama kelamaan boleh jadi "genting"...Genting? Apakah maksud genting tu? Macam mana ek nak terangkan? Lebih kurang macam jari tu kelihatan teganglah... dan dikatakan juga, gigi kanak-kanak akan menjadi jongang... Dan ini diakui oleh mana-mana pakar penasihat keibubapaan dan juga pakar pergigian kalau kita menggali dan membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan tabiat menghisap ibu jari ini. 

Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun. Dan tabiat menghisap ibu jari  akan mula menjadi masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Haaaa, betul kan? Kalau anak-anak berterusan menghisap ibu jari mereka masalah jongang akan muncul dan masalah gigi atas dan gigi bawah tidak rapat pun akan terjadi. Kecantikan tu anugerah Allah SWT, dan bila ada kecantikan yang dikurniakan haruslah dijaga dengan sebaiknya kan? Setiap kejadian Allah itu indah kan? Makanya, nak ke gigi anak-anak jadi macam tu? I is tak sanggup... Hu hu hu... Kadang-kadang memang ibu bapa tak nak anak-anak mereka menghisap ibu jari...Tapi tu kadang-kadang sebab tak boleh dilarang...Dah larang buat jugak, dah larang akan menangis, meroyan dan tunjuk perasaan... Dush dush dush.. Habis tu guano? Faham tu faham... 

Bagi mereka-mereka yang mungkin mengalami masalah untuk menghentikan anak-anak dari menghisap ibu jari...mungkin boleh mencuba petua yang disenaraikan yang Farah baca di SINI

1. Balut ibu jari. Di pasaran luar negara banyak dijual tapi di Malaysia Farah tak berapa nak pasti. Mungkin uolss boleh Google dan cari ataupun mungkin ada yang telah melalui dan berpengalaman tahu di mana nak membeli. Hik hik hik, senang cerita jahit sendiri pun boleh kalau maknya pandai menjahit.

Sumber dari Google
2. Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
3. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak sudah tidak menghisap ibu jari.
4. Libatkan anak dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contohnya, alat permainan.
5. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun). 

Ash hisap juga jari, tapi bukan ibu jari, semua jari...muahahaha...tapi tak selalu, kadang-kadang jer. Dan memang dia bukan penghisap ibu jari sejak lahir. Alhamdulillah...ha ha ha...mudah sikit kerja Farah... Buat masa dan setakat inilah...Tak perlu memikirkan macam mana nak pisahkan ibu jari tu dengan dia... Hik hik hik... Kalau yang berkaitan dengan ibu jari dia cuma suka layan lagu kat bawah ni jer... Setiap malam suka dengar dan tonton...


Bagi yang mengalami masalah anak-anak suka menghisap ibu jari tu, jangan terlalu khuatir dan risau. Pasti ada penyelesaian dan pasti ada caranya...Salah satunya adalah seperti yang Farah dah kongsikan di atas... Semoga bermanfaat!







Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Menghentikan Tabiat Menghisap Ibu Jari Di Kalangan Anak-Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 8, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Anak Papaglamz 6 bln suka hisap jari jgak.. Nak kne kurang kn ni...

    http://www.papaglamz.com/2014/11/travelglamz-ll-sepetang-di-kampung.html?showComment=1415341190813&m=1#c5848374341873341832

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info ni dear....anak saya pon kadang-kadang suka isap jari ni....bahaya kalau biarkan ...
    Dilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan

    ReplyDelete
  3. Salam Farah......wahhhh dah semakin cantik wajah blog ni :D

    Nasib baik anak2 Mia tak suka hisap jari....:)

    ReplyDelete
  4. tabiat anak mintak puting mungkin sebab dah jadi kebiasaan, nak anak duduk diam dan tak nangis..jongang pon jonganglah..tapi pcl x pernah bg kat anak² masa dorang masih baby.

    ReplyDelete
  5. Nice Sharing. Saya ada kenal sorang budak yang umur 7tahun still hisap jari.. Boleh share tips ni dengan mak dia. Hehehe, Thanks :)

    ReplyDelete
  6. Anak saya yang no 2 akan masukkan jari dalam mulut bila dia rasa tak selesa macam orang ramai duk perhati dia.

    ReplyDelete
  7. hahha.. kebetulan mmg tgh cari info nih.. tqs dear...

    ReplyDelete
  8. Ank2 sue alhamdulillah hisap x lama pun.

    ReplyDelete
  9. Setakat isap jari hnya perkembangan ... X jadi tabiat buat anak2 sy..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia