Melatih Anak Bertanggungjawab

Farah Waheda Wahid
11
Sumber dari Google
Seseorang manusia yang sama ada bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan latar belakang keluarga dan juga bagaimana didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa sejak dari usia kecil lagi. Latar belakang dan didikan ibu bapa selain dari guru-guru di sekolah memainkan peranan yang penting. 

Tanggungjawab tu adalah satu perkataan yang besar maknanya. Lebih-lebih lagi bagi kita yang dewasa ni. Bertanggungjawab di atas kehidupan, bertanggungjawab di atas kelakuan, bertanggungjawab di atas perbuatan, bertanggungjawab ke atas segala-galanya... Bagi mereka-mereka yang bergelar ibu bapa macam Farah ni, lagilah...selepuk bap...hamik ko kat situ...Bukan senang ooo nak pikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Nampak macam, awak gembira, saya gembira... awak ibu bapa, saya pun ibu. Ha macam tulah, tapi masing-masing mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat terhadap anak-anak. Tu sebab bila anak-anak tak menjadi, anak-anak buat perangai, anak-anak kurang sopan dengan ibu bapa...Hiba dan sedih jer hati ibu bapa tu... Walaupun tinggi sedikit jer intonasi suara anak kepada ibu bapa tu... Sebab... apa yang ibu bapa rasa... rasanya dah didik dengan sebaiknya tapi kecewa bila anak buat macam tu atau rasa dah salah di dalam mendidik anak-anak... Hiba dan sedih tu bila anak meninggikan suara sebenarnya berbaur antara tindakan anak pada ibu bapa dan pertanyaan kepada diri sendiri...di manakah silap yang sebenarnya... 

Kelebihan bila kita melatih serta mendidik anak untuk menjadi bertanggungjawab ni adalah anak-anak akan membesar dengan gembira dan menjadi seseorang individu yang lebih berjaya dewasa kelak. Sesiapa yang gagal untuk memperoleh skil kehidupan yang satu ni iaitu TANGGUNGJAWAB sebenarnya akan menukarkan kisah hidup kepada cerita seram dan juga personaliti yang tidak disenangi ramai.

Jadi bagaimana nak melatih anak bertanggungjawab atau memupuk tanggungjawab itu di dalam diri anak-anak kita? Melalui satu sumber di SINI

Tunjukkan Contoh Yang Baik
Memanglah dikatakan lebih senang berkata-kata, lebih senang menaip dari melakukan. Tapi ianya amat penting kot? Pembelajaran anak-anak yang paling cepat serap pada minda mereka adalah kelakuan, percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka sendiri. Biarkan anak-anak melihat kita mengemas katil di waktu pagi dan terangkan kepada mereka kenapa kita lakukannya. Latih mereka kemas katil dan janji kepada mereka kalau mereka mengemas katil setiap pagi, kita akan bawa mereka berjalan-jalan di taman. Bawa mereka ke tempat kerja kita kalau ada kesempatan dan ruang serta tunjukkan apa yang kita lakukan. Mematuhi undang-undang jalan raya. Mungkin agak dangkal atau cetek dari segi tindakan dan perbuatan ini bagi sesetengah orang di luar sana, tapi perkara ni penting untuk terangkan kepada anak-anak tentang apa yang kita lakukan sebagai orang dewasa bukan ikut sedap tekak atau suka-suka. Yang penting ibu bapa kena terangkan kepada anak-anak tentang setiap tindakan dan perbuatan mereka.

Bermula Dari Peringkat Awal Dan Berkembang Dengan Kadar Yang Sepatutnya
Ibu bapa boleh mula melatih anak-anak untuk memikul tanggungjawab seawal umur anak-anak 3 tahun. Bagi mereka sesuatu yang senang seperti meletakkan pakaian kotor ke tempat yang telah dikhaskan ataupun latih mereka mengemas barang permainan setelah bermain. Bukanlah bermaksud kena bagi perintah kuku besi dengan nada serius sampai anak naik takut atau rasa macam tak suka diarah itu ini. Kenalah pakai ilmu psikologi giteww supaya mereka rasa seronok untuk melakukannya. Ajar anak untuk menghargai keindahan kebersihan dan ruang yang teratur serta kemas. Boleh jer kalau ikut bermain bersama anak-anak. Main doktor pesakit ke? Lepas tu kita berpura-pura sakit sebab terjatuh tergelicik sebab terpijak kulit pisang yang licin dan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Kira-kira anak jadi doktor kita jadi pesakitlah ni...Hik hik hik...

Semakin meningkat usia anak-anak, tanggungjawab mereka juga perlu ditambah dengan kerja-kerja atau rutin-rutin yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Galakkan anak-anak menyertai aktitiviti-aktiviti ko-korikulum sekolah yang melibatkan rasa tanggungjawab atau dapat melatih tanggungjawab dalam diri mereka juga. Lepas tu beri kebenaran anak-anak cuba bercucuk tanam ataupun membela haiwan peliharaan. Kena ingat ek? Membimbing itu berbeza dengan mengarah.

Bantu Anak-Anak Untuk Ingat
Ibu bapa kalau dah bagi tanggungjawab pada anak-anak kena bantu jugak anak-anak untuk ingat. Kadang-kadang anak-anak ni bila sesuatu yang baru bagi mereka dan mereka tak biasa buat, akan terlupa. Sebab baru jer bermula nak jadi rutin bagi mereka kan? Buat jadual tugas dan tampalkan di dinding dan minta anak-anak untuk lihat serta baca jadual tugas tersebut bila bangun dari tidur pada waktu pagi atau sebelum tidur pada waktu malam atau pada bila-bila masa yang bersesuaian. Tampal di tempat yang senang dilihat oleh anak-anak. Peringatan secara verbal juga penting tapi janganlah sampai ke tahap yang boleh dikategorikan sebagai membebel. Kita sendiri pun bosan dengan orang membebel kan? Makanya, faham-faham ajerlah...Hik hik hik... 

Buatkan Anak Sedar Kesan Sesuatu Perkara Sendiri
Katalah anak-anak kita terlupa siram pokok bunga yang mereka tanam...pokok bunga tu mati... anak mengadu dengan kita... Kita beritahu mereka mungkin itu adalah dari kesilapan mereka sendiri kerana tidak menjaga pokok bunga tersebut dengan betul. Sama jugak dengan haiwan peliharaan. Kalau haiwan tu hilang ataupun sakit ataupun mati... kita beritahu pada anak, mungkin perkara tersebut berpunca dari penjagaan yang tidak betul. Ataupun..bila mereka terjatuh atau tercedera disebabkan terpijak atau terlanggar barang permainan yang bersepah-sepah... beritahu mereka yang bila barang permainan tidak dikemaskan setelah bermain ianya akan mengundang bahaya.

Beri Maklum Balas Dengan Cara Yang Sewajarnya 
Ibu bapa adalah jurulatih dalam hidup anak-anak. Kita tak boleh jadi pemenang untuk anak-anak dalam pertandingan kehidupan ni. Kita cuma boleh berikan mereka panduan dan bimbingan. Sebab tu komunikasi dengan anak-anak tu penting. Puji mereka dan berikan ganjaran yang sewajarnya bukan terlebih-lebih. Puji tindakan dan usaha menandakan kita sedar dan tau anak-anak kita berusaha keras untuk mencapai sesuatu. Elakkan berikan duit pada anak-anak untuk tanggungjawab yang telah dilaksanakan bagi rutin harian di rumah.... Yang ni Farah pernah kongsikan di dalam entri MEMOTIVASI ANAK TANPA MENGGUNAKAN WANG DAN HADIAH. Sebaliknya, beri ganjaran dalam aktiviti yang menyeronokkan semasa hujung minggu. Kongsikan pendapat kita sebagai ibu bapa tentang kesilapan mereka dan benarkan mereka untuk memutuskan bagaimana nak perbaiki di masa akan datang. Yang penting, maklum balas kita sebagai ibu bapa, kita kena berikan secara konsisten kepada anak-anak dan tidak mengelirukan anak-anak.

Farah sendiri cuba menerapkan pada Ash tentang tanggungjawab. Sedari Ash dah mula faham keadaan sekeliling Farah cuba terapkan. Setiap kali selepas menyalin lampin pakai buang dan baju, Farah akan dukung Ash dan bawa Ash ke dapur untuk buang lampin pakai buang dan letakkan baju kotor pada satu tempat yang telah disediakan. Farah bercerita dengan Ash dan terangkan pada Ash tentang apa yang Farah buat tu. Walaupun mungkin terlalu kecil untuk Ash faham, tapi tak apa bagi Farah... Lama-lama nanti dia akan faham rutin tu bila dah selalu dipraktikkan. Itupun hasil dari pembacaan Farah dari sana sini sinun. Bagi Farah... untuk permata hati ni, penting untuk Farah terapkan sifat serta sikap bertanggungjawab ni. Nak nak lagi dia lelaki. Farah nak dia jadi seorang manusia yang bertanggungjawab, lelaki yang bertanggungjawab di atas kehidupan dan keputusan yang telah diambil. ^_^... Ala-ala nak anak menjadi lelaki gentleman giteww...Ahakss...tingginya angan-angan Mummy Ash ni kan? 

Tapi Farah pasti semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak masing-masing... Dan semua nak anak masing-masing ada sifat dan sikap tanggungjawab. Mana ada ibu bapa tak nak yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ada itu bukan ibu bapa kot namanya? Dan Farah percaya uolss pun ada cara yang tersendiri dalam melatih anak bertanggungjawab ni kan? Mind to share? Boleh Farah belajar-belajar dengan dengan semua orang... Ilmu kan? Ada di mana-mana sahaja... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Menarik Farah. As parents kita nak yg terbaik utk anak kita. Just blame ourself kalau anak tak jadi as what we wish to sebab kita yg gagal corakkan mereka. Just my 2cents :)

    Jemput ke blog nuha. Ada entry baru: 3+1 Konsep Asas Urus Kewangan

    Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, the blaming part tu yang pedih untuk kita terima hakikat kadang-kadang tu kan? bagi sesetengah orang...

      Delete
  2. Ank sulong 4thn dah boleh diharap mcm buang bj kotor dlm bakul, kemas katil, buang sampah, kemas toys..tp kene selalu remind dia utk buat.

    ReplyDelete
  3. mendidik anak bukan senang.. CT risau kalau ada anak nanti. takut gagal mendidik..

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...setakat ni, untuk buang sampah dalam tong sampah, dah boleh diharap...masih melatih lagi...^_^

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik. Bukan mudah nak membesara nak di zaman sekarang ni, banyak cabarannya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !