Home » , , , , , , , , » Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang...

Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang...

Sumber dari Google
Anak-anak ni, kalau dididik dengan kekerasan ada sesetengah tu boleh terima dan takut lepas tu tak ulang balik kesilapan yang sama ataupun kenakalan yang sama. Tapi ada juga sesetengah anak-anak yang tak boleh nak terima cara kekerasan ni... lagi kita marah, lagi dia keras, lagi dia memberontak. Anak-anak ni kan ada pelbagai corak dan macam kerenah dan penerimaan...sama seperti kita yang dewasa ni ada pelbagai kerenah dan ragam... Tak gitewww... 

Dah cliche' sangat dah... cabaran jadi ibu bapa ni banyak sungguh sebenarnya... Hua hua hua... Dan setiap ibu bapa tu ada cabaran yang berbeza. Haaaa...ini mungkin bersesuaian bagi ibu bapa yang dah habis cara, habis tegas dan habis garang dah dalam melatih anak-anak untuk berdisiplin... Hew hew hew...Sekadar perkongsian hasil dari pembacaan Farah di SINI dan juga untuk pengetahuan keibubapaan diri ini sendiri... *_^... Al-maklumlah, Farah ni kan ibu baru setahun jagung...Masih banyak lagi perkara yang perlu digali dan dipelajari... Apa yang Farah baca, apa yang Farah hadam, apa yang Farah dapat, Farah cubalah kongsikan dengan semua orang... 

Sebenarnya, ibu bapa perlu melatih anak dengan kasih sayang di samping mempraktikkan aspek saling menghormati, mempercayai, memahami, memberi perhatian dan menerima. Menerapkan disiplin di kalangan anak-anak sewajarnya dilakukan tanpa menggunakan kekerasan. Pendidikan secara sedemikian lebih memberi kesan jika memulakannya ketika anak berada pada awal usia lagi. Dalam masa yang sama ibu bapa mestilah banyak memberi nasihat, perangsang dan pujian, bukannya menghukum secara melulu.

KASIH SAYANG DAN DISIPLIN
Disiplin dan kasih sayang tidak boleh dipisahkan. Disiplin semata-mata tanpa kasih sayang atau kasih sayang semata-mata tanpa disiplin tidak akan menjadikan apa-apa. Disiplin ni adalah merupakan satu kaedah untuk memastikan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat dalam hidup dengan cara menghentikan perlakuan yang negatif dan seterusnya melatih anak mematuhi peraturan berdasarkan nilai-nilai yang telah ditentukan oleh ibu bapa melalui proses kasih sayang seperti penerimaan, menghormati, mempercayai, memahami, mengambil berat dan memberi perhatian.

Selalunya orang akan kaitkan disiplin dengan hukuman. Sebenarnya disiplin dan hukuman tu adalah 2 pendekatan yang jauh berbeza. Hukuman lebih terdorong kepada menyakitkan dan memalukan, yang mana kadangkala kesan hukuman tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa anak.

BELAIAN DALAM KETEGASAN
Gabungan kasih sayang dan disiplin lebih bersesuaian digantikan dengan pendekatan belaian dalam ketegasan. Seandainya ibu bapa mengambil pendekatan belaian dalam ketegasan dan tidak bertindak secara kekerasan, maka ibu bapa inilah yang akan lebih mudah diterima oleh anak. Inilah matlamat mendisiplin melalui kasih sayang (saling memberi dan menerima dalam suasana hubungan ibu bapa dengan anak yang harmoni). Hukuman masih boleh dilaksanakan hanya jika setelah beberapa pendekatan lain tidak mendatangkan hasil.

PERATURAN KELUARGA
Peraturan keluarga merupakan satu pendekatan yang paling asas dalam mendisiplinkan anak. Anak yang terdidik dengan peraturan keluarga akan menjadi lebih bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati. Ini akan memudahkan anak untuk mematuhi beberapa peraturan lain yang bakal ditempuhi bukan sahaja di sekolah malah di mana-mana tempat sekali pun.

3 ciri utama dalam mewujudkan peraturan adalah :

• Peraturan itu mempunyai matlamat yang mudah difahami.
• Setiap peraturan mestilah mempunyai alasan kepada limitasi-limitasi yang telah ditentukan 
• Peraturan perlulah menitikberatkan kesan yang ditinggalkan sekiranya tidak dipatuhi. 

PERATURAN KELUARGA YANG KONSISTEN
Ibu bapa perlu mewujudkan peraturan keluarga yang konsisten supaya anak dapat mengendalikan diri mereka dengan sendirinya apabila setiap peraturan yang diwujudkan itu dapat difahami dengan jelas serta tidak ada perubahan yang dilakukan secara mengejut sehingga boleh mengelirukan diri mereka. Anak bukan sahaja belajar menguruskan diri serta bersikap sabar ketika melaksanakan tugasan, malah mereka menjadi lebih bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

BERTINDAK LEBIH BAIK DARIPADA BERJANJI
Apabila mendisiplinkan anak dengan menjanjikan sesuatu ganjaran ataupun mengenakan sebarang denda, pastikan bahawa ibu bapa bertindak melakukan apa yang telah diperkatakan. Bukan itu sahaja, tindakan yang bakal diambil mestilah konsisten dengan peraturan keluarga yang telah wujudkan.

Sikap tegas perlu ada dan ibu bapa tidak boleh membiarkan perasaan simpati melemahkan ketegasan serta peraturan yang telah diwujudkan. Sebagai ibu bapa yang inginkan sesuatu kebaikan dipelajari oleh anak-anak, tindakan yang konsisten adalah lebih baik daripada kata-kata janji yang tidak ditunaikan.

MENDIDIK TANPA JEMU
Mendidik anak merupakan satu kesenian dalam keibubapaan selagi ibu bapa tidak merasa jemu mempelbagaikan pendekatan yang digunakan. Ibu bapa perlu mendidik anak tanpa jemu kerana pendekatan ini boleh mengurangkan pelbagai masalah apabila nilai-nilai yang murni dapat disematkan ke jiwa anak khususnya di peringkat kanak-kanak lagi. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan lebih prihatin dan dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk sebagai bekalan pada masa akan datang.

LEMBUT TAPI TEGAS
Ibu bapa perlulah bersikap lemah lembut tetapi tegas dalam mendidik anak-anak. Kebiasaannya ibu bapa yang kurang sabar akan menggunakan cara ugutan mahupun kekerasan seperti merotan.

Cara paling baik untuk mengendalikan anak yang sedang merajuk mahupun tidak mendengar kata adalah dengan bersikap tegas. Namun ibu bapa perlulah menjelaskan kenapa sesuatu perkara atau sesuatu permintaan itu boleh atau tidak boleh dipenuhi.

MEMBENTUK TINGKAH LAKU ANAK
Ibu bapa harus menegur anak secara terus terang supaya mesej mereka dapat mewakili perasaan serta hasrat yang tidak begitu senang dengan tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh anak-anak mereka.

Sikap bekerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melakukan sesuatu perkara bersama-sama anak mereka dapat mengukuhkan lagi hubungan ibu bapa dan anak dengan syarat tidak memarahi atau meleteri anak dengan melabelkannya dengan perkataan negatif seperti “malas”, “degil” dan sebagainya. Ketika memberi arahan, ibu bapa perlu mengawal emosi supaya nada suara tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut tetapi tegas.

MENGENDALI ANAK YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN
Ibu bapa perlu mempelajari beberapa cara untuk mengendalikan anak yang tidak mematuhi arahan dengan menggunakan pendekatan berunsur motivasi yang kadangkala meninggalkan kesan negatif bertujuan untuk menyedarkan anak supaya tidak terus berkelakuan yang boleh menimbulkan kemarahan mahupun kekecewaan ibu bapa.

4 cara untuk mendisiplinkan anak yang tidak mematuhi arahan :

• Ganjaran
Anak-anak lebih suka menerima sesuatu ganjaran berbentuk hadiah atau pujian, namun ibu bapa perlu berhati-hati ketika memberi ganjaran supaya matlamat asal iaitu ingin membentuk tingkah laku anak tercapai.

• Tiada tindakan atau reaksi
Kadangkala adalah lebih berkesan mendiamkan diri atau tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada tingkah laku negatif anak. Cara ini bukan sahaja dapat menyedarkan kesilapan anak kerana ibu bapa tidak memberi perhatian mereka, bahkan juga anak akan merasakan sendiri beberapa kesan negatif yang terpaksa dihadapi ekoran daripada tingkah lakunya yang tidak berubah.

• Beri amaran
Amaran boleh diberi sebagai peringatan kerana kadangkala anak-anak terlupa akan sesuatu peraturan. Apabila amaran diberikan, pastikan mempunyai alasan-alasan tertentu serta hukuman ringan sekiranya diingkari.

• Mengenakan denda
Denda merupakan sesuatu yang amat tidak disukai oleh anak-anak. Apabila sesuatu denda dikenakan, beberapa reaksi kurang senang akan dipamerkan. Ibu bapa perlu bersabar dan terus bertegas dengan pendirian sehingga tingkah laku negatif anak dapat diatasi.

PUJUK SUDAH, BELAI PUN SUDAH, TAPI...
Kerenah anak pelbagai ragam. Ada berpendapat mengatakan ibu bapa harus menggunakan pendekatan psikologi dalam mengendalikan anak. Namun kadang kala kesabaran ibu bapa tergugat dengan kerenah anak sehingga ada ibu bapa yang sanggup mengenepikan pendekatan psikologi dan menggantikannya dengan pendekatan “tamparlogi”.

Setiap ibu bapa perlu bersedia dan sentiasa mengingatkan dirinya supaya sentiasa bersabar untuk mengendalikan anak. Dalam kata lain, ibu bapa perlu berada satu langkah ke hadapan memikirkan implikasi yang wujud sekiranya anak tidak dikendalikan secara pujukan, rayuan dan belaian tetapi masih dalam ketegasan kerana sesuatu cara yang senang lagi singkat tidak bererti bahagia, dan sesuatu cara yang susah serta memakan masa tidak bererti derita.

Hurmm...tingkah laku anak-anak ni sebenarnya merupakan cerminan ibu bapa yang mengasuh serta mendidik mereka. Kadang kala tu, puas lah ibu bapa bagi perhatian dan kasih sayang tetapi semakin banyak diberi, semakin tinggi pulak kerenahnya. Ibu bapa pun jadi bingung, kecewa dan hilang pertimbangan bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak dikatakan tidak ikut tunjuk ajar, sedangkan anak-anak tidak berjaya didisiplinkan.

Dalam mendidik anak, disiplin dan kasih sayang amat penting selain menggunakan pendekatan yang lain. Adakalanya hukuman seperti merotan digalakkan dalam mendidik dan mendisiplinkan anak, tetapi janganlah sampai mendera mahupun parah.Sebenarnya, ramai ibu bapa yang tidak mahu memukul anak mereka dan ibu bapa akan berasa sedih serta menyesal apabila mengambil tindakan tersebut. Lazimnya, tindakan itu diambil dengan harapan anak-anak berubah dan ibu bapa juga mungkin beranggapan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan anak. Sekiranya ibu bapa tidak mahu beberapa kesan sampingan tertanam dalam diri anak, tindakan ini perlulah dielakkan sebaik mungkin.

Untuk Ash, Farah tak bercadang menggunakan kekerasan tetapi sebaliknya seperti yang Farah dah tanamkan dari awal, ketegasan dalam belaian. Beri dia faham dan biar dia tau di mana "limitation" dia dan apa yang dia boleh dan tak boleh... Hurmm... Moga-moga dipermudahkan dan In Shaa Allah dengan izin Allah SWT...

*Itupun sekarang kalau pandang jer dia tak kata apa-apa dia dah datang cium pipi kita... Hik hik hik...moga-moga sampai bila-bila dia boleh fahamlah yang maksudnya Mummy tak suka dan Mummy marah kalau macam tu dan adalah yang tak betul yang telah dilakukannya... 

*Sangat sibukkk menyiapkan "handover checklist" sebelum tiba hari-hari terakhir di pejabat... *_^

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 17, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. Replies
    1. In Shaa Allah, Amin.. Semoga kita sama-sama berjaya di dalam mendidik anak-anak masing-masing...

      Delete
  2. sy skrg ni pn tgh berusaha menjadi mama yg baik utk arfan..kalo blh xnk sll mrh2 dia..tp kalo dia xnk dgr kata, sy ugut je nak tglkan dia..so cpt2 la dia dtg kat sy..hehe...kalo time nk pakai pampers ke..buat2 la nk lari, dia dtg la baring trs hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai ibu kita semestinya akan berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita kan?

      Delete
  3. acik sokong... lembut tapi tegas , memang bagus sekali entri nie... sebab ada ketika kita kawan kepadanya ketika marah ,maka marah betul2

    ReplyDelete
  4. Panduan berguna untuk para ibu bapa... Kekerasan tu hanya mendatangkan impak negatif dalam diri mereka...

    ReplyDelete
  5. Actually terlampau tegas mmg tak baik, satunya beri kesan kepada minda anak itu sendiri. Pernah terbaca anak berlaku tak patut kpd ibu bapa yg tua sebab nak balas balik apa yang mak bapa dia buat masa besarkan dia waktu kecil dulu, mksudnya tegas sgtlah, jd dia pun buat mcm tu balik bila mak ayah dia tua..huhu

    ReplyDelete
  6. Lembut beradat,
    Keras bertempat,
    Adat tersirat,
    Penuh matlamat.

    Nice sharing...!!!!

    ReplyDelete
  7. sekadar perkongsian dari ustaz:-
    1- 6 tahun beri kasih sayang,layan sebaik mungkin
    7-14 tahun ajar solat,didik dengan tegas
    15 keatas jadikan anak sebagai sahabat

    :) semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt

    ReplyDelete
  8. Yang penting kena seimbangkan semuanya.kan??

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah . well said kak farah. :)

    ReplyDelete
  10. TQs dengan perkongsian nih... akak ni dah 3 anak, heros belaka... kekadang dtg juga stress nak mendidik anak² nih namun cuba buat yg terbaik utk diaorg... :-)

    ReplyDelete
  11. kadang2 tantrum si kakak membuatkan mama bertukar jadi singa....hoho

    ReplyDelete
  12. terima kasih...perkongsian yg bagus=)

    ReplyDelete
  13. dlm dunia zaman skang ni, nak mendidik anak2 bukanlah satu tugas yg mudah. anak2 zaman skang terdedah kpd dunia moden dan teknologi. tak boleh silap tegur, mesti ade yg x kena. so, kena seimbangkan, jgn terlalu dimanjakan dan jgn terlalu berkeras. ada masa kita perlu berlembut, kita kena berlembut. ada masa yg kita perlu berkeras dan marah, kita kena lakukannya demi kebaikan anak2. sbb anak2 yg dimanjakan keterlaluan, akan hadapi proses di mana bila kita marah wpun sedikit, dia akan mudah terasa hati. so, mmg perlukan kesabaran yg tinggi..

    nice sharing beb!

    ReplyDelete
  14. semuanya brgantung pada keadaan sseorang.. kdg2 anak yg baik pun bleh jd kasar sbb cra didikan makbapak

    ReplyDelete
  15. nice sis.. teringat dulu2 macam mana mak bapak besarkan kita.. (:

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY